ALIRAN 
Maksud yang dibawa oleh Namanya  

Aliran bermaksud ‘pengaliran’ atau ‘trend’. Apabila dimaksudkan ‘pengaliran’, ia kerapkali digunakan dalam hubungan dengan air. Apabila ia digunakan sebagai trend, ia hampir selalunya dikaitkan kepada pemikiran, idea dan idealogi. 

Kesesuaian ‘trend’ dengan usaha yang sedang dilakukan oleh Aliran adalah jelas. Aliran mewakili satu trend kesedaran, satu trend tertentu dalam pemikiran, dalam idea. Ini ditekankan dengan penggunaan perkataan ‘kesedaran’ selepas ‘Aliran’. 

Bagaimanapun, maksud pertama juga besar ertinya bagi Aliran. Pengaliran idea-idea Aliran ialah seperti pengaliran air. Kehidupan berasal dari air. Ianya satu sumber hidup dengan sendirinya. Sebagai satu unsur dalam alam semulajadi, ia mempunyai peranan yang penting dalam setiap tradisi rohaniah yang agung. Air adalah lembut, dan lemah; namun airlah yang menghakis batu-bata yang keras dan kukuh. 

Pengaliran idealah yang akhirnya akan mengatasi beban penindasan dan  pencerobohan.  s   
 

 
Kembali ke muka depan laman web Aliran