Home Civil Society Voices 10 tahun selepas Bersih 2, tugas membina demokrasi terus berjalan (Malay/English)

10 tahun selepas Bersih 2, tugas membina demokrasi terus berjalan (Malay/English)

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

[ENGLISH VERSION BELOW] Sepuluh tahun lalu, dianggarkan 50,000 rakyat Malaysia berhimpun di jalanraya sekitar Kuala Lumpur bagi menuntut pilihanraya adil dan bersih.

Ramai yang mengambil risiko untuk terlibat di dalam perhimpunan – terkesan dengan gas, dikejar, dipukul atau ditahan oleh polis. Kami tidak akan melupakan mereka seperti Allahyarham Baharuddin Ahmad, Aunty Bersih, Pak Samad, serta ramai lagi hero yang tidak didendang – ada di antara mereka tidak lagi bersama kita. Dengan semangat merekalah kita harus meneruskan tugas untuk melindungi serta memperbaiki demokrasi di Malaysia.

Berikut merupakan lapan tuntutan yang dibuat ketika perhimpunan Bersih 2:

  • Bersihkan senarai undi
  • Mereformasikan undi pos
  • Gunakan dakwat kekal
  • Akses media yang adil dan bebas
  • Masa kempen minima 21 hari
  • Kukuhkan institusi awam
  • Hentikan rasuah
  • Hentikan politik kotor

Walaupun tidak semua tuntutan kita tercapai, rakyat Malaysia patut berbangga dengan sejauh mana sudah kita tiba.

Pilihan Raya Umum 2018 memastikan peralihan kuasa dengan aman untuk berlaku buat pertama kali di dalam sejarah Malaysia, diikuti dengan pelantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru. Sejak pasukan baru mengambil-alih, mereka sudah memperbaiki proses untuk melakukan pilihan raya, memulakan proses untuk membersihkan senarai undi serta memperkukuh hubungan dengan organisasi masyarakat sivil serta pemegang taruh yang lain.

Jawatankuasa Penambahbaikan Undang-Undang dan Sistem Pilihan Raya (ERC) juga ditubuhkan dengan mandat selama dua tahun bagi meneroka ruang reformasi yang diperlukan bagi menjadikan sistem pilihan raya kita lebih adil dan teguh. Tidak seperti sebelumnya, Bersih 2.0 juga terlibat dengan beberapa dialog umum serta berhubungan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya serta mempunyai wakil di dalam ERC bagi menggerakkan reformasi pilihan raya.

Antaranya, pentaksiran terhadap sistem pilihanraya first past the post, persempadanan, pendaftaran pengundi, reformasi badan pengurusan pilihan raya, kerajaan sementara, pendidikan pengundi, pembiayaan politik serta pindaan berkaitan yang diperlukan. Rancangan juga sedang dijalankan bagi merendahkan umur mengundi ke 18 tahun, sekaligus membenarkan hampir empat juta pengundi baru pada pilihan raya umum akan datang serta melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik.

Tugas kita masih belum berakhir, dan barangkali tidak akan pernah. Seperti kalian, kami sendiri tidak berpuas hati dengan reformasi yang perlahan. Kami maklum bahawa semuanya tidak terjadi seperti apa yang para pengundi bayangkan. Namun, kemajuan bukanlah linear dan berlepas tangan bukanlah penyelesaian. Kita sendiri yang rugi jika kita mengalah dalam menuntut demokrasi.

READ MORE:  Recalling Bersih 2 – The day when Malaysians dared to dream

Dari hari pertama, Bersih 2.0 jelas dengan peranan kita sebagai pemantau pilihan raya. Kita sudah memperbesar skop kerja untuk merangkumi soal pendidikan awam, pemantauan pilihan raya, menjalankan penyelidikan berkaitan polisi dan perundangan pilihan raya dan demokrasi, serta melobi pembuat undang-undang serta pemegang taruh bagi menggubal perubahan yang bermakna dan nyata.

Perhimpunan Bersih 2 serta protes yang selanjutnya sekaligus menormalkan protes sebagai sebuah tindakan absah bagi mengekspresi sentimen Rakyat. Pada waktu sama, kami tidak akan semberono untuk menganjurkan perhimpunan besar-besaran apatah lagi jika ianya berkait rapat dengan keselamatan dan kesihatan para peserta. Kami menegaskan bahawa perhimpunan awam tidak pernah dan tidak akan dinafikan kepentingannya, di dalam sistem demokrasi berparlimen.

Bagi menyambut serta memperingati ulangtahun ke-10 perhimpunan Bersih 2 yang bersejarah pada 9 Julai 2011, kami menyeru para pendukung serta sukarelawan kami untuk:

  • Berkongsi kisah kalian menerusi tanda pagar #KisahBersih709 atau #BersihStories709, sebuah kempen sejarah lisan, yang berjalan sepanjang Julai
  • Memakai warna kuning bagi memperingati protes serta berkongsi gambarnya di media sosial
  • Sertai program kami berkaitan ulangtahun ke-10 perhimpunan Bersih 2, bermula pada malam 9 Julai yang menampilkan pengerusi Bersih yang sekarang dan terdahulu
  • Rakyat yang hadir pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur serta di kota-kota seluruh dunia melihat bagaimana demokrasi tumbuh dengan rakyatnya. Perhimpunan merupakan sebuah peristiwa, sebuah ruang, sebuah masyarakat, di mana idea demokratik serta menerbitkan rasa kebersamaan tumbuh sekaligus menyumbang kepada penglibatan sivik serta sosialisasi politik.

Bersih 2.0 sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Rakyat atas keberanian serta dukungan mereka bagi meneruskan tuntutan bagi pilihanraya adil dan bersih serta demokrasi seperti yang ditunjukkan pada 9 Julai 2011.

Kita harus berwaspada dalam meneruskan pendemokrasian di Malaysia. Ayuh ingatlah detik di mana ribuan rakyat Malaysia menyanyikan lagu Negaraku bersama dan bagaimana ianya memberi kesan kepada kita. Kita akan terus membawa semangat ini ke depan dengan penuh membara.

Hidup, Hidup! Hidup, Rakyat! – Bersih 2.0

English version

10 Years after Bersih 2 rally, the work to build our democracy continues

Ten years ago, approximately 50,000 ordinary Malaysians gathered in the streets of Kuala Lumpur to demand clean and fair elections.

READ MORE:  Are we just a messy democracy?

Many took a great personal risk to participate in the rally – gassed, chased, beaten up or arrested by the police. We will never forget people like Allahyarham Baharuddin Ahmad, Aunty Bersih, Pak Samad, and many more unsung heroes – some of whom are no longer with us. It is in their spirit that we must carry on the work to protect and improve democracy in Malaysia.

The following were the eight demands made in the Bersih 2 rally:

  • Clean the electoral roll
  • Reform postal votes
  • Use indelible ink
  • Allow free and fair access to media
  • Have a minimum 21-day campaign period
  • Strengthen public institutions
  • Stop corruption
  • Stop dirty politics

While not all of our goals have been achieved, the Malaysian people should be proud of how far we have come.

The 2018 general election enabled a peaceful transition of power for the first time in Malaysia’s history, followed by the installation of a new set of election commissioners. Since the new team took over, they have improved on the processes of conducting elections, started the process of cleaning up the electoral roll and engaged more with civil society organisations and other stakeholders.

An Electoral Reform Committee was established with a two-year mandate to explore all areas of reform needed to make our electoral system more robust and fair. Unlike previously, Bersih 2.0 has been in multiple public dialogues and engagement with the Election Commission and was represented in the committee to push for electoral reforms.

On the table is a review of the current first-past-the-post election system, delineation, voter registration, election management body reform, caretaker government, voter education, political financing and all related legal amendments needed. Plans are also underway to lower the voting age to 18, releasing a block of another four million voters by the next general election and implementing automatic voter registration.

Our work has not ended; it probably never will. Like you, we are not satisfied with the slow pace of reforms. We acknowledge things have not turned out the way voters imagined they would. But progress is not linear and cynicism is not a solution. We do a disservice to ourselves if we give up on our democracy.

READ MORE:  Whither Malaysia? - Poised for change

From day one, Bersih 2.0 has been clear about our role as an electoral watchdog. We have expanded our scope of work to include spreading public education, monitoring elections, conducting research for policies and legislation related to elections and democracy, and lobbying key legislators and stakeholders to enact meaningful and concrete change.

The Bersih 2 rally and subsequent protests have normalised protest as a legitimate action to express the Rakyat’s sentiments. At the same time, we are never reckless in organising big rallies, especially when it concerns the health and safety of the participants. We reiterate that holding peaceful rallies are never and can never be off the table in a parliamentary democracy.

To celebrate and honor the 10th year anniversary of the historic Bersih 2 rally on 9 July 2011, we call upon our supporters and volunteers to:

  • Share your stories through #KisahBersih709 or #BersihStories709, an oral history campaign, which runs throughout July
  • Wear yellow to commemorate the protest and share your pictures on social media
  • Join our programme related to the Bersih 2 rally’s 10th anniversary, starting with the 9 July webinar featuring the past and present Bersih chairpersons
  • The people who showed up on 9 July 2011 in Kuala Lumpur and other cities globally saw democracy manifest itself in the rakyat. A rally is simultaneously an event, a space, a community, a democratic ideal and a sense of belonging which contributes to political socialisation and civic participation.

Bersih 2.0 once again thanks the Rakyat for their courage and support for the cause of free and fair elections and democracy, as shown on 9 July 2011.

We must continue to be vigilant to work on Malaysian democracy. Let us always remember the moment when thousands of Malaysians sang Negaraku together, and how that made us feel. We will carry this spirit forward till the fire next time.

Hidup, Hidup! Hidup, Rakyat! – Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x