Dr Jeyakumar Devaraj menggesa kerajaan untuk mempertingkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan sistem pilihanraya dan mempercepatkan perlaksanaan gaji minima.
Terima kasih Dato Speaker memberi saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul menjunjung Kasih terhadap Titah Yg Di Pertuan Agung.
Antara nasihat yang dikandungi dalam Titah Di Raja, adalah nasihat untuk bertindak demi kepentingan Negara dan rakyat. Untuk mengelak daripada politik sempit yang bersifat partisan. Untuk “move on” untuk memantapkan prestasi Parlimen, membahaskan isu-isu penting dan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat biasa.
Saya harap Unit Perlaksanaan dalam Jabatan Perdana Menteri – ICU – akan ambil berat nasihat Yang Di Pertuan Agung ini apabila mengendalikan permohonan peruntukan khas kawasan oleh ahli-ahli parlimen daripada pihak pembangkang. Saya ingin meminta Menteri daripada Jabatan Perdana Menteri memberitahu kami prosedur untuk memohon – samada borang-borang khas, ditujukan kepada siapa, dan sebagainya.
Bersihkan sistem pilihanraya
Izinkan saya menyentuh isu pilihanraya. Tuan Speaker, dalam system demokrasi, keyakinan rakyat terhadap ketelusan sistem pilihanraya adalah amat penting. Hanya bila rakyat percaya system pengundian adalah adil dan sedang dikendalikan oleh pihak yang berkecuali dan penuh intergriti, baru mereka sedia menerima apa sahaja keputusan dalm PRU.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Isu dakwat kekal telah dibawa oleh beberapa orang ahli parlimen dan saya tidak akan mengulanginya. Satu perkara yang menggegarkan keyakinan rakyat adalah senarai pengundi yang sedang dipakai. Tiada alamat lengkap di lebih kurang satu pertiga daripada semua pengundi yang disenaraikan. Ketiadaan alamat menimbulkan pransangka undi hantu.
Apakah salahnya dalam mengemaskinikan senarai pengundi ini? Kita ada empat tahun untuk melaksanakannya. SPR harus menjadikannya satu priority dan dapatkan berkerjasama Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengisi alamat-alamat semua orang pengundi. Memupuk keyakinan rakyat terhadap system pilihanraya di negara kita harus dianggap sebagai salah satu daripada tanggungjawab utama SPR!
Satu lagi yang mewujudkan prasangka terhadap senarai pengundi adalah kewujudan ramai nama dengan alamat yang sama – kadang kala ada 30 nama pengundi di satu alamat. Selepas PRU tahun 1999 di mana saya kalah pada Dato Seri Samy Vellu, saya telah mengemukakan bantahan terhadap beberapa pengundi luar yang saya dapat kenalpasti. Saya telah menfailkan bantahan terhadap mereka di bawah Section 10 (5) dan (6), Regulasi Pendaftaran Pemilih 1971. Satu Pendengaran Terbuka diadakan oleh SPR seperti diperuntukkan dalam Regulasi 1971 ini, dan 300 pengundi luar digugur daripada senarai Sungai Siput – ditukar ke kawasan lain mengikut kad pengenalan mereka.
Tetapi selepas itu, Section 10 dalam regulasi Pendaftaran Pemilih 1971 diperketatkan. Bantahan hanya diterima terhadap pengundi yang baru dimasukkan ke dalam senarai pada penggal itu dan bukan terhadap pengundi yang sudah disenaraikan dalam senarai induk. Subsection 10 (10) juga diubah. Ini berkaitan pampasan gaji yang harus dibayar kepada seorang pengundi yang dapat memberi bukti bahawa bantahan terhadapnya tidak berasas. Dulu kita kena bayar RM50 pada tiap pengundi yang kita salah tuduh sebagai pengundi luar kawasan. Selepas pindahan jumlah pampasan yang harus dibayar ditingkatkan ke RM1000 seorang.
Jadi pindahan-pindahan ini telah menjadikannya amat sukar untuk menyoal dan membersihkan senarai pengundi. Ini telah memupuk persepsi wujudnya penyelewengan/cover up dalam senarai pengundi. Section 10 di Regulasi Pendaftaran Pemilih 1971 harus dipindah balik. Bukalah ruang untuk pengundi membantah siapa sahja yang mereka ragui. Ini akan melahirkan kepercayaan atas ketelusan senarai pengundi yang dipakai.
Syor terakhir berkaitan SPR adalah berkaitan dengan perlantikan Ahli Suruhanjaya Pilihanraya. Syor saya adalah satu jawatankuasa harus ditubuhkan untuk menasihat Yang Di Pertuan Agung dalam proses memilih Pesuruhjaya SPR. Jawatankuasa bebas ini harus dianggotai oleh beberapa pihak termasuk Ketua Hakim Negara, wakil Perdana Menteri, wakil Ketua Pembangkang, presiden Jemaah Peguam dan lain.
Jawatankuasa seperti ini wujud di beberapa negara dan kita boleh mengaji bagaimana mereka menguruskan perkara ini. Pengwujudan jawatankuasa ini akan meredakan persepsi bahawa perlantikan bersifat politik.
Punca masalah jerubu
Sekarang saya ingin mengalih kepada isu jerubu. Masalah ini telah melanda kita tiap tahun sejak 1997 – 16 tahun sekarang dan kita masih tidak dapat mengatasinya.
Tuan Yg Di Pertua, dalam mengendalikan mana-mana isu kita mesti mengenalpasti sebab-sebab utamanya. Pada kefahaman saya penurunan paras air dalam tanah (water table) adalah antara due factor utama yang menyebabkan masalah jerubu. Dulu kawasan-kawasan ini adalah kawasan paya – swamp, yang sentiasa dibanjiri air. Kerajaan Indonesia telah melaksanakan projek-projek besar untuk pemulihan kawasan ini untuk dipakai untuk pertanian. Longkang-longkang besar dikorek untuk membawa keluar air yang bertangkung. Akibatnya, paras air di bawah tanah telah turun dan lapisan gambut telah jadi kering sehingga mudah terbakar pada musim panas.
Adakah ini situasi yang sebenarnya? Jika “ya”, cara mengatasi masalah jerubu adalah untuk meningkatkan balik paras air di bawah tanah. Satu pelan komprehensif harus disediakan untuk membina tadahan-tadahan dalam longkang-longkang yang sedia ada untuk memastikan paras water table dinaikkan. Mungkin perlu membina reservoir air di kawasan hulu supaya meningkatkan paras air dalam longkang pada musim panas – to flush the system pada musim panas.
Mengikut laporan surat khabar syarikat-syarikat perladangan kita mengatakan mereka bukan punca kebakaran di atas tanah ataupun open burning. Saya rasa mereka bukan begitu bodoh untuk melakukan open burning tahun demi tahun. Ikut laporan akhbar, pekebun kecil tempatan adalah pihak yang membakar sisa-sisa hasil tanaman sebelum menanam semula.
Adakah ini benar? Mereka petani kecil yang miskin. Tidak wajar kita tangkap dan denda mereka. Bagaimana pula dengan satu skim untuk membeli sisa-sisa organic daripada pekebun kecil ini. Kita perlu membina fasiliti untuk memproseskan sisa ini untuk menghasilkan baja. Ataupun kita boleh membakar bio-mass ini dalam fasiliti untuk menjana kuasa lektrik. Tapi yang penting, kita akan dapat kawal “open burning” yang merupakan salah satu daripada duasebab utama dalam masalah jerubu ini.
Negara-negara di Asean – Malaysia, Singapura dan Brunei – harus berkerjasama dengan kerajaan Indonesia untuk melancarakn kedua-dua langkah ini. Kita harus bersedia menyumbang kewangan, personnel pemantauan dan sebagainya.
Perlaksanaan gaji minima RM 900
Gaji minima RM 900 diluluskan tahun lalu tetapi SME dengan lima pekerja ke bawah diberi kelonggaran hingga Jun tahun ini. Baru-baru ini kelonggaran ini dilanjutkan hingga Januari 2014. Dulu kata pada Jun tahun ini. Sekarang bukan sahaja tempoh masa dilanjutkan tetapi juga saiz firma juga dilonggarkan . Ada SME dengan 20 dan 30 orang pekerja juga!
PSM mengesyorkan gaji minima ini dilaksanakan dengan segera. Kerajaan harus mengemukakan langkah-langkah untk membantu dan menggalak syarikat SME melaksanakan gaji minima RM900 sebulan.
Satu contoh langkah yang boleh menggalak SME adalah rebat cukai untuk semua syarikat kecil yang melaksanakan skim gaji rendah. Satu lagi adalah untuk membayar sebahagian daripada caruman KWSP SME ini untuk satu jangka masa tertentu – mungkin satu sliding scale boleh dipakai di mana bantuan ini di kurangkan perengkat demi perengkat ke kosong dalam lima tahun.
Perlaksanaan gaji minima akan membantu pekerja dengan gaji rendah – dijangka oleh kerajaan hampir 70 peratus pekerja kita di sector swasta mendapat gaji rendah – hampir tiga juta orang. Bukan sahaja membantu golongan ini tetapi juga membantu dua juta orang peniaga kecil yang bergantung pada busines daripada pekerja-pekerja ini. Perlaksanaan gaji minima akan membesarkan pasaran untuk peniaga kecil kita dan meningkatkan pendapatan mereka. Inilah sebabnya gaji minima ini harus dikuatkuasakan secepat mungkin.
Berkaitan gaji minima, hasrat kerajaan untuk mengecualikan pekerja migran bukan satu ide yang bijak. Jika pekerja migran dikecualikan ini akan menjejas peluang dapat kerja di kalangan pekerja Malaysia terutama sekali pemuda, kerana kilang lebih berminat mengambil pekerja migran yang boleh dibayar gaji yang lebih rendah. Gaji minima ini harus dilaksanakan “across the board” dan meliputi semua pekerja di Malaysia.
Apa dapat dipelajari daripada perkara ini? Satu pelajaran yang penting adalah sistem perdagangan antarabangsa yang berkiblat pada mengurangkan tariff impot ke kosong sedang menyekat kemampuan kita membela nasib kaum pekerja kita. Hampir tiga juta pekerja berkerja di SME-SME. Tetapi SME mengadu jika gaji minima dikuatkuasakan sekarang mereka tidak dapat bersaing dengan impot murah daripada Cina dan Vietnam.
Ertinya kita disekat daripada menaikkan gaji bulanan pekerja kita ke RM900 oleh kerana struktur system perdagangan antarabangsa yang kita terkibat!
RM900 tidak jumlah yang besar – jika suami ister kerja pun hanya RM1800 sebulan. Mana cukup untuk hidup berumahtangga di KL. Di Sungai Siput pun payah dengan harga rumah.
Tapi kita tidak boleh melaksanakan gaji minima ini yang begitu rendah kerana kuasa pemasaran dunia. Jadi apakah ertinya merdeka? Kita kata dengan bangga kita merdeka tetapi gaji minima pun tidak boleh dikuatkuasa! Apakah ertinya kedaulatan negara?
Mungkin sudah sampai masa untuk menyoal dan berbincang terma-terma berkaitan penglibatan negara kita dalam system perdagangan antarabangsa yang bersifat amat pro-koporat!
TPPA – Bentangkan di parlimen untuk debat
Ini membawa saya ke isu TPPA – Trans Pacific Partnerhip Agreement. Saya dengar ini akan ditandatangani hujung tahun ini. Saya ingin mengesyorkan kandungannya diberitahu kepada Dewan ini terlebih dahulu. OK, saya boleh faham bahawa semasa berunding, memerlukan kerahsiaan. Tetapi selepas selesaikan perundingan bentangkanlah di Parlimen – beri peluang ahli-ahli parlimen berdebat dulu.
Tuan Speaker yang baik sekali adalah untuk memberitahu pada rakyat umum, mengadakan dialog dan debat melalui media massa dan television, dan akhirnya mengadakan undi referendum. Beri peluang untuk semua rakyat ambil bahagian dalam keputusan ini. Ini akan memberi makna yang lebih mendalam pada amalan demokrasi di Malaysia.
Tetapi jika tidak mahu adakan referendum, sekurang-kurangnya, bawalah ke Parlimen, beri masa untuk kita baca, bincang dan selepas itu baru buat keputusan.
Masalah penduduk rumah pangsa di Putrajaya
Last kali, saya mahu kerajaan memberitahu kita bagaimana akan mengendalikan masalah beribu-ribu graduan kolej jururawatan yang tidak dapat cari kerja. Apakah tanggungjawab kerajaan terhadap mereka?
Ini benar-benar poin yang terakhir – masalah penduduk rumah pangsa kos murah di Taman Permata Dengkil. Ini dibina oleh Putrajaya Holding untuk menempatkan pekerja-pekerja dari empat buah estet yang diusir keluar untuk mengwujudkan Putrajaya.
Sekarang oleh kerana pemendapan tanah, rumah pangsa mereka tidak selamat lagi. Kerajaan Negeri Selangor telah menawar 18 ekar tanah kerajaan di satu lokasi yang berdekatan. Mereka sekarang menunggu dana daripada Kerajaan Pusat untuk membina rumah-rumah teres untuk mereka. Harap dapat jawapan untuk perkara ini.
Perbahasan usul menjunjung kasih pada titah Di Raja, 3 Julai 2013.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme