#KamiJuga25

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sebuah kumpulan 25 rakyat biasa telah menulis suatu petisyen kepada Perdana Menteri untuk meluahkan sokongan terhadap kenyataan yang diberikan oleh 25 orang individu yang berwibawa. (English version below)

kamijuga25

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri,

Kami, rakyat Malaysia yang disenaraikan di bawah, ingin meluahkan rasa kagum, kepercayaan dan sokongan kepada kenyataan yang diberikan baru-baru ini oleh 25 orang individu yang berwibawa dan dihormati ramai. Kata-kata mereka telah memberikan inspirasi dan memaut perhatian seluruh negara. Seperti ramai rakyat Malaysia yang lain, kami berdiri teguh bersama mereka.

Sebagaimana rakyat lain mempunyai kekhuatiran yang sama, kami juga mempunyai kepentingan dalam membina negara ini.

Kami menyeru kepada kepimpinan negara ini agar berdiri bersama rakyat Malaysia yang lain dalam memenuhi kepercayaan dan janji dalam merealisasikan visi dan hala tuju yang dikongsi bersama, iaitu mewujudkan sebuah negara yang adil, bebas dan penyayang. Sebuah masyarakat yang mendokong ide, impian dan janji-janji yang menggalakkan kebersamaan dan meraikan kepelbagaian dan perpaduan rakyatnya.

Warkah daripada 25 orang rakyat Malaysia sebelum ini, membawa perspektif akan perlunya pengakhiran kepada perbalahan yang remeh, janji-janji palsu, sifat perkauman, ketaksuban dan kebencian yang wujud di kalangan kita. Sudah sekian lama, perkara-perkara tersebut dan cerita-cerita zaman silam, telah mencengkam politik negara dan diri kita.

Mereka yang menggunakan kata-kata angkuh, takbur dan prejudis tidak bercakap bagi pihak kita.

Bukankah masyarakat majmuk kita dibentuk oleh pelbagai bahasa dan disemai oleh setiap budaya yang ada? Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada mereka yang beragama Islam, Kristian, Buddha, Tao dan banyak lagi serta mereka yang tidak berpegang kepada mana-mana kepercayaan. Kepelbagaian ini merupakan kekuatan kita.

Kita memilih untuk memegang kepada harapan dan kebersamaan dan menolak rasa takut dan sifat prejudis. Kita bersatu dalam hasrat menuju masa depan dan menolak konflik dan perpecahan. Kepada mereka yang inginkan perpecahan dan perbalahan, kita katakan bahawa kita menolak ide bahawa dominasi dan diskriminasi perlu bagi memajukan masyarakat dan negara. Kita mempercayai bahawa kita berkongsi takdir yang sama sebagai rakyat Malaysia.

Oleh itu, kita perlu menolak premis-premis palsu yang terus digunakan oleh mereka yang ingin mengekalkan sistem “membahagi dan menakluk” yang pernah dieksploitasikan oleh sang penjajah bagi mengongkong, menyekat dan menyenyapkan suara kita dan menindas mereka yang menentang ketidakadilan.

Kita menolak:

  • bahawa hanya orang Muslim sahaja yang berhak bersuara akan hal-hal yang melibatkan mereka, dan golongan bukan Muslim dan rakyat Malaysia lainnya perlu senyap dan tidak bersuara. Kita tidak harus senyap ketika berhadapan dengan isu-isu ketidakadilan, kezaliman dan penganiayaan terhadap saudara-saudara kita, tidak kira bangsa atau agama. Kita mesti bersuara.
  • bahawa bersifat kritikal, membangkang atau menyokong pendapat yang berlainan adalah bersamaan dengan anti-Malaysia, anti-Islam, anti-monarki dan anti-Melayu. Pemahaman sedemikian hanya bertujuan melindungi mereka yang inginkan diri mereka dilindungi daripada penelitian awam, kebal daripada akauntabiliti dan untuk bertindak sewenang-wenangnya.
  • bahawa kesederhanaan dan konsep-konsep seperti liberalisme dan humanisme bercanggah dengan Islam dan mengugat kedudukannya sebagai agama bagi Persekutuan. Mengikut sejarah, Islam sebenarnya salah satu daripada agama agung dunia yang mempunyai tradisi liberal dan humanisme yang cukup kuat. Ia telah membawa masuk asas seperti hak asasi wanita untuk bekerja dan memiliki harta pusaka, menitikberatkan perbincangan rasional dan pemikiran kritis, dan tidak hanya berpandukan kepada agama. Kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan tidak disoal dan kenyataan-kenyataan sedemikian hanyalah untuk mengalihkan perhatian.
  • bahawa Islam sedang diserang di Malaysia. Islam sebenarnya tidak diserang di negara kita.
READ MORE:  Unity in resilience: G25's National Day vision for Malaysia

Kita tidak seharusnya berdiri dan menyepi ketika agama dan kepercayaan disalahgunakan sebagai senjata bagi menyekat perbezaan pendapat dan wacana intelektual, serta menindas orang-orang yang mencabar dan menyokong pendapat yang berbeza. Ianya tidak adil dan kita tidak boleh bertolak ansur dengan penggunaan agama untuk memecahbelahkan sesama kita.

Kita mempercayai kata-kata dan mengikuti contoh Nabi Muhammad SAW serta pemimpin-pemimpin agama dunia dalam mengiktiraf kewujudan dan hak-hak agama lain, serta melayan penganut-penganut mereka dengan hormat, kemuliaan dan penerimaan.

Kita memperkuatkan kepercayaan sendiri dan orang lain menerusi dialog, mendengar dan memahami, dan bukannya melalui dogma, dan ketaatan dan kepatuhan tanpa soal. Kita juga perlu belajar daripada agama-agama lain, budaya dan diri kita sendiri. Beginilah kita boleh maju bersama.

Malaysia tidak boleh berdiri di hadapan dunia dan mendakwa bahawa ia adalah sebuah negara contoh bagi kesederhanaan dan Islam yang progresif sekiranya ia melanggar jaminan dan ajaran-ajaran agama tersebut mengenai kepercayaan-kepercayaan lain, menindas dan menghukum golongan yang memperjuangkan kesederhanaan , dan melindungi mereka yang ekstremis dan radikal .

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mencari keberanian dalam diri kita untuk mengakui dan melawan ketidakadilan. Jika kita tidak bersetuju dengan orang lain , janganlah kita mengharamkan mereka. Marilah kita melibatkan diri dalam perbincangan, berdebat dan berusaha untuk meyakinkan diri masing-masing. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak untuk bersuara.

Detik-detik penting lahir dari peluang baik yang wujud. Ini adalah salah satu daripada peluang tersebut. Janganlah kita sia-siakannya.

Surat ini adalah peluang bagi kita membina dan menguatkan hubungan diantara kita dan bukannya untuk meluaskan jurang dan mendirikan halangan. Sekiranya kita mencari satu cara baru untuk maju ke hadapan, ia haruslah berdasarkan kepentingan bersama dan saling menghormati. Ia mesti ditunjukkan dalam kata-kata dan tindakan, terutamanya dari mereka yang merupakan pemimpin Malaysia .

Kita tidak mampu untuk berdiam diri. Kita mesti berdiri dan bersuara. Kami meminta rakyat Malaysia menyertai kami dengan menandatangani surat ini.

Inilah negara kita. Takdir kita adalah takdir bersama.


(English version)

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri,

We, the undersigned Malaysians, wish to express our admiration, faith and support to the call recently stated so eloquently by 25 courageous and respected individuals. Their words have inspired us all and electrified the nation. As many other Malaysians, we stand together with them.

And like everyone else who support their concerns, we too have a stake in building this country.

READ MORE:  United in diversity: Let's build a nation filled with joy and hope

We call upon the leadership of this country to stand with other fellow Malaysians in delivering on the belief and promise of a common vision and a shared destiny: a just, free and caring nation of ideas, of dreams and of promises which promote inclusiveness and celebrates the unity of its people through diversity.

The letter by the 25 distinguished Malaysians brings into perspective the need for us to put an end to our petty differences and false promises, the racism and the bigotry, the intimidation and the blind hatred. For far too long, these unfortunate attributes and the sins of our fathers and those before, have strangled our politics and each other.

Those who speak in arrogance, bigotry, ignorance and prejudice do not speak for us.

After all, the Malaysian story has been shaped by every language and enriched by every culture. We are a nation of Muslims, Christians, Hindus, Buddhists, Taoists, and many other faiths and non-believers. This diversity is our strength.

We have chosen to hope and be together over fear and bigotry, the unity of purpose over conflict and disunity. To those who seek to sow conflict and discord, know that we reject the idea that we need to dominate and discriminate in order to progress as a people and a country. We believe in a shared destiny as Malaysians.

To do that, we must begin to reject the following false premises that are being kept alive by those who seek to sustain a “divide and conquer” system exploited by our previous colonial masters to cage our spirits, stifle our voices and oppress those who speak out against injustice.

We reject:

  • that only Muslims can speak on matters which affect Muslims, and that non-Muslims and other fellow Malaysians must stay silent. We should never stay silent in the face of injustice, tyranny and persecution inflicted upon our brothers and sisters. We must speak up for each other.
  • that being critical, speaking in opposition or supporting a contrarian view are tantamount to being anti-Malaysia, anti-Islam, anti-monarchy and anti-Malay. Such reasoning only serves those who wish for their actions to be hidden from public scrutiny, to be immune from accountability and act with impunity.
  • that moderation and concepts such as liberalism and humanism are in contradiction with Islam and are undermining its position as the religion of the Federation. Historically, Islam is actually one of the world’s great religions with rich liberal and humanist traditions. It introduced fundamentals such as a woman’s right to work and inheritance, emphasised rational discourse and critical thinking as to not be dependent solely on faith. The position of Islam as the religion of the Federation is not in doubt and statements of such are merely a tactic to distract.
  • that Islam is under attack in Malaysia. Islam is not under attack in our country.
READ MORE:  Malaysia's identity crisis: Navigating the choppy waters of race and religion

We cannot and must not stand silently by and allow faith to be misused as a weapon to suppress peaceful dissent, intellectual discourse and opinions and to oppress those who would challenge and support contrarian positions. It is unjust and we should never tolerate the use of faith to divide us.

We believe in the words and example of the Prophet Muhammad as well as those of leaders of the world’s greatest religions in recognising the existence and rights of other faiths and treating their believers with respect, dignity and acceptance.

We strengthen our respective faiths and those of others through dialogue, listening and understanding rather than dogma and unquestioning obedience and compliance. We learn from other religions, cultures and ourselves. That is how we grow stronger together.

Malaysia cannot stand in the eyes of the world and claim that it is a model country for moderation and progressive Islam when it violates the very guarantees and teachings of the religion regarding other faiths, oppresses and punishes moderates, rewards and protects extremists and radicals.

As Malaysians, we must find the courage within us to acknowledge and fight injustice. If we disagree with others, let’s not ban them. Let’s engage, discuss, argue and work to convince. The Federal Constitution of Malaysia guarantees the right to freedom of expression.

Great moments are born from great opportunity. This is one such opportunity.

This letter is an opportunity to build and strengthen bridges rather than widen gaps and obstacles. If we are to seek a new way forward, it must be based on mutual interests and mutual respect. It must be demonstrated in both words and actions, especially from those who are Malaysia’s leaders.

We cannot afford to be silent. We must stand up and speak out. We ask that fellow Malaysians join us by signing this letter.

This is our country. Together, that is our destiny.

Individu-individu yang menandatangani surat ini:

The individuals who endorse this letter:

  1. Bibiana Peter, Komposer dan Penerbit
  2. Abdul Haleem Rahiman, Pengurus
  3. Anna Koh, Suri Rumah
  4. Mooreyameen Mohamad, Pengurus Jualan dan Pemasaran
  5. Ruzita Khalid, Peguam
  6. Mohani Niza, Penulis
  7. Arlene Tan, Penerbit dan Penyampai Radio
  8. Jenny Liew, Penulis Lagu
  9. Dr Patricia A. Martinez, Mantan Professor Madya
  10. Cheryl Leong, Pengurus Lesen Perisian
  11. Janell Shalom Bani, Pengurus Projek Manager
  12. Kee Thuan Chye, Penulis dan Pelakon
  13. Rodney Koh, Peguam
  14. Adriene Leong, rakyat Malaysia yang perihatin
  15. Susanna George, Jurulatih
  16. Shariza Kamarudin, Pegawai Projek Kanan
  17. Aida Mohd Redza, Koreografer Tarian
  18. Ros Matthews, Jururawat Bersara
  19. Edward Soo, Peguam
  20. Archana Divi Chandran Mohan Pillai, Pegawai Pembinaan Kapasiti
  21. Azwan Ismail, Jurutera
  22. Sharyn Lisa Shufiyan, Kolumnis
  23. Gowri Krishnan, Penolong Penerbit dan Penyampai Radio
  24. Maimuna Hamid Merican, Pensyarah
  25. Melissa Mohd Akhir, Aktivis
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Sultan Rashid
4 Feb 2015 9.29am

SayaJuga25

S. Rashid

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x