Keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal menghadapi tiga masalah besar ia-itu pendapatan tidak mencukupi, kesusahan dalam kawalselian untuk anak-anak mereka dan perumahan, ujar Dr Jeyakumar Devaraj.
Izinkan saya menyentuh Butiran 010200, Dasar Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Butiran 070700 Program Khusus: Sosioekonomi Keluarga Miskin. Di sini saya mahu membawa masalah ibu tunggal.
Mengikut angka-angka yang diberi oleh kerajaan, lebih kurang 10 peratus daripada keluarga di Malaysia yang mempunyai anak-anak di bawah umur 20 tahun adalah diketuai oleh ibu tunggal. Ini bukan satu bilangan yang kecil.
Mereka ini menghadapi tiga masalah besar ia-itu pendapatan keluarga yang tidak mencukupi, kesusahan dalam kawalselian untuk anak-anak mereka dan perumahan.
Pendapatan keluarga yang rendah adalah satu masalah utama. Jika dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakatpun tidak banyak – hanya RM400 sahja sebulan. Ini tidak mencukupi untuk perbelanjaan sebuah keluarga. Oleh itu, ibu tunggal itu terpaksa keluar mencari kerja.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Tetapi masalahnya adalah tiada sesiapa untuk menjaga anak-anak beliau semasa dia berkerja. Anak-anak yang balik daripada sekolah tidak dikawal. Mereka keluar beronda dan tidak buat homework.
Masalah ketiga adalah penginapan. Ramai keluarga ibu tunggal menghadapi masalah dalam membayar sewa bulanan pada tuan rumah dan ada ramai yang diusir keluar kerana tidak sanggup teruskan dengan bayaran sewa rumah.
Bolehkah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga mengambil pendekatan pro-aktif? Bolehkah kementerian menyewa beberapa buah rumah di taman-taman tertentu untuk disewa kepada ibu tunggal yang berpendapatan kurang daripada RM1500 dengan sewa yang nominal sahaja – mungkin RM10 sebulan.
Selain daripada membekalkan penginapan yang selamat pada keluarga miskin ini, langkah ini akan membuka ruang untuk Kementerian Pembangunan Wanita menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di taman yang sama untuk memberi perlindungan pada anak-anak ibu tunggal yang keluar kerja. Anak-anaknya bila pulang daripada sekolah boleh singgah di pusat ini, makan tengah hari di sini, berehat di sini dan mungkin diberi kelas bimbingan di pusat jagaan ini sambil tunggu ibunya balik dari kerja.
Kaedah membekalkan perumahan dengan sewa yang nominal ini juga membuka ruang untuk kaunselling. Dari pemerhatian (observation) saya, perhubungan antara ibu tunggal dan anak mereka sering tidak begitu sihat. Oleh kerana ibu tunggal begitu sibuk dan tertekan oleh pelbagai masalah, beliau tidaka dapat berinteraksi dengan anak-anaknya dengan cukup mesra dan penyayang.
Oleh kerana kesemua ini, di ramai keluarga ibu tunggal, anak lelaki apabila menyampai umur 15 tahun, mereka tercicir sekolah dan bermula kerja separuh masa dan beronda dengan kawan-kawan. Mereka di luar kawalan ibu mereka dan ramai daripada mereka dipengaruhi oleh budaya negatif. Dan anak-anak perempuan juga, ada ramai yang jatuh cinta dan elope, melarikan diri dengan teman lelaki dan satu lagi pusingan kemiskinan dimulakan begitu sahja.
Mengadakan program perumahan di sesuatau taman untuk kebajikan ibu-ibu tunggal yang berpendapatan rendah membuka ruang untuk pelbagai intervensi oleh pihak kementerian. Sesi kaunselling untuk ibu tunggal boleh diadakan, program-program untuk belia boleh dianjurkan dan kelas bimbingan untuk pelajar-pelajar di kalangan anak ibu-ibu tunggal boleh diaturkan. Program seperti ini akan membantu mengkawal gejala-gejala negatif di kalangan anak-anak ibu-ibu tunggal.
Benarkan saya sentuh juga Butiran 010500, Perlaksanaan Dasar Sosial Negara. Saya ingin meminta Kementerian menjalankan kajian untuk kenalpasti peranan kerajaan sendiri dalam mewujudkan keluarga ibu tunggal.
Di Sungai Siput ada beberapa keluarga di mana bapa telah ditahan oleh polis untuk kesalahan dadah. Bapa ditahan di pusat serenti atau penjara, dan isterinya terpaksa menjaga keluarga berseorangan. Ini amat menyusahkan keluarga itu.
Saya mahu Kementerian Pembangunan Wanita mengkaji isu ini. Adakah baik untuk kita terus memperjenayahkan pengambilan dadah? Should we criminalise drug addiction? Jika penagih itu mencuri atau merompak atau menjual dadah, tindakan mendakwah dan mempenjarakan beliau boleh diambil.
Tetapi untuk hanya mengambil dadah, sahja adakah wajar mereka diambil daripada keluarga mereka dan ditahan? Pendekatan ini menimbulkan banyak masalah sosial di keluarga mereka dan harus dikaji oleh kementerian.
Saya harap isu-isu yang saya telah bangkit akan diambil berat oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita.
Intervensi di Parlimen dalam perbahasan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 22 November 2011.
Dr Jeyakumar Devaraj ialah ahli parliamen Sungai Siput.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme