Jika wang RM2.6bn di dalam akaun perdana menteri berjaya melepasi pemeriksaan di bawah Seksyen 124C, mengapa badan-badan bukan kerajaan pula yang menjadi mangsa, tanya Ambiga Sreneevasan.
Bersih sentiasa bersikap telus berkenaan dana dan akaun kami. Kami sudah berkali-kali menjelaskan bahawa Bersih pernah menerima dana dari Open Society Institute (OSI) pada tahun 2011 berjumlah US$25,000 dan dari National Democracy Institute (NDI) berjumlah US$9,690. Kedua-dua jumlah dana ini telah digunakan dalam projek-projek yang berkaitan dengan pilihan raya.
Tuduhan-tuduhan ini bukanlah sesuatu yang baru. Disebabkan saman yang difailkan oleh Bersih dan badan-badan bukan kerajaan lain, suratkhabar New Straits Times (NST) terpaksa mengeluarkan kenyataan minta maaf kepada Bersih dan badan-badan bukan kerajaan lain pada November 2013 atas tuduhan-tudahan palsu NST mengenai rancangan [Bersih] untuk mengucar-kacirkan kerajaan dengan menggunakan dana-dana yang telah diterima, yang kononnya berjumlah RM20 juta.
Semua dokumen berkenaan dana-dana yang diterima oleh Bersih telah difailkan di mahkamah di dalam saman tersebut.
Tuduhan berulang di mana terdapat satu komplot untuk menjatuhkan kerajaan adalah tidak berasas sama sekali kerana matlamat utama Bersih sejak ianya ditubuhkan adalah untuk pilihan raya yang bebas dan telus dan untuk mewujudkan institusi-institusi kerajaan yang teguh.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Setiap aktiviti Bersih berarah kepada kehendak-kehendak di atas. Kami menjalankan bengkel-bengkel dan latihan. Kami juga mempromosi hak-hak pengundi. Hasrat-hasrat kami juga disampaikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Pemerhati-pemerhati pilihan raya juga telah dilatih. Perhimpunan-perhimpunan aman telah diadakan. Kadang-kala Bersih juga terpaksa pergi ke mahkamah.
Kesemua aktiviti sah yang dijalankan oleh Bersih ini adalah dibenarkan disisi undang-undang dan disokong oleh badan-badan bukan kerajaan yang lain.
Bagaimana pula dengan sumbangan dana Arab?
Selanjutnya, jika sasaran kami adalah untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara yang tidak sah, maka pilihan raya yang telus dan adil dan institusi-institusi kerajaan yang teguh semestinya bukan sebahagian daripada kehendak-kehendak Bersih.
Sebaliknya, perdana menteri sendiri telah mengaku bahawa beliau pernah menerima RM2.6bn di dalam akaunnya. Beliau mengumumkan wang itu adalah sumbangan dari badan asing.
Tiada ketelusan, tiada perincian mengenai penyumbang dana dan tiada perincian mengenai bagaimana wang tersebut dibelanjakan. Walau bagaimanapun terdapat satu pengakuan yang pernah dilaporkan bahawa wang tersebut telah dibelanjakan untuk Pilihan Raya Umum ke-13.
Jika tuduhan berkaitan penyumbang dana dari luar ini benar, maka ini adalah satu bukti penglibatan langsung atau pengaruh badan asing di dalam pilihan raya umum di Malaysia. Tentunya tuduhan ini boleh dianggap sebagai satu usaha yang melemahkan sistem demokrasi berparlimen.
Masyarakat madani berpendirian bahawa Seksyen 124C dalam Kanun Keseksaan adalah satu provisi yang menjelekkan. Provisi ini sama sekali tidak jelas dan terbuka untuk disalahgunakan. Justeru itu provisi ini mesti dimansuhkan.
Sebaliknya, jika wang RM2.6bn di dalam akaun perdana menteri berjaya melepasi pemeriksaan di bawah Seksyen 124C, mengapa badan-badan bukan kerajaan pula yang menjadi mangsa?
Seterusnya, OSI dan NDI tidak pernah dilarang untuk mendanai aktiviti-aktiviti di Malaysia. OSI memang terkenal dengan usaha-usahanya mendanai isu-isu kemanusiaan di Malaysia. Sejujurnya, perdana menteri sendiri pernah berjumpa dengan George Soros di New York pada tahun 2010.
Badan-badan bukan kerajaan yang sedang disiasat di bawah Seksyen 124C telah berusaha keras untuk demokrasi dan pemerintahan berasaskan undang-undang di negara ini. Mereka ini berkerja untuk hasil yang sedikit dan didukung oleh sukarelawan-sukarelawan. Semua ini dilakukan sebagai satu bentuk sumbangan kepada negara.
Walau bagaimanapun, badan-badan bukan kerajaan inilah yang harus berhadapan dengan penindasan, manakala mereka yang sebenarnya mengkhianati rakyat dan demokrasi masih terus hidup di dalam kemewahan tanpa perlu menjawab kepada sesiapa mengenai perbuatan-perbuatan salah mereka.
Mereka menindas dan menzalimi kami kerana mereka boleh. Kerana mereka memegang tampuk kekuasaan dan kami tidak.
Tetapi kami tidak akan ditakut-takutkan. Kerja kami akan sentiasa berjalan walau apa jua cabaran yang melanda. Hakikatnya, hanya kerajaan yang takutkan kebenaran akan menzalimi rakyat yang mencari kebenaran itu. Kita juga tahu bahawa kebenaran akan terus kekal pada akhirnya.
Ambiga Sreenevasan ialah bekas pengerusi bersama Bersih.
Diterjemahkan oleh Aliran dari versi asal dalam Bahasa Inggeris karangan Ambiga.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Is it an old news? Or the latest apology for the recent 2016 Bersih 5?
The newspaper report image is a flashback to 2012. The Bersih statement above refers to this episode.
Unreversed damage done… Sue this toilet-newspaper to kingdom come💣â˜
Sue NST left n right..
Not the first time the NST has printed lies, won’t be the last, they should be sued
Do not allow only apology.
Sue them till their pants drop.
Never learn only knows how to report fake news ! They are government owned paper. T.V.3.
TIGA SUKU STAR AND BERNAMA.
Anyonje chance of Suing them..??
Damage is done