Ini adalah suatu peluang baik untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Islam yang dibawa oleh Pas berbeza dari apa yang dipraktikkan oleh Jais, ujar Jeyakumar Devaraj.
Kepada rakan-rakan seperjuangan di parti Pas,
Saya berhasrat membawa satu isu semasa ke perhatian YB kerana saya rasa ianya adalah satu isu yang memundurkan usaha kami untuk membina satu masyarakat yang adil dan menumbangkan Umno-BN dalam PRU ke-14. Isu yang saya maksudkan adalah kes rampasan Alkitab Bible oleh Jais.
Keratan surat khabar yang saya sertakan bersama surat ini (The Star, 16 June 2014 – Pg 3) mengatakan bahawa Jais akan memohon pada Mahkamah untuk kebenaran memusnahkan 321 Alkitab Kristian yang telah dirampas pada Januari tahun ini dari pejabat NGO Kristian ‘Bible Society of Malaysia’.
Saya bukan pakar agama, tetapi pada saya, pendekatan Jais dalam perkara ini bercanggah dengan prinsip Islam sendiri – kerana Islam menghormati hak penganut agama-agama lain mempraktikkan agama mereka sendiri tanpa gangguan. YB sendiri tahu lebih daripada saya ayat-ayat dalam Koran yang menitikberatkan pendekatan ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pendekatan Jais juga bercanggah dengan Perlembagaan yang memberi hak penganut agama-agama lain mempraktikkan agama mereka tanpa halangan. Sekatan yang dikenakan tehadap penganut agama lain hanya dihadkan pada usaha mencuba menukar agama orang-orang Muslim. Adakah menyimpan Alkitab dalam Bahasa Malaysia dalam satu Pejabat Persatuan Kristian merupakan bukti bahawa adanya komplot menukarkan agama orang Muslim di Malaysia?
Pada saya, dalam perkara ini, Jais didorong oleh perasaan chauvinis nasionalis Melayu dan bukan oleh nilai murni Islam. Tetapi, masalahnya pada kita adalah, pendekatan keterlaluan oleh Jais bukan sahja menjejaskan hak bergama orang Kristian, tetapi juga menjejaskan imej Islam sebagai sebuah agama yang adil dan mesra manusia (compassionate).
Tingkah laku Jais sudah tentunya meningkatkan ketakutan dan bantahan orang bukan Islam terhadap usaha-usaha untuk meresapkan unsur unsur Islam ke dalam pengurusan negara Malaysia (yang merupakan matlamat politik Pas sendiri) kerana mereka khuatir apa juga kuasa yang diberi pada pihak Jabatan Agama Islam akan digunapakai oleh pihak chauvinis-nasionalis Melayu untuk menekan masyarakat bukan Melayu kerana perasaan rasis.
Saya bawa isu ini ke perhatian YB kerana saya harap Pas boleh mengambil suatu posisi menegur tindakan Jais terbaru ini. Ini adalah suatu peluang baik untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Islam yang dibawa oleh Pas berbeza dari apa yang dipraktikkan oleh Jais. Jika kita tidak membedzakan “brand” Islam yang Pas ingin membawa dari apa yang dilaksanakan oleh Jais, sudah tentu masyarakat bukan Islam akan react secara negatif terhadap apa-apa usaha yang Pas membawa untuk memasukkan unsur Islam dalam pengurusan negara kita.
Saya harap YB boleh membawa isu ini ke perhatian pemimpinan Pas supaya satu respons yang jelas dan berprinsip dapat diumumkan.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Under the existing setup, who actually has the authority to hire and fire the personnel of Jais or Mais, especially the one at the top?