Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan rasa terkilan dengan jumlah ikat jamin yang terlalu tinggi.
Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 23 Oktober 2015 membenarkan aktivis sosial, Khalid Ismath, dibebaskan dengan ikat jamin sementara sebanyak RM70,000 (RM5,000 bagi setiap pertuduhan), sebelum menunggu semakan isu jamin pada 11 November ini.
Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan rasa terkilan dengan jumlah ikat jamin yang terlalu tinggi, yang dikenakan hanya untuk menunggu pendengaran semakan, namun menyambut baik khabar gembira pembebasan tersebut.
Khalid Ismath yang ditahan pada 7 Oktober 2015 itu, ditahan hampir 23 hari sebelum dibebaskan dengan ikat jamin sementara pada 29 Oktober 2015, hanya kerana kenyataan beliau di media sosial yang dikatakan berbaur hasutan. Hal ini tidak boleh diterima, kerana bukan sahaja kenyataan Khalid tersebut tidak berbaur hasutan, malah ia melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk bersuara dan memberi pendapat.
Kerajaan dilihat terus sahaja menggunakan akta tinggalan penjajah ini untuk menekan dan mencengkam rakyat. Tahun ini sahaja, tidak termasuk 160 orang yang ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana menghadiri konsert muzik di Rumah Api, lebih dari 40 orang telah disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
GHAH dengan ini akan memberikan komitmen penuh untuk mempergiatkan kempen di seluruh Malaysia sehinggalah tuntutan yang dikemukakan, diterima oleh kerajaan.
Mengulangi semula tuntutan yang diperjuangkan oleh GHAH sejak sekian lama; dengan perkembangan ini yang menyaksikan bahawa Akta Hasutan 1948 kekal digunakan biarpun dengan begitu banyak hujah yang mewajarkan pemansuhan dan ketidak berperlembagaannya, kami tetap dengan keras menggesa kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dengan serta merta, gugurkan semua pertuduhan dan bebaskan semua tahanan serta tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim.
Mansuh Akta Hasutan!
Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH)
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme