Home Civil Society Voices 2015 Civil Society Voices 50 kampung Orang Asli di Gua Musang diancam kelaparan!

50 kampung Orang Asli di Gua Musang diancam kelaparan!

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sehingga akses ke luar tercapai, makanan dan bekalan asas lain harus dihantar dengan apa sahaja cara yang berkesan termasuk helicopter, ujar Jeyakumar Devaraj.

Gua Musang Orang Asli flood relief

PSM menyeru pada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk turun padang ke Gua Musang dan menggubal satu pendekatan yang berkesan untuk menyelamatkan 50 buah perkampungan Orang Asli yang sedang menghadapi kelaparan kerana jalan masuk ke kampung-kampung mereka terputus akibat banjir pada hujung bulan Disember lalu.

Wujudnya lebih kurang 90 perkampungan Orang Asli di kawasan pendalaman Gua Musang. Sebelum 1980, mereka menanam padi dan dapat bergantung pada hutan untuk binatang buruan, sayuran dan ikan. Tahap sara diri dalam makanan adalah tinggi pada takat itu. Tetapi dalam 40 tahun yang lalu, cara hidup mereka telah dimusnah oleh corak ‘pembangunan’ yang dianjurkan oleh kerajaan negeri .

Pembalakan dan penanaman kelapa sawit telah hancurkan ekonomi sara diri mereka. Sekarang mereka bergantung pada pasaran luar untuk mendapat makanan asas seperti beras, sayur dan ikan. Mereka bergantung pada jalan-jalan tanah yang dibina oleh syarikat balak dan syarikat ladang untuk keluar ke bandar untuk membeli makanan.

Hujan lebat pada 23 Disember 2014 telah merosakkan sebahagian besar daripada jalan-jalan masuk ke kampung Orang Asli di pendalaman Gua Musang. Beberapa jambatan juga dihanyut oleh air banjir. Oleh itu pada masa ini lebih daripada 50 perkampungan Orang Asli di Gua Musang tidak dapat bekalan dari luar dan mereka kelaparan.

Langkah yang paling penting adalah untuk menyambung balik jalan masuk ke kampung-kampung terlibat. Tetapi walaupun satu bulan sudah lalu, kerja itu belum lagi dimulakan. JKR belum mengambil bahagian dalam kerja pemulihan ini. Pegawai kanan JAKOA di Gua Musang berkata beliau tidak ada jentolak ataupun peruntukan untuk kerja itu. Dia kata beliau difahamkan Ketua Pengarah JAKOA sedang berunding dengan pihak tentera untuk bantuan dalam membaiki jalan dan jambatan.

READ MORE:  Seeking errant Orang Asli groups

Sehingga akses ke luar tercapai, makanan dan bekalan asas lain harus dihantar dengan apa sahaja cara yang berkesan termasuk helicopter. Inilah langkah kedua yang harus dilaksanakan dengan segera. Beberapa NGO telah turun membantu tetapi skala bantuan yang diperlu untuk membawa bekalan makanan ke 50 kampung adalah jauh lebih besar daripada kemampuan NGO. United Sikhs telah membawa helicopter untuk menghantar bekalan makanan untuk dua hari, dan pihak Bar Council Malaysia juga telah menyewa helicopter untuk dua hari (kadar sewa adalah RM40,000 se hari). Tetapi ini tidak mencukupi. Masih ada ramai orang dalam kampung-kampung yang tidak ada makanan.

Mengikut anggaran Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, lebih kurang 1200 keluarga mendiami 50 buah kampong ini. Ini bermakna lebih kurang 5000 orang miskin di pendalaman Gua Musang sengsara dalam kelaparan pada takat ini.

Situasi mereka adalah kritikal dan Menteri harus ambil berat dan campur tangan dengan segera.

D

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x