Home Civil Society Voices 2015 Civil Society Voices Suhakam kesal dengan pelulusan Pota

Suhakam kesal dengan pelulusan Pota

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Banyak peruntukan dalam Pota yang bercanggah dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa, ujar Hasmy Agam.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada permulaan berhasrat untuk menjelaskan bahawa hak asasi manusia, yang bersifat universal, tidak menentang keamanan dan keselamatan negara.

Oleh itu, Suruhanjaya telah melafazkan dalam kenyataannya pada 28 November 2014, sokongannya terhadap pihak kerajaan dalam usaha untuk memerangi ancaman keganasan dan ekstremisme yang semakin meningkat di Malaysia. Suruhanjaya telah menjelaskan bahawa mana-mana perundangan yang dicadangkan untuk memerangi keganasan haruslah bertujuan untuk mencegah tindakan radikal, mengukuhkan langkah-langkah pencegahan keganasan dan penyiasatan yang sedia ada, dan untuk menyediakan kawalan terhadap segala bentuk gangguan aktiviti pengganas.

Suruhanjaya juga menjelaskan bahawa undang-undang tersebut hendaklah betul dari segi kandungan, jelas, sah dan seimbang.

Meskipun pihak kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa hak-hak rakyat dari segi perlembagaan dilindungi dengan mengambil langkah-langkah positif untuk menangani ancaman keganasan dan ekstremisme, Suruhanjaya sekali lagi menegaskan bahawa langkah-langkah tersebut tidak boleh mengancam hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang, serta menjejaskan prinsip-prinsip demokrasi.

Oleh yang demikian, Suruhanjaya kesal apabila Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) diluluskan oleh Parlimen pada 7 April meskipun terdapat keraguan didalam beberapa peruntukannya; dan telah dirumuskan tanpa berunding dengan Suruhanjaya, yang mana dibawah Aktanya telah dimandatkan, antara lain “untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil” yang berkaitan dengan hak asasi manusia.

Suruhanjaya percaya bahawa terdapat banyak peruntukan dalam Pota yang bercanggah dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa, walaupun Malaysia memegang jawatan-jawatan berprestij di peringkat serantau dan antarabangsa, dimana terdapat jangkaan dalam peningkatan piawaian hak asasi manusia.

Walaupun Suruhanjaya memperakui jaminan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri bahawa undang-undang tersebut tidak akan disalah guna atau digunakan untuk melenyapkan perbezaan pendapat politik, Suruhanjaya bagaimanapun bimbang dengan keabsahan dan implikasi hak asasi manusia dalam berberapa peruntukan di dalam Akta tersebut. Melihatkan kepada keseriusan langkah-langkah Pota dan keperluan pemerhatian yang sewajarnya, Suruhanjaya seterusnya akan mengemukakan laporan penuh kepada Kerajaan, selaras dengan mandatnya.

Walau bagaimanapun, melihatkan kebimbangan ini dan memandangkan beberapa peruntukan tertentu dalam Akta tersebut terlalu luas tanpa perlindungan yang memadai daripada penyalahgunaan kuasa, termasuk kekurangan pengawasan dan peruntukan yang tidak memuaskan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti, Suruhanjaya ingin mengutarakan perkara berikut:

(a) Suruhanjaya beranggapan bahawa kekurangan pewakilan undang-undang terhadap orang yang dituduh semasa Inkuiri (seksyen 10(6)) dan juga peruntukan untuk penahanan tanpa jangkamasa dan tanpa perbicaraan sebagai perkara yang serius dan mencabul hak terhadap perbicaraan yang adil berdasarkan Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 10 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

READ MORE:  Enforced disappearance: Were Amri Che Mat and Pastor Raymond Koh taken out by a hit squad?

Suruhanjaya menegaskan bahawa hak kepada perbicaraan yang adil adalah mutlak dan tidak terhad. Tambahan pula, penahanan secara sewenang-wenangnya merupakan satu ancaman yang serius kepada kebebasan dan untuk menikmati semua hak-hak asasi yang lain.

(b) Suruhanjaya kesal ketiadaan peluang hak untuk semakan kehakiman, kecuali bagi semakan perkara-perkara prosedur, yang mana merupakan satu penghinaan kepada hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan hak untuk mendapatkan keabsahan mengenai penahanan seseorang ditentukan oleh Mahkamah yang bebas dan berwibawa.

Suruhanjaya juga bimbang dengan ketiadaan prosedur perlindungan yang diperlukan untuk mengelakkan penahanan yang menyalahi undang-undang, dan seterusnya berpendapat bahawa ini melanggar Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Dengan mengambilkira perkara diatas, Suruhanjaya sekali lagi menyeru pihak Kerajaan untuk komited dalam mendukung tanggungjawab hak asasi manusia antarabangsanya dan menggesa semakan ke atas Akta tersebut, dengan perundingan yang penuh dan bermakna dengan semua pihak yang berkepentingan, termasuk Suruhanjaya.

Suruhanjaya berharap agar perundingan tersebut dapat memberi ruang untuk pertukaran dan mengemukakan pandangan dengan matlamat utama untuk menyelaraskan peruntukan dalam Akta tersebut dengan model undang-undang jenayah yang berorientasikan hak asasi manusia, untuk memastikan layanan yang adil dan berkadar bagi mana-mana orang yang dituduh.

Suruhanjaya sentiasa dan konsisten dalam menyeru agar perlindungan hak asasi manusia dan keselamatan awam haruslah menjadi pelengkap. Oleh itu, Pota perlu mematuhi tanggungjawab hak asasi manusia antarabangsa Malaysia.

Suruhanjaya oleh itu mengesyorkan agar pihak berkuasa membangunkan rangka kerja yang berkesan dan praktikal bagi penahanan, soal siasat dan perbicaraan bagi orang yang disyaki pengganas, yang dapat membantu pihak berkuasa untuk memanfaatkan agensi-agensi perisikan untuk melumpuhkan aktiviti orang yang disyaki pengganas.

Dalam apa jua keadaan, Suruhanjaya menyeru pihak Kerajaan memastikan bahawa kesemua peruntukan di dalam Akta tersebut adalah selaras dengan Artikel 7, 9, 10 dan 11 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan peruntukan Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ICCPR).

Tan Sri Hasmy Agam ialah pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

English version:

Suhakam regrets the passing of Pota

The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) at the outset wishes to make clear, that human rights, which are universal in character, do not counteract peace and national security.

READ MORE:  Is the Madani government really listening to Suhakam’s annual report?

As such, the Commission had pledged, in its statement of 28 November 2014, its support to the Government in its efforts to combat the growing threats of terrorism and extremism in Malaysia.

The Commission had explained that any proposed legislation to combat terrorism must seek to prevent radicalisation, strengthen existing terrorism prevention and investigation measures, and provide control in order to disrupt all forms of terrorist activities. The Commission also clarified that such laws must be correct in substance, unambiguous, legitimate and proportionate.

Although the government has an obligation to ensure that the constitutional rights of its citizens are protected by taking positive measures to counter threats of terrorism and extremism, the Commission reiterates that such measures must not pose disproportionate challenges to fundamental human rights and the rule of law, and jeopardise the principles of democracy.

The Commission therefore regrets that the Prevention of Terrorism Act 2015 (Pota) was passed by Parliament on 7 April despite uncertainty in several of its provisions; and which was formulated without consultation with the Commission which, under its founding Act, is mandated, inter-alia, “to advise and assist the Government in formulating legislation and administrative directives and procedures and recommend the necessary measures to be taken” with respect to human rights.

The Commission believes many provisions within Pota are not in line with international human rights standards, despite Malaysia’s assumption of eminent positions at the regional and international levels, where there are expectations of improved human rights standards.

While the Commission acknowledges the assurances by the Honourable Minister of Home Affairs that the legislation will not be misused or used to silence political dissent, the Commission is nevertheless concerned with the legitimacy and human rights implications of certain provisions in the Act.

Due to the seriousness of Pota measures and the need for proper oversight, the Commission shall therefore be making full submissions to the government in accordance with its statutory mandate.

However, given these concerns and because certain provisions of the Act are wide-reaching without sufficient safeguards against abuse of power, including inadequate oversight and unsatisfactory provision for ensuring transparency and accountability, the Commission would like to highlight the following:

a) The Commission views the lack of legal representation of an accused person during the Inquiry (section 10(6)) as well as the provision for indefinite detention without trial as matters of serious concern and in breach of the right to a fair trial according to Article 5 of the Federal Constitution as well as Article 10 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR).

READ MORE:  Suhakam sokong kerajaan membangunkan rang undang-undang suruhanjaya kanak-kanak (Malay/English)

The Commission asserts that the right to a fair trial is absolute and cannot be limited. Furthermore, arbitrary
detention is a serious threat to liberty and to the enjoyment of all other fundamental rights.

b) The Commission regrets the absence of a right to judicial review, save for the review of procedural matters, which is an affront to the right to a fair hearing and the right to have the legitimacy of one’s detention determined by an independent and competent Court of law.

The Commission is also concerned with the lack of procedural safeguards necessary for avoiding unlawful detention, and is therefore of the opinion that these directly violate the Federal Constitution and international human rights law.

In consideration of the above, the Commission calls on the government to be committed to upholding its international human rights obligations and urges for a revision of the Act, with full and meaningful consultations with all stakeholders, including the Commission.

The Commission hopes that such consultations will allow for the exchange and consideration of views with the primary aim of aligning the provisions of the Act with a human rights-oriented model of criminal law, to ensure fair and proportionate treatment for any person charged.

The Commission has also been, and is consistent in its call that protecting human rights and public safety must be complementary. As such, Pota must comply with Malaysia’s international human rights obligations.

The Commission thus recommends that the authorities develop an effective, feasible framework for the detention, interrogation and trial of suspected terrorists which would allow the authorities to capitalise on its intelligence agencies to disable suspected terrorist activities.

In any event, the Commission calls on the government to ensure that all provisions of the Act are in conformity with Articles 7, 9, 10 and 11 of the Universal Declaration of Human Rights and the provisions of the United Nations International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR).

Tan Sri Hasmy Agam is chairman of the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x