Kami, kumpulan-kumpulan politik dan NGO yang menandatangani memorandum ini, adalah amat kecewa dan dukacita menyaksi tindakan polis menangkap dan menahan beberapa orang pemimpin dan aktivis Bersih 5 pada 18-19 November 2016.
Kami terima hakikat bahawa pihak polis adalah bertanggungjawab atas keselamatan negara dan harus bertindak terhadap sesiapa yang mengancamnya. Tetapi kami langsung tidak faham perkara-perkara berikut.
Sebab-sebab munasabah untuk menangkap lapan orang pemimpin/aktivis Bersih pada petang sebelum program itu dijadualkan berlangsung? Kenapa tidak panggil mereka untuk soal siasat selepas program Bersih? Penangkapan mereka pada petang 18 November 2016 menimbulkan persepsi di kalangan orang ramai bahawa adalah hasrat pihak polis untuk sabotaj program tersebut dan menakutkan orang ramai supaya kurangkan kehadiran pada program Bersih.
Kami juga tidak faham perlunya menahan mereka yang ditangkap untuk bermalam di lokap dan selepas itu memohon reman beberapa hari lagi. Adakah permohonan reman untuk bantu dalam sisatan kes? Bagaimana? Mereka ini bukan orang yang berisiko melarikan diri. Mereka semua boleh dipercayai datang balik ke balai untuk disoal siasat. Adakah pemimpin tertinggi polis ingin menyusahkan pemimpin Bersih dengan hasrat “mengajar” mereka? Jika begitu, itu pendekatan yang salah. Kuasa polis untuk meminta reman adalah untuk tujuan siasatan dan bukan sebagai hukuman atau membalas dendam.
Kami langsung tidak faham dan amat kecewa dengan keputusan menahan Maria Chin Abdullah di bawah Akta Sosma (Security Offences Special Measures Act). Sejauh kami memahami, Akta Sosma adalah untuk menahan mereka yang ingin berperang untuk menukar kerajaan Malaysia ataupun berkerja bersama pengganas bersenjata di dalam atau di luar negara. Apakah sebabnya polis memakai Akta yang berat ini untuk menahan Maria?
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bukan tujuan kami untuk melindung Maria daripada sebarang siasatan polis. Jika beliau telah melakukan kesalahan, beliau harus disiasat dan didakwa di mahkamah. Tetapi tidak patut beliau dimangsakan atas hasrat kepimpinan polis untuk “mengajar”nya atau untuk menakutkan orang lain yang mungkin ingin membangkitkan isu-isu berkaitan pemerintahan negara kita.
Kami ingin menyeru pada ketua polis negara untuk dengan segera mengugurkan caj dibawa Sosma dan membenarkan ikat jamin untuk Maria Chin. Kegagalan buat sedemikian akan menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap keprofesyionalisma polis dan memburukkan imej negara kita di arena antarabangsa.
Memorandum ini, yang ditujukan kepada ketua polis negara, disampaikan oleh kumpulan politik dan NGO di Perak melalui pihak polis Perak pada 21 November 2016.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme