Home Civil Society Voices 2015 Civil Society Voices Hentikan penggunaan Akta Hasutan 1948 dengan segera: Suhakam

Hentikan penggunaan Akta Hasutan 1948 dengan segera: Suhakam

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Hasmy Agam menggesa kerajaan untuk mendukung komitmennya terhadap kebebasan-kebebasan ini bagi memastikan penghayatan terhadap hak untuk kebebasan bersuara dan perhimpunan aman. (English version below)
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melahirkan kebimbangan serius terhadap penangkapan berberapa ahli-ahli politik, aktivis, pelajar dan ahli akademik, serta pengamal media yang telah meningkat sejak kebelakangan ini di bawah Akta Hasutan 1948, disebalik seruan Suruhanjaya untuk menghentikan perbuatan tersebut dan juga untuk menimbang semula kekadaran dan keperluan untuk tangkapan tersebut.

Suruhanjaya juga turut melahirkan rasa terkejut dengan cara penangkapan tersebut dilakukan, yang boleh dikatakan sebagai satu tindakan yang berbentuk gangguan dan ugutan oleh pihak berkuasa serta melanggar kedaulatan undang-undang.

Tambahan pula, tindakan menangkap pengamal media untuk menghalang mereka daripada menjalankan tugas yang sah adalah merupakan satu pelanggaran yang bertentangan dengan komitmen Malaysia di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Oleh yang demikian, Suruhanjaya mencadangkan kepada Kerajaan supaya mengambil langkah-langkah yang tidak berbelah bahagi ke arah menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun, termasuk kebebasan media, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.

Suruhanjaya juga mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai Akta Hasutan 1948 dan mencadangkan bahawa selaras dengan advokasi kesederhanaan kerajaan yang membanggakan di peringkat global, ia memansuhkan undang-undang dalam negeri ini yang menindas dan tidak demokratik, serta secara langsung melanggar hak untuk kebebasan bersuara.

Suruhanjaya juga ingin menyatakan bahawa ia menyokong sepenuhnya hak individu untuk berhimpun secara aman, untuk menyatakan pandangan awam dan/atau politik tanpa rasa bimbang ditangkap atau ditahan, termasuk pertukaran pendapat secara bertanggungjawab di media sosial.

Oleh itu, Suruhanjaya menggesa kerajaan untuk mendukung komitmennya terhadap kebebasan-kebebasan ini bagi memastikan penghayatan terhadap hak untuk kebebasan bersuara dan perhimpunan aman di Malaysia menjadi lebih berkesan.

READ MORE:  Elakkan istilah Islamofobia dijadikan alat untuk membungkam kebimbangan yang sebenarnya

Tan Sri Hasmy Agam ialah pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)
3 April 2015

English version:

Immediately end the use of the Sedition Act 1948

The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) expresses its serious concern over the recent arrests of a number of politicians, activists, students and academicians, as well as members of the media under the Sedition Act 1948, which have escalated alarmingly in spite of the Commission’s recent call on the authorities to desist from such actions as well as to reconsider the proportionality and necessity for such arrests.

The Commission is also appalled at the manner in which these arrests have been made, which appears to be tantamount to harassment and intimidation by the authorities and in breach of the rule of law.

Furthermore, the arrests of members of the media to prevent them from performing their legitimate duties are a clear violation of Malaysia’s obligations under international human rights law.

The Commission therefore recommends that the Government take unwavering steps towards guaranteeing freedom of expression and assembly, including media freedom, in line with the Federal Constitution and the Universal Declaration of Human Rights 1948.

The Commission also reiterates its well-known position on the Sedition Act 1948 and recommends that consistent with the government’s commendable advocacy of moderation at the global level, it repeal this repressive and undemocratic domestic legislation, which directly violates the right to freedom of expression.

The Commission would like to further state that it fully supports the rights of all individuals to assemble peacefully, to express their civil and/or political views without fear of arrest or detention, including the responsible exchange of opinions on social media.

READ MORE:  U-turn on repeal of Sedition Act unacceptable

The Commission thus urges the Government to uphold its commitment to these freedoms, and to ensure the effective enjoyment of the rights to freedom of expression and peaceful assembly in Malaysia.

Tan Sri Hasmy Agam is chairman of the the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam).
3 April 2015

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x