Home Civil Society Voices 2015 Civil Society Voices GHAH: Kegilaan Akta Hasutan kini kembali bermula

GHAH: Kegilaan Akta Hasutan kini kembali bermula

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) secara tegas mendesak agar pihak kerajaan berhenti menggunakan akta drakonian ini serta menuntut Najib menunaikan janji yang dibuat pada tahun 2012.

Selepas mahkamah memutuskan Akta Hasutan 1948 adalah berperlembagaan, walaupun ia tidak digubal di parlimen, dan walaupun ia digubal sebelum negara kita mencapai kemerdekaan dan digubal oleh penjajah British, kini kegilaan Akta Hasutan 1948 kembali bermula.

Khalid Ismath kini disiasat dan direman selama empat hari di bawah Akta Hasutan 1948. Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan kekecewaan di atas perkara ini.

Khalid yang ditahan dipejabatnya pada 7 Oktober lalu, kerana dikatakan menghina Sultan didalam kenyataan beliau di laman sosial, tidak sepatutnya disiasat di bawah Akta Hasutan.

Beliau dikatakan ditahan kerana satu kenyataan di laman Twitter pada 6 Oktober yang menyebut “Jangan kita lupa, ada 2 orang yang sedang ditahan dipenjara sebelum dibuktikan bersalah. 1) Kamal Hisham 2) Khairuddin – mereka berdua melawan berhala”. Kenyataan itu sendiri tidaklah berbau hasutan.

GHAH mendesak agar Khalid Ismath dibebaskan segera. Reman yang dibuat bermula 7 Oktober selama dua hari dan kemudian lanjutan empat hari lagi adalah tidak wajar jika tujuannya hanya kerana ingin menyiasat satu kenyataan di media sosial. Pihak Polis tidak seharusnya menghabiskan masa menyiasat perkara remeh ini sedang jenayah meningkat saban hari yang memerlukan lebih banyak tumpuan.

GHAH secara tegas mendesak agar pihak kerajaan berhenti menggunakan akta drakonian ini serta menuntut Najib menunaikan janji yang dibuat pada tahun 2012 untuk memansuhkan akta zalim ini bagi menjaga diversiti dan menghormati kebebasan bersuara dan memberi pendapat.

GHAH juga sekali lagi mengulangi tuntutan yang dibuat iaitu:

  • Mansuhkan Akta Hasutan 1948
  • Gugurkan semua pertuduhan dibawah Akta Hasutan 1948 dan bebaskan semua tahanan
  • Tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim
READ MORE:  Repeal Sedition Act to safeguard freedom of expression - Suaram

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH)
10 October 2015

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x