Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) menyambut baik keputusan mahkamah hari ini yang membebaskan Safwan Anang dari pertuduhan bawah akta hasutan seterusnya mengenepikan hukuman yang ditetapkan oleh mahkamah sesyen dan mahkamah tinggi.
GHAH sejak dari awal lagi berpendapat pertuduhan ini tidak berasas. Keputusan mahkamah ini tepat, dan GHAH berharap ia menjadi penanda aras yang baik buat kes-kes dibawah Akta Hasutan yang akan dibicarakan selepas ini.
“Kecenderungan menghasut” boleh ditafsirkan dengan terlalu luas, serta diguna sewenang-wenangnya untuk mengintimidasi aktivis dan menyekat kebebasan rakyat berfikir.
Mahkamah rayuan pada 25 November telahpun memutuskan Seksyen 3 (3) sebagai tidak sah.
Oleh itu GHAH mendesak agar semua pertuduhan dibawah Akta Hasutan digugurkan serta-merta dan akta lapuk ini dimansuhkan segera.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme