Jeyakumar Devaraj calls on the government to support small-scale farmers and cattle breeders.
Intervensi dalam perbahasan bajet Kementerian Pertanian di perengkat jawatankuasa, 8 November 2011
Izinkan saya menfokus Butiran 010400 dan 020000 berkaitan Industri Padi. Pada takat ini, kita hanya telah mencapai tahap sara diri sebanyak 70 peratus dalam keperluan beras untuk rakyat kita.
Dengan masalah pemanasan dunia dan ketidakstabilan iklim, adalah kemungkinan timbulnya kekurangan dalam bekalan beras dan pada masa itu, harga beras akan naik secara mendadak. Oleh itu, adalah penting kerajaan kita melaksanakan pelan untuk meningkatkan pengeluaran beras ke tahap sara diri 100 peratus. Jika perlu, lebih tanah pertanian harus dikhaskan untuk penanaman padi.
Berkaitan ini saya akan sentuh Butiran 120400 ia-itu Pemberian Subsidi Harga Padi dan Butiran 120500 Pemberian Subsidi Baja Padi. Saya menyokong program mensubsidikan penanaman padi. Ini adalah suatu contoh mana kita tidak boleh bergantung pada pasaran bebas. Kerana beras adalah satu barangan keperluan asas dan jika harganya tinggi rakyat berpendapatan biasa akan rasa tertekan. Namun, jika harga beras ditetapkan di tahap yang rendah, pesawah padi akan terus miskin. Oleh ini adalah wajah amalan subsidi dipakai untuk meningkatkan pendapatan petani sambil memastikan bekalan beras adalah mencukupi untuk rakyat kita, dan dapat diperolehi dengan harga yang munasabah. Kaedah ini, subsidi, harus digunapakai untuk menjamin bekalan barangan makanan lain seperti sayur-sayuran dan ikan juga.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Saya ingin mengalih ke Butiran 020200 – Pembangunan Komoditi. Pada takat ini, lebih daripada 80 peratus daripada sayur yang dibekalkan di pasar-pasar kita berasal daripada pekebun-pekebun kecil yang tidak ada geran terhadap tanah yang mereka sedang mengusaha. Ramai daripada mereka merupakan generasi ketiga yang mengusahakan tanah itu. Walaupun kebun mereka telah wujud 50 tahun atau lebih mereka tidak ada geran ataupun lease. Dengan pembangunan bandar-bandar kita, golongan pekebun ini sedang dijejas oleh pembangunan dan diusir keluar.
Biasanya mereka tidak diberi tanah gantian untuk meneruskan dengan kegiatan penanaman sayur. Tanah mereka disenaraikan sebagai tanah kerajaan dan pekebun kecil ini ditafsir “setinggan” walaupun mereka telah mengusahakan tanah tersebut untuk beberapa dekad! Adakah Kementerian Pertanian sedar akan masalah ini dan apakah respon Kementerian untuk mengendalikan isu ini.
Adakah masalah pekebun kecil ini terkandungi dalam pelan induk pertanian negara? Jika tak silap saya, tahap sara diri dalam bekalan sayuran hanya 60 peratus sahaja. Oleh itu adalah amat penting kegiatan pekebun kecil kita digalak dan dibantu. Mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam usaha menanam sayur dan boleh menyumbang pada jaminan bekalan makanan (food security) untuk rakyat kita.
Sekarang saya ingin sentuh Butiran 030600, Pembangunan Komoditi Ternakan. Pada masa ini wujudnya ramai orang penternak lembu dan kambing di pinggiran bandar-bandar kita. Mereka sering dijejas oleh pembangunan bandar-bandar di mana mereka kesukaran untuk mendapat padang ragut untuk ternakan mereka. Setiap tahun ada beberapa orang yang bersara “give-up” kerana tidak dapat meneruskan dengan aktiviti penternakan dan mereka pergi cari kerja lain.
Tetapi memandangkan bekalan daging lembu dan kambing hanya di tahap 30 peratus keperluan dalaman negara kita, Kementerian Pertanian harus mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh penternak kita.
Kita baru dengar bagaimana penternakan di projek-projek besar adalah amat tidak efisyen dan telah menelan banyak kewangan rakyat. Kita mempunyai ramai orang penternak yang betul-betul berpengalaman dan dengan sedikit galakan mereka boleh meningkatkan pengeluaran susu dan daging. Saya harap Kementerian Pertanian boleh meneliti perkara ini dan melaksanakan program untuk membantu golongan ini.
Akhirnya saya ingin menggesa pada Kementerian Pertanian bahawa adalah jauh lebih baik untuk menggalak dan membantu 100 penternak kecil yang menternak 20 lembu seorang daripada memberi lesen dan pinjaman pada satu syarikat gergasi seperti Sime Darby untuk menternak 2000 lembu.
Kerana penternak kecil mempunyai pengalaman dalam industri ini dan akan hasilkan susu dan daging dengan kos yang lebih rendah. Dan juga, pendapatan daripada sektor ini akan dikongsi oleh lebih ramai orang jika kita menumpukan pada penterndak kecil dan sederhana.
Saya berharap isu-isu yang saya telah bangkitkan akan diteliti dan ditangani oleh Kementerian Pertanian.
Dr Jeyakumar Devaraj, an Aliran member, is the MP for Sungai Siput
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Dasar kerajaan bunyi berser-seri, megah dan bertimbang rasa. Itu bunyi tapi hasil tiada. Mungkin ada tapi kepada kroni-kronu saja. Banyank orang bilangan pertengahan tertimbun dengan hutang dan dengan itu terperangkap oleh penghambaan kredit kewangan. Keluarga di bawah paras kemiskinan tak terbayang kita kesusahan mereka. Akhirnya kesihatan merosot dan jenayah meningkat. Penghijrahan ke bandar patut berlaku bilamana kemudahan infra, kesihatan dan pendidikan bergerak maju dan berkesan, dan bilamana khidmat sosial meluas dan mutunya meningkat. Akibat kecuaian dalam pengurusan khidmat awam dan rasuah liar kesemuanya tujuan dan dasar negara tergendala. Tapi golongan kecil atau kroni/ elit akan menokok keuntungan yang haram dan melanggar undang-undang …akhir menghina rakyat yang mana telah memberi amanah untuk memerintah. Kita hairan mengapa realiti tak sebagai yang yang disiarkan samada dari mulut PM atau organ media medianya RTM. Yang utama perlu dijelaskan adalah kualiti hidup desa atau luar bandar tak semestinya tiada jika negara maju dan sistem pendidikan berjaya. Semua kegiatan pertanian perlu untuk menyokong masyarakat bandar dan maju. Apa saja khidmat awam menyokong peningkatan kualiti hidup desa dalam apa aktiviti pun adalah untuk keselematan negara pada mutlaknya sebab tanpa keselamatan makanan misalnya akan… Read more »