Home Civil Society Voices 2013 Civil Society Voices Perhimpunan ‘Suara rakyat suara keramat’ diteruskan pada 8 Mac

Perhimpunan ‘Suara rakyat suara keramat’ diteruskan pada 8 Mac

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Rafizi Ramli menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia untuk turun pada malam ini, 8 Mac 2013, di Stadium Kelana Jaya untuk menuntut pilihanraya adil.

Satu suara untuk keadilan negara
Satu suara untuk keadilan negara

Saya sedia maklum kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara mengenai Perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat” yang bakal diadakan malam ini (8 Mei 2013) di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.

Sebagai menyambut gesaan Tan Sri Ismail Omar, KEADILAN melalui YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan. Ini bertepatan dengan amalan biasa sebelum ini memandangkan perhimpunan diadakan di tempat persendirian yang telah dipersetujui dengan pengurusan dan pemilik stadium. Ia juga mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman yang digunapakai sebelum ini yang tidak memerlukan permit untuk perhimpunan, hanyalah sekadar memaklumkan pihak polis.

Saya percaya dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pasukan polis di bawah pimpinan Tan Sri Ismail Omar yang menghargai hak rakyat untuk berhimpun, seperti mana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Oleh itu, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya adil dan menolak penipuan PRU13 untuk turun dengan memakai baju hitam pada malam ini di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.

Saya juga mengecam sepenuhnya anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula. Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini sedang berlegar, yang jelas berniat jahat.

Oleh itu, saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran pesanan ringkas tersebut.

READ MORE:  Right to rally under scrutiny

Rafizi Ramli ialah Pengarah Strategi, Parti Keadilan Rakyat.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x