Geramm khuatir dengan cadangan Peguam Negara Apandi Ali untuk menguatkan akta lapuk Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), apatah lagi apabila beliau seolah-olah mensasarkan media dan wartawan dalam kenyataannya itu.
“Kita mungkin mendakwa wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka. Saya tidak bergurau. Jika saya mempunyai 90 peratus bukti, saya akan dakwa wartawan, editor, penolong editor dan ketua editor. Saya serius, bukan main-main. Berlaku terlalu banyak kebocoran rahsia di Malaysia,” Apandi berkata seperti dipetik.
Beliau dilaporkan bertegas bahawa OSA boleh digunakan terhadap wartawan yang melindungi sumber mereka atas dasar etika kewartawanan. Beliau mendakwa tindakan itu boleh dilihat sebagai bekerjasama dengan pihak yang berpotensi melakukan sabotaj.
Beliau dilaporkan berkata demikian dalam satu wawancara bersama Sin Chew Daily yang dipetik Malaysiakini. Beliau juga memaklumkan yang Pejabat Peguam Negara kini sedang menimbangkan untuk meminda OSA untuk memasukkan penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan sebagai hukuman.
Geramm melihat kenyataan Peguam Negara ini sebagai cubaan jelas untuk menakut-nakutkan media. Itu sahaja.
Tindakan mengancam media yang hanya menjalankan tugas melaporkan isu-isu berkaitan kepentingan awam adalah sesuatu yang tidak wajar sama sekali.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Penggunaan sumber rahsia oleh media bukan untuk mensabotaj kerajaan tetapi demi mencari kebenaran dalam sesuatu perkara, dan mempertanggungjawabkan kerajaan pada pihak awam.
Ia aspek penting dan selari dengan semangat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, dan amalan memberikan maklumat. Ia adalah alat semak dan imbang yang penting dalam demokrasi.
Etika kewartawanan juga menyatakan bahawa penggunaan sumber yang tidak dinamakan perlu dipertahankan selagi maklumat yang diperolehi dapat disahkan.
Kod etika Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) juga menyatakan yang wartawan “akan mempertahankan sumber berita yang diperolehi secara rahsia”.
Amalan ini juga dipertahankan oleh undang-undang seperti yang dapat dilihat dalam keputusan Mahkamah Tinggi pada 2013, apabila hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Laan dalam satu kes saman fitnah telah menolak permohonan Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing untuk memaksa seorang wartawan mendedahkan sumbernya.
Namun wartawan tetap perlu memberikan kerjasama dan memberi keterangan di mahkamah jika diminta, di bawah ruang lingkup sistem keadilan.
Berbanding menguatkan lagi akta drakonian seperti OSA, Geramm ingin menggesa Peguam Negara, kerajaan dan penggubal undang-undang untuk menggubal akta pemberi maklumat yang benar-benar dapat melindungi wartawan dan sumbernya yang melaporkan hal yang benar kepada orang ramai.
Justeru kami mengecam ‘ugutan’ Peguam Negara terhadap amalan kewartawanan kerana ia mengancam amalan kewartawanan yang beretika di negara ini dan terus menyekat hak orang ramai untuk mendapat maklumat.
Geramm adalah gabungan longgar wartawan, aktivis dan wakil media yang memperjuangkan kebebasan media dan pengamalnya.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme