Home Civil Society Voices 10 cadangan untuk menambah baik institusi pengajian tinggi

10 cadangan untuk menambah baik institusi pengajian tinggi

Surat terbuka kepada Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri yang telah diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan menteri pengajian tinggi dalam ‘kerajaan perpaduan’.

Mengetuai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bukanlah sesuatu yang mudah – usaha untuk menambah baik institusi pengajian tinggi yang lebih baik dengan mengambil kira kepentingan mahasiswa, mahasiswi dan ahli akademik seluruh Malaysia.

Sebagai persatuan yang mewakili ahli akademik dalam pelbagai kepakaran di seluruh negara, Gerak konsisten dalam mengangkat agenda pembaharuan sistem pengajian tinggi negara. Pengalaman Datuk Seri sebelum ini diharapkan dapat membina wawasan, kebijaksanaan, dan kepimpinan menerajui KPT bagi memulihkan institusi pengajian tinggi yang kian mencabar kebelakangan ini.

Gerak ingin mengemukakan beberapa isu dan agenda pembaharuan berdasarkan cabaran semasa dalam konteks yang lebih luas daripada perspektif ahli Gerak dan kakitangan kolej dan universiti di Malaysia, seperti:

  • Sistem pentadbiran institusi pengajian tinggi yang berpaksikan hiraki dan subordinasi politik
  • Kualiti, kesarjanaan dan kecemerlangan akademik yang terjejas dek undang-undang serta peraturan yang menyekat pemikiran analitikal dan kebebasan penerokaan ilmu
  • Amalan akademik yang tidak beretika ekoran sikap fanatik terhadap petunjuk pencapaian utama (KPI)
  • Kualiti graduan yang kurang berdaya saing, limitasi bersuara dan kurang berfikiran kritis sehingga menjejaskan dinamika pendidikan kerana amalan pedagogi yang taksub mengutamakan penghafalan
  • Ketidakadilan dalam penilaian akademik demi mengejar kenaikan pangkat dan prestasi tahunan. Meskipun ada piawaian, setiap universiti menggunakan kriteria dan ukuran yang berbeza untuk menilai ahli akademik, dan
  • Kelemahan dalam kesedaran serta mekanisme dalam menangani isu sensitif seperti gangguan seksual, kesihatan mental dan rasisme di institusi pengajian tinggi. Kesemuanya merupakan isu yang harus diberikan perhatian serius di institusi pengajian tinggi kerana ia mewujudkan suatu suasana tidak kondusif dan selamat bagi kesejahteraan komuniti akademik.
READ MORE:  RTM: Relevant to the people?

Antara cadangan yang kami ingin utarakan adalah berikut:

  1. Penstrukturan semula pentadbiran universiti dan penegasan autonomi akademik institusi pengajian tinggi awam daripada pihak Malaysian Qualifications Agency
  2. Pengecualian tenagakerja akademik daripada Akta 605 (Akta Badan-Badan Berkanun – Tatatertib Dan Surcaj 2000), dan pemansuhan atau penambahbaikan undang-undang yang menyekat kebebasan akademik seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku)
  3. Menegakkan meritokrasi
  4. Memperkenalkan pedagogi kreatif dan amalan penilaian alternatif
  5. Menyediakan suasana yang selamat dan inklusif (terangkul) terutamanya dalam menangani gangguan seksual serta kesihatan mental di institusi pengajian tinggi
  6. Semakan petunjuk pencapaian utama (KPI) akademik
  7. Menghentikan amalan akademik yang tidak beretika (plagiat, penipuan dan pembulian)
  8. Menghidupkan dan mengaktifkan semula jawatankuasa dan unit yang penting seperti majlis pendidikan tinggi negara dan unit integriti KPT
  9. Mengkaji semula dan menghapuskan institusi yang penuh dengan birokrasi yang menghalang autonomi, kreativiti dan kualiti; dan
  10. Menubuhkan jawatankuasa reformasi institusi berkaitan pengajian tinggi (committee on institutional reforms of higher education)

Pihak kami bersedia bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi mencari penyelesaian untuk isu-isu yang dibangkitkan di atas untuk menyokong usaha-usaha Datuk Seri serta pihak kementerian memperkasakan sistem pendidikan tinggi.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x