Dengan dukacita, kami daripada lapan organisasi masyarakat madani Pulau Pinang terpaksa membatalkan debat terbuka yang dijadualkan pada 4 Mei jam 8 malam bagi calon-calon pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Hal ini kerana hanya satu calon sahaja yang balas akan hadir ke debat terbuka iaitu calon daripada Parti Keadilan Rakyat iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kami melihat tidak berguna sekiranya hanya satu calon yang akan menjelaskan pendirian beliau dan tiada debat antara pandangan yang berbeza supaya pengundi boleh membuat penilaian dan perbandingan sebelum mengundi.
Kami berharap calon-calon yang terlibat dalam pilihan raya kecil boleh menjelaskan isu-isu yang menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia secara langsung termasuk:
- Pandangan calon mengenai GST dan polisi ekonomi kerajaan yang sepatutnya dalam kontek yang lebih menyeluruh;
- Penggunaan undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Pencegahan Pengganas (Pota), Akta Polis, dan undang-undang lain yang mungkin mencabuli demokrasi dan hak asasi; dan
- Bagaimana kita menghadapi dengan ketidaktoleransi antara agama dan etnik yang sedang meningkat; perkara ini menyebabkan pepecahan masyarakat dan bukan harmoni dalam negara kita.
Bagi pihak lapan organisasi masyarakat madani Pulau Pinang, berikut adalah pandangan kami mengenai tiga isu secara ringkas:
- GST merupakan sistem cukai yang regresif. Setiap orang tidak kira kaya atau miskin perlu membayar cukai. Dari bayi sehingga orang tua termasuk mereka yang tidak pekerjaan juga perlu membayar cukai. Oleh itu, kami tolak GST dan lebih cenderung kepada sistem cukai progresif, cukai orang kaya dan membantu yang miskin.
- Kami membantah penggunaan akta-akta zalim seperti Akta Hasutan, Akta Pencegahan Pengganas (Pota), Akta Polis, dan undang-undang lain yang mencabuli demokrasi dan hak asasi. Akta hasutan patut dimansuhkan seperti yang telah dijanji oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak.
- Kami juga menolak rasisme dan tindakan keras yang menyebabkan pepecahan masyarakat dan harmoni di Malaysia.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Oleh itu, kami menyeru pengundi-pengundi konstituensi Permatang Pauh mengundi dengan bijak khasnya mesti melihat pendirian mereka. Pengundi yang bekerja di luar negeri juga kami harap semua boleh balik untuk mengundi. Hal ini adalah kerana calon yang dipilih akan masuk ke parlimen untuk terlibat dalam proses membuat undang-undang dan polisi yang menjejaskan kehidupan harian kami.
Demi menganjur debat terbuka ini, kami telah mengeluarkan kenyataan pada 23 April dan telah menghantar surat rasmi pada 25 April selepas pernamaan calon khasnya calon-calon daripada Barisan National dan Parti Keadilan Rakyat.
Pihak Umno maklum bahawa ada beberapa majlis yang telah dirancang awal. Kami akan teruskan usaha dan berharap suatu hari nanti akan juga ada budaya debat terbuka dalam politik Malaysia semasa pilihan raya. Ini telah memberi pentas yang bagus untuk rakyat melihat pendirian setiap calon.
Organisasi-organisasi masyarakat madani Pulau Pinang:
- Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
- Bersih 2.0 Wilayah Utara
- Gerakan Mahasiswa Maju USM (SPF USM)
- KitaLawan (Utara)
- Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri P.Pinang (Ikram)
- Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG Perhubungan P.Pinang
- Serikat Mahasiswa
- Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Pejabat Pulau Pinang
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme