Home Civil Society Voices 2016 Civil Society Voices GHAH: Bebas Shukri Kamarudin segera!

GHAH: Bebas Shukri Kamarudin segera!

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Terkini: Shukri telah dibebaskan dengan jaminan polis pada petang 6 April 2016.

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) meraikan pembebasan naib ketua pemuda Amanah Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin walaupun merasakan reman yang dikenakan terhadap beliau, tidak sepatutnya dibuat.

Seorang lagi mangsa Akta Hasutan, saudara Shukri Kamarudin, yang ditahan sejak 1 April lalu, masih lagi ditahan sehingga ke saat ini. GHAH mendesak agar beliau dibebaskan dengan kadar segera.

Maklumat yang diterima dari isteri saudara Shukri Kamarudin, mengatakan bahawa sehingga kini masih belum ada sebarang berita tentang pembebasan beliau. Pegawai penyiasat yang bertanggungjawab keatas kes saudara Shukri juga masih gagal dihubungi.

Shukri Kamarudin yang di reman selama tiga hari sejak dari 1 April 2016, sebelum reman beliau ditambah dua hari lagi, sepatutnya dibebaskan hari ini. Namun sehingga kini masih tidak ada khabar berita berkenaan pembebasan beliau. Penahanan beliau dikatakan berpunca dari kenyataan di media sosial pada tahun 2014. Oleh itu GHAH menuntut agar Shukri dibebaskan segera dan jangan berdolak-dalik lagi!

GHAH juga mengulangi tuntutan agar Perdana Menteri Najib menunaikan janji yang dibuat pada Julai 2012 untuk memansuhkan akta drakonian ini. GHAH berharap agar beliau tidak menggunakan akta drakonian ciptaan penjajah ini untuk menutup mulut rakyat seterusnya mengalihkan isu tentang skandal-skandal beliau.

GHAH secara tegas ingin mengulangi tuntutan kami iaitu:

  • Mansuhkan Akta Hasutan 1948
  • Gugurkan semua pertuduhan dan bebas semua tahanan
  • Tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim

 

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x