Kami, pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil yang berikut, mengecam usaha-usaha pihak tertentu untuk mengancam dan mendiamkan kumpulan tokoh Melayu yang dikenali sebagai G25. (English version below)
Yang lebih meluat dan menjijikkan adalah ancaman serangan seksual yang dibuat terhadap jurucakap kumpulan berkenaan, Noor Farida oleh seorang pengguna Facebook bernama Sharul Nizam Ab Rahim berikutan kenyataan beliau berkenaan isu undang-undang khalwat semasa sidang akhbar G25 pada 6 Disember 2015. Pengguna Facebook berkenaan kemudiannya menjelaskan, bahawa ia adalah sindiran sahaja dan ia adalah hak asasinya untuk berbuat demikian.
Semenjak penubuhannya, G25 telah memberikan maklum balas yang penting kepada kerajaan dan orang awam berkenaan isu-isu tadbir urus yang penting kepada pengekalan cara hidup demokratik kita melalui kenyataan akhbar, penglibatan di forum-forum awam, dan cara-cara lain.
Fokus mereka terhadap peranan agama dalam masyarakat moden adalah sebahagian dari misi mereka iaitu untuk menjadikan Malaysia sebuah contoh kepada dunia sebagai sebuah negara demokratik Islamik pelbagai budaya yang sederhana, harmoni, dan progresif serta menjadi tauladan dari segi toleransi. Kami bersolidariti sepenuhnya dengan misi G25.
Bukan sahaja kami yang datang dari pelbagai bahagian di Malaysia dan mewakili pelbagai sektor dalam masyarakat sivil, malah kami percaya masyarakat Malaysia secara umumnya menghargai dan menghormati suara yang munasabah dan rasional dalam isu-isu nasional seperti G25 dan banyak lagi.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami menyeru untuk pihak untuk mengadakan perbincangan secara rasional, munasabah, dan beradab dan nyatakan pendapat secara sopan. Ini lebih memanfaatkan negara berbanding dengan seruan untuk G25 diharamkan atau mengancam untuk bertindak secara ganas terhadap mereka.
Kami juga menyeru pihak berkuasa dan pemimpin pakatan pemerintah untuk bersuara dan mengecam ugutan yang dibuat terhadap G25. Adalah penting untuk mereka melindungi kebebasan bersuara dan semua organisasi masyarakat sivil tanpa pilih kasih.
English version:
We, the following civil society organisations, condemn the efforts made to coerce and silence the group of prominent Malays known collectively as G25.
Especially disgusting and obnoxious is the threat of sexual assault made against the group spokesperson, Datuk Noor Farida Ariffin by a Facebook user named Sharul Nizam Ab Rahim following her statement on the issue of khalwat laws during the G25 press conference on 6 December 2015. He has since claimed unconvincingly that it was meant as sarcasm, and that it was his human right to do so.
Since its establishment, G25 has through its press releases, participation in public forums and in other ways provided important feedback to the government and public on a wide range of governance issues that are critical and crucial to the preservation of our democratic way of life.
Its focus on the role of religion in a modern society is an integral part of its mission which is to work towards making Malaysia a model for the world as a moderate, harmonious and progressive Islamic multicultural democracy and beacon of tolerance. We are in complete solidarity with G25’s mission.
Not only are we coming from different parts of Malaysia and representing many sectors of civil society but we believe the larger Malaysian public values and respects voices of reason and rationality on national issues such as G25 and others.
We call on everyone to engage in a civil, temperate and rational dialogue and to put forth your views politely and civilly. That will serve our nation better than calls for a ban on G25 or threats of violence against its members.
We also call on the authorities and leaders of the ruling coalition parties to speak out and act against threats to G25. It is important that they protect the freedom of expression of all civil society organizations, and not just those that work in their political interests.
Kenyataan bersama ini disokong oleh organisasi-organisasi masyarakat sivil yang berikut:
This statement is endorsed by the following civil society organisations:
1. All Women’s Action Society (Awam)
2. Anak Muda Sarawak (AMS)
3. Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAman)
4. Bersih 2.0
5. Council of Churches Malaysia (CCM)
6. Engage
7. Friends of Kota Damansara
8. G40
9. Institut Rakyat
10. Islamic Renaissance Front (IRF)
11. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JOAS)
12. Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI)
13. LLG Cultural Development Centre (LLG)
14. Komuniti Muslim Universal Malaysia (KMU)
15. Majlis Perundingan Malaysian Agama Buddha, Kritisian,Hindu, Sikh dan Tao (MCCBiT)
16. Malaysian Indians Progressive Association (Mipas)
17. Malaysian Indians Transformation Action Team (Mitra)
18. Malaysian Physicians for Social Responsibility (MPSR)
19. Malaysian Youth Care Association (Prihatin)
20. National Human Rights Society (Hakam)
21. National Indian Rights Action Team (Niat)
22. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
23. People Welfare And Rights Organisation (Power)
24. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
25. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
26. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Peras)
27. Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham)
28. Persatuan Rapat Malaysia (Rapat)
29. Pertubuhan IKRAM Malaysia(Ikram)
30. Projek Dialog (PD)
31. Pusat Komas
32. Rainbow Genders Society
33. Sahabat Rakyat
34. Save Rivers Sarawak
35. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
36. Sisters in Islam (Sis)
37. Street Voice
38. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
39. Tamil Foundation Malaysia (TF)
40. Tamilar Action Force (TAF)
41. Tenaganita Women’s Force
42. The Federation & Alumni Associations Taiwan University, Malaysia (Faatum)
43. The KL & Selangor Chinese Assembly Hall
44. Tindak Malaysia
45. United Chinese School Alumni AssocNs of Malaysia (UCSAAM)
46. Women’s Centre for Change (WCC)
47. Women Development Organization of Malaysia, PJ Branch
48. Writer Alliance for Media Independence (Wami)
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme