Geramm mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kakitangan TMI dan berharap semangat mereka akan terus menyala dalam waktu-waktu sukar ini. (English version below)
Hari ini kita menerima berita sedih – laman berita The Malaysian Insider, atau TMI, akan menghentikan operasinya tepat dua belas tengah malam ini.
Sepanjang lapan tahun operasi, TMI telah memberi sumbangan kepada dunia kewartawanan dan melahirkan editor dan wartawan yang bagus. Ada antara mereka kini bersama-sama agensi berita antarabangsa.
Geramm ingin menyuarakan rasa simpati kepada semua kakitangan TMI yang hanya menerima berita mengejutkan ini awal hari ini.
Pada masa sama, kami juga ingin menyatakan rasa terima kasih kepada semua kakitangan TMI – dulu dan kini – yang telah bersama-sama menegakkan kebebasan media dalam persekitaran Malaysia yang sentiasa bermasalah.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Geramm ingin menggesa Edge Insider Sdn Bhd dan The Edge Media Group untuk memastikan semua kakitangan TMI menerima pampasan yang memadai menurut undang-undang buruh, jika mereka tidak diserap ke jabatan-jabatan lain.
Dengan ini kami mengalu-alukan kenyataan CEO The Edge Media Group Ho Kay Tat bahawa kesemua 59 kakitangan TMI akan menerima pampasan sepatutnya.
Bagaimanapun, kami juga ingin menyatakan kembimbangan memandangkan ini adalah dua laman berita di bawah The Edge yang telah ditutup.
Laman FZ.com ditutup pada tahun 2014, dan sebahagian kakitangannya diserap ke dalam The Edge dan TMI.
Turut menambah kebimbangan adalah ini hanya salah satu daripada senarai panjang laman berita yang ditutup; ABN News, mytourismtv, mobtv, theantdaily dan baru-baru ini The Rakyat Post, yang ditutup atas faktor kewangan, dan dalam kes TMI dan The Edge sebelumnya, kerana tekanan kerajaan.
Geramm mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kakitangan TMI dan berharap semangat mereka akan terus menyala dalam waktu-waktu sukar ini.
Semoga phoenix akan bangkit jua dari abu.
Geramm adalah perikatan longgar wartawan, wakil dan aktivis media yang memperjuangkan kebebasan media dan pengamalnya.
English version below:
Geramm statement over TMI closure
Today we receive the sad news that the news portal The Malaysian Insider or TMI will shut down at midnight tonite.
TMI had served for eight years and in its run had contributed to good journalism and produced good journalists and editors; some of its alumni now serving in international news agencies.
Geramm would like to express our sympathy to all TMI current staff who had also only received the sudden sad news earlier today.
But more so we would like to extend our gratitude for all the TMI staff past and present who had helped make a stand for an independent and free press in Malaysia’s problematic media landscape.
Geramm urges the Edge Insider Sdn Bhd and parent company/owner The Edge Media Group to make sure all TMI staff receive appropriate reparation and compensation as stated by labour law if it is decided that they are not to be absorbed into other units.
Geramm also welcomes the statement by The Edge Media Group CEO Ho Kay Tat that all 59 staff will receive severance.
We would also wants to raise our concern as this is the second news portal closed by the Edge.
News portal FZ.com was closed in 2014 with some of their staff absorbed to both the Edge and TMI.
The TMI closure is also worryingly a continuation of the long list after ABN News, mytourismtv, mobtv, theantdaily and more recently, The Rakyat Post, which either had to close down or revamp operations over financial uncertainty, and in the case of TMI and previously The Edge, overt government pressure.
Geramm wishes all TMI staff all the best in their future endeavours and hopes that their spirits will remain high in these trying times.
May the mighty phoenix rise above the ashes.
Geramm is a loose coalition of journalists, media representatives and activists who are fighting for freedom of the press and its practitioners.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme