Home Civil Society Voices 2014 Civil Society Voices NGO menyerahkan memorandum kepada Menteri Perumahan

NGO menyerahkan memorandum kepada Menteri Perumahan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Jaringan NGO, kesatuan, parti politik dan kumpulan lain akan menyerahkan kepada kerajaan suatu memorandum yang mengandungi syor-syor untuk mengatasi masalah perumahan bagi golongan pendapatan rendah.

ppa1m housing

Memandangkan
– 25 peratus daripada 6.7 juta keluarga di Malaysia, ataupun 1.7 juta keluarga tidak memiliki rumah mereka tersendiri;
– majoriti besar daripada 1.7 juta keluarga ini adalah berpendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan; dan
– kadar perkahwinan di Malaysia adalah 210,000 pasangan se tahun;

Dan menyedari
– wujudnya beribu-ribu keluarga di bandar-bandar kita menduduki rumah tanpa geran tanah di tanah kerajaan mahupun tanah swasta;
– kumpulan ini yang merupakan keluarga miskin bandar, akan dihalau daripada rumah-rumah mereka apabila kawasan mereka di”bangunkan”;
– lebih daripada 700,000 keluarga miskin sedang duduki rumah pangsa kos rendah yang kotor dan merbahaya kerana sistem pengurusan yang sedia ada untuk rumah-rumah pangsa tidak sesuai;

Dengan mengambilkira
– Sebuah keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3000 sebulan hanya mampu mengkhaskan RM300 sebulan untuk bayaran pinjaman perumahan;
– harga-harga rumah telah melambung terlalu tinggi akibat spekulasi dalam perumahan mewah dan tanah di bandar yang dibeli oleh kumpulan yang kaya bukan untuk tujuan penginapan tetapi sebagai pelaburan untuk melipatgandakan kekayaan mereka;
– wujudnya kemungkinan besar ekonomi kita akan dilanda kegawatan lebih kurang setiap 10 tahun dan ramai pekerja di sektor swasta akan berkurangan pendapatan mereka untuk beberapa bulan akibat kegawatan;

Dan memahami
– 23 peratus daripada keluarga di Malaysia berpendapatan di bawah RM2000 sebulan sekeluarga, dan mereka tidak berupaya melakukan bayaran bulanan kepada bank untuk serviskan pinjaman perumahan;

Kami, NGO, kesatuan pekerja, parti poitik dan kumpulan lain yang tandatangani memorandum ini ingin mengesyorkan yang berikut:

1. Sejauh yang boleh, rumah-rumah tanpa geran di kawasan bandar diberikan geran di tapak mereka sendiri. Ini akan kurangan kadar ketiadaan rumah (homelessness). Kerajaan harus memakai kuasa pengambilan tanah untuk mengambil alih tanah persendirian yang diduduki oleh peneroka bandar untuk melaksanakan syor ini dan memberi pampasan yang sewajar pada pemilik asal.

2. Menukar undang-undang untuk mewajibkan Majlis-Majlis Tempatan mengambil alih pengurusan rumah-rumah pangsa yang kandungi unit-unit di bawah harga RM150,000 se unit. Langkah ini amat perlu untuk memulihkan rumah-rumah pangsa kos rendah yang sekarang sudah merosot menjadi “urban high-rise slums”. Kaedah menubuhkan Jemaah Perwakilan Penduduk melalui pilihanraya antara penghuni rumah-rumah pangsa ini harus diteruskan untuk mengkekalkan ruang bagi penghuni memberi maklumbalas pada pihak mengurus.

3. Menubuhkan badan-badan “trust” yang “non-profit” di peringkat tiap negeri untuk membina rumah-rumah selesa dengan harga yang munasabah untuk dijual kepada keluarga-keluarga di Malaysia yang tidak memiliki rumah mereka tersendiri. Tujuan usaha ini adalah untuk menawarkan rumah pertama untuk tiap keluarga di Malaysia dengan harga yang rendah. Antara ciri-ciri program ini:

i. Kerajaan harus mengambil alih kos tanah dan kos menyediakan kemudahan infrastruktur untuk projek-projek perumahan di bawah skim ini;

ii. Kerajaan harus menyediakan satu database di peringkat kebangsaan untuk menyenaraikan pemilik rumah (yang bergeran tanah ataupun bergeran strata) di kawasan bandar di seluruh negara kita, supaya hanya keluarga yang tidak memiliki rumah mereka sendiri  dapat menikmati skim perumahan ini;

iii. Satu antara syarat untuk membeli rumah dalam skin ini adalah bahawa pembeli hanya boleh menjual balik rumah ini ke badan “trust” yang membinanya terlebih dahulu. Tidak boleh jual atau sewa ke pihak lain. Tidak boleh berspekulasi dengan rumah ini.

iv. Rumah-rumah ini harus berukuran 20 x 40 kaki untuk kawasan yang dibina (built-up area), dan tanah seluas 400 kaki persegi harus diberi di belakang rumah supaya keluarga itu dapat membesarkan rumah mereka pada satu masa depan.

v. Skim-skim perumahan ini harus dibina atas tanah yang lebih kuat dan stabil daripada tanah bekas lombong.

vi. Rumah-rumah ini harus dijual kepada keluarga yang layak dengan harga di bawah RM50,000.

4. Satu skim simpanan harus dilancarkan di mana 10 peratus daripada bayaran pinjaman perumahan disalurkan ke satu tabung resef untuk digunapakai sekiranya pembeli rumah itu mengalami kecutan dalam pendapatannya kerana akibat kegawatan ekonomi.

5. Satu lagi lembaga bukan untuk untung harus menyediakan dan kendalikan rumah-rumah untuk disewa dengan sewa yang rendah kepada keluarga-keluarga yang berpendapatan di bawah RM2000 sebulan. Rumah-rumah kuarters kerajaan yang sekarang tidak dipakai lagi, rumah-rumah di ladang yang berdekatan dengan bandar dan premis sebegini harus diambil alih dan dipulihkan untuk mewujudkan satu stok perumahan kos rendah untuk golongan miskin bandar, selain daripada rumah-rumah yang dibina baru untuk tujuan ini.

Kemudahan social seperti tadika, pusat asuhan kanak-kanak dan dewan untuk menjalankan aktiviti komuniti harus disediakan di skim perumahan untuk lapisan termiskin di bandar kita supaya dapat mengawal masalah-masalah sosial di generasi muda.

Kami, jaringan NGO, kesatuan, parti politik dan kumpulan lain yang menandatangani memorandum ini ingin meminta satu tarikh untuk berbincang syor-syor yang dikandungi dalam dokumen ini. Syor-syor tersebut adalah diasaskan pada masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat bandar dan kami percaya syor-syor yang dikandungi dalam dokumen ini amatlah perlu untuk mengatasi masalah yang dihadapi mereka.

  • Academy of Tamil Studies
  • Aliran Kesedaran Rakyat (Aliran)
  • Centre of Education. Research and Development (Cedar)
  • Child Development Initiative (CDI)
  • Coalition of Malaysian Indian Organizations
  • Council of Temples Malaysia
  • Dignity International
  • Friends of Kota Damansara (FOKD)
  • Group of Concerned Citizens (GCC)
  • House Buyers Association (HBA)
    Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)
  • Jihad for Justice
  • Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas)
  • Kuala Lumpur Indian Entrepreneurs and Professionals
  • Malaysian Dravidian Association
  • Malaysian Hindu Youth Council
    Malaysian Indian Business Association
  • Nationwide Human Development And Research Centre
  • National Indian Action Team
  • National Union of Bank Employees (Nube)
  • Pas Research Centre
    Persatuan Masyarakat Selangor (Permas)
  • Persahabatan Semparuthi Johor
  • Parti Rakyat Malaysia (PRM)
  • Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  • Peoples Service Organisation (PSO)
  • RAGAS (Rumah Ganti Rumah)
  • Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  • Selangor Chinese Assembly Hall (Pemuda)
  • Selangor Chinese Assembly Hall (Jawatankuasa Hak Sivil)
  • Semparuthi Iyakkam Selangor
  • Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x