Member of Parliament Jeyakumar Devaraj recently filed a motion in Parliament to cut special constituency allocations by RM400m.
I filed the documents to cut the Peruntukan Khas by RM400m.
The Speaker rejected my motion saying that it was subjudice.
I explained that there is at present no case in Court. My application does not have leave at present.
But he said, “As you are planning to take (it) to Federal Court, I think it is subjudice.”
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
And the Speaker’s word is the law! Anyway, the substance of what I filed is given below:
Sg Siput U
Parlimen Malaysia
2 November 2011
Kepada
YB Tan Sri Pandikar Amin B Hj Mulia
Yang DiPertua Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9)
Saya ingin mengusulkan penurunan peruntukan di bawah Butiran 030100, Kod 40000 berkaitan Penyelarasan Projek Khas, Unit Penyelerasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri daripada RM458581100 ke RM58581100 kerana sebab-sebab seperti dihuraikan di bawah.
Peruntukan di bawah Kod 40000 berkaitan Peneyelarasan Projek Khas adalah diagihkan sebagai Peruntukan Khas ke kawasan-kawasan Parlimen. Tiap tahun antara RM500000 hingga ke RM2.5 juta diberikan kepada tiap Kawasan Parlimen.
Masalahnya adalah amalan ini membawa kesan yang negatif pada perkembangan demokrasi berparlimen di Malaysia.
Pertamanya, wujudnya tabung sebegini besar di bawah kontrol seseorang Ahli Parlimen menjadikannya seorang “Santa Klaus” yang sukar ditegur kerana rakyat setempat takut Ahli Parlimen akan jadi marah dan tidak meluluskan permintaan daripada kawasan atau kumpulan mereka. Ini mengkekalkan budaya feudal di mana pengundi kita terpaksa memberi kehormatan yang keterlaluan pada ahli-ahli yang dipilih mereka yang harus sedia menerima ide, pandangan dan juga teguran rakyat.
Kesan negatif kedua adalah tabung besar ini menarik perhatian pengundi dan juga Ahli Parlimen daripada tugas utamanya ia-itu untuk menggubalkan undang-undang yang bernas untuk rakyat. Ahli Parlimen harus mengkaji masalah rakyat dan membentang masalah-masalah ini Dewan Rakyat untuk cari penyelesaian yang komprehensif. Kewujudan tabung ini membawa pada amalan memberi gula-gula pada rakyat yang mengemukakan masalah dan memperlambatkan usaha untuk mengendalikan sebab-sebab utama.
Kesan negatif ketiga adalah caranya tabung ini disampaikan pada Ahli Parlimen Barisan Nasional membuka ruang untuk penyelewengan. Adalah amalan biasa untuk peruntukan ini dipindahkan kepada akaun Ahli Parlimen secara pukal (lump sum) mengikut permohonannya yang biasanya menyenaraikan beberapa projek dan aktiviti. Pemberian untuk tiap projek atau aktiviti adalah dikendalikan oelh YB atau pegawai beliau. Jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Ahli Parlimen dan senarai pemberian untuk tiap projek atau aktiviti dirasiahkan. Ini membuka ruang luas untuk penyalahgunaan tabung ini.
Ketiga-tiga kesan negatif memudaratkan amalan demokrasi di Malaysia. Selain daripada itu jumlahnya – RM 458000000 – adalah suatu jumlah yang amat besar.
Inilah sebabnya saya mengusulkan seperti di tajuk di atas.
Terima kasih.
Yang benar,
Jeyakumar Devaraj
Ahli Parlimen Sg Siput
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme