Kenyataan Media Aliran
Persepsi Umum Yang Hancur
Aliran berasa terkejut mendapati Mahkamah Rayuan tidak menyatakan alasanmenolak rayuan Anwar Ibrahim untuk melawani hukuman bagi empat tuduhan rasuah dan hukuman penjaranya selama enam tahun pada 14 April 1999.
Apa yang amat menyedihkan ialah Mahkamah Rayuan, walaupun telah menyediakan keputusan bertulis setebal 59 halaman, enggan untuk mengumumkan alasannya setelah menolak rayuan Anwar pagi ini.
Apabila kebebasan seseorang itu terlibat dan apabila suatu keputusan itu menyekat kebebasan tersebut, Mahkamah Rayuan sebagai pemberi keadilan dijangka dapat meluangkan masa untuk menjelaskan keputusan yang dibuat.
Apabila norma ini tidak dihormati, ia hanya menimbulkan satu persepsi orangramai yang hancur bahawa terdapat kecacatan pada sistem kehakiman kita.
P Ramakrishnan
Presiden
29 April 2000