Pusat in merupakan aset negara dan calon berpotensi untuk tapak warisan dunia, ujar Save Valley of Hope Solidarity Group.
Pendahuluan
Pada tahun 2007, perobohan separa Penempatan Sungai Buloh, dikenali secara rasmi sebagai Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), telah menyebabkan rakyat Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia untuk memelihara koloni kusta ini.
Sembilan tahun kemudian dan pada bulan Februari 2016, terdapat beberapa laporan media tentang rancangan kementerian kesihatan untuk merobohkan sebahagian pusat koloni kusta dan bangunan-bangunan bersejarah ini. Tindakan ini adalah amat dikesali dan bercanggah dengan objektif Jabatan Warisan Negara untuk memelihara dan mencalonkan koloni kusta ini sebagai tapak warisan negara dan tapak warisan dunia Unesco.
Menurut laporan media, kementerian kesihatan menyatakan sebab-sebab perobohan aset negara ini sebagai cara untuk menghentikan pendudukan migran tidak berdokumen yang duduk di rumah-rumah lama di penempatan bersejarah tersebut secara haram. Lebih-lebih lagi, rancangan untuk membina 1,000 unit kuarters integrasi dan pembangunan Pusat Kawalan Penyakit Merebak Negara akan memusnahkan pusat bersejarah ini, mengganggu kehidupan para bekas pesakit dan aktiviti-aktiviti hortikultur, dan memusnahkan alam semulajadi.
Kepentingan sosio-budaya dan nilai sejagat Hospital Kusta Sungai Buloh
Penubuhan Penempatan Sungai Buloh memulakan sebuah era baru dalam pembangunan tipologi institusi penyakit kusta abad ke-20. Ianya merupakan penempatan kusta terbesar dalam empayar British dan merupakan yang kedua terbesar di dunia.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Lebih penting lagi, Penempatan Sungai Buloh adalah perancangan yang manusiawi sebagai penempatan komuniti manusia moden, berbeza daripada segregasi keras yang bagaikan penjara. Penempatan ini menyediakan pelbagai fasiliti moden dan membuka peluang kepada penduduknya. Penempatan Sungai Buloh menggunakan pendekatan pendidikan, berdikari, dan model persekitaran untuk sebuah kehidupan.
Penempatan Sungai Buloh adalah salah satu warisan garden city paling penting dalam sejarah alam bina di Malaysia. Ideologinya tidak hanya dilaksanakan secara konsep tetapi juga berjaya secara praktisnya sebagai sebuah komuniti manusia yang berdikari dan mapan, sebagaimana ideologinya seperti zon bebas, ruang terbuka, taman-taman, kemudahan awam, kawasan penempatan, kemudahan komuniti, padang terbuka dan lingkaran hijau untuk perladangan komersial.
Penempatan Sungai Buloh adalah sebuah institusi unik yang menyatukan institusi perubatan, penempatan komuniti manusia, pusat pemulihan, dan koloni perladangan. Ianya dirancang sebagai sebuah pemangkin kepada bidang perubatan dan sosial untuk menyediakan perkhidmatan perubatan, mencipta semula kehidupan sosial, menyediakan pendidikan dan latihan, serta melahirkan sebuah komuniti perladangan.
Dalam masa 86 tahun, Penempatan Sungai Buloh telah membangun kepada sebuah penempatan manusia yang matang dengan komunitinya tersendiri dan mempunyai sebuah penempatan hortikultur yang terkenal di Malaysia. Ia juga merupakan tempat tarikan para pencinta alam, jurugambar dan pengayuh basikal yang sukakan alam persekitarannya.
Tuntutan kami
Peliharakan penempatan ini sepenuhnya
Keaslian dan integriti koloni kusta ini patut dipelihara dan dilindungi sepenuhnya. Sebarang pembangunan baru di dalam pusat ini perlu mempertimbangkan pendekatan pemuliharaan dan penggunaan semula bangunan-bangunan lama. Namun, pembangunan 1,000 unit kuarters integrasi dan Pusat Kawalan Penyakit Merebak Negara di komuniti ini pasti akan memusnahkannya.
Demi memlihara penempatan ini untuk generasi masa akan datang, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Warisan Negara perlu bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk mencari penyelesaian yang lebih sesuai seperti memberikan tapak baru untuk pembangunan baru tersebut.
Calonkan sebagai tapak warisan dunia
Sejak kebelakangan ini, gerakan untuk memelihara sejarah kusta dan legasinya telah menjadi subjek penting dalam wacana antarabangsa. Penempatan Sungai Buloh telah berada di dalam hubungan antarabangsa ini selama bertahun-tahun.
Para NGO dan ahli akademik juga telah membincangkan untuk menjalinkan penempatan Sungai Buloh dengan pusat koloni kusta penting di seluruh dunia sebagai satu tapak warisan dunia transnasional. Selain itu, Jabatan Warisan Negara juga telah menyatakan niat mereka untuk mencalonkan Penempatan Sungai Buloh sebagai tapak warisan negara dan tapak warisan dunia.
Taman bersejarah Sungai Buloh
Kepentingan sejarah Penempatan Sungai Buloh bukan hanya penting di peringkat kebangsaan, ia juga terkenal sebagai model pusat koloni kusta penting di seluruh dunia, selain mengharumkan nama negara dengan unit kajiannya.
Aset-aset bersejarah negara ini boleh dibangunkan dan disatukan dengan persekitaran dan sumber semula jadi dengan menjadikan pusat koloni kusta ini sebagai muzium terbuka dan taman bersejarah. Tujuannya supaya orang awam dan generasi muda dapat memahami pencapaian negara dalam sejarah dunia penyakit kusta, dan pada waktu yang sama dapat menjadi sebuah tapak budaya dan sejarah yang penting.
Contoh terbaik ialah Taman Bersejarah Negara Kalaupapa di Hawaii, di mana ianya merupakan pusat koloni kusta pada masa dahulu.
Lindungi aktiviti hortikultur dan mata pencarian
Aktiviti hortikultur yang giat di penempatan ini telah menjadi identiti kepada penduduk di sini. Identiti ini memaparkan idea asal perancangan garden city penempatan ini. Aktiviti hortikulturnya telah menjadi penghubung di antara orang awam dengan para pesakit kusta di sini.
Ini telah membantu mengurangkan stigma penyakit ini dan memberikan sebuah mata pencarian kepada komuniti tersebut. Oleh itu, interaksi masyarakat-komuniti ini perlu diperlihara dan aktiviti-aktiviti hortikultur komuniti harus diteruskan.
Hak untuk memelihara warisan
Komuniti Sungai Buloh, sebagai bekas pesakit, telah menjalani keseluruhan kehidupan mereka di koloni kusta ini kerana polisi-polisi kesihatan awam. Hak-hak mereka sebagai rakyat telah disekat sama sekali sejak mereka dikesan dengan penyakit ini. Selain melalui pengalaman perit kesakitan proses perawatan, para pesakit juga melalui keperitan berpisah dengan ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak sendiri, demi menjalani rawatan perubatan.
Setiap struktur, laluan, ruang, dan bangunan di penempatan ini mengandungi sejarah kehidupan mereka, cara mereka bersosial, segala susah payah dan pengalaman mereka di bawah polisi segregasi kusta. Pengorbanan mereka patut diperingati dan dibalas dengan budi baik kita. Hak mereka untuk memelihara dan mewarisi legasi ini patut diberikan.
Petisyen
Keseluruhan pusat koloni kusta Sungai Buloh ini perlu diperlihara dan diwarisi sesuai dengan posisi pentingnya dalam menyumbang kepada pembangunan institusi kusta moden, sains perubatan dan sejarah penyakit kusta. Warisan-warisan ini adalah penting untuk sejarah seni bina, perancangan bandar, sains perubatan dan hak asasi manusia di Malaysia.
Penyakit kusta adalah sebuah tragedi namun ianya datang dengan pelbagai pengajaran buat semua, terutamanya generasi muda, tentang kewajaran mengsegregasi manusia untuk berhadapan dengan penyakit. Pemaknaan dan nilai universal Penempatan Sungai Buloh hanya boleh difahami dan dihargai daripada keaslian tapak dan alam bina penempatan ini.
Petisyen ini dipelopori oleh Save Valley of Hope Solidarity Group. Komen-komen di ruang ini akan membantu kami dalam perbincangan kami dengan Kementerian Kesihatan, Jabatan Warisan Negara dan Kerajaan Negeri Selangor.
Petisyen ini akan disampaikan kepada:
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr S Subramaniam – Menteri Kesihatan Malaysia
Dr Noor Hisham Abdullah – Pengarah Kesihatan Malaysia
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Mohamed Nazri bin Abdul Aziz – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Jabatan Warisan Negara
Zainah Binti Ibrahim – Pesuruhjaya Tinggi Warisan
Kerajaan Negeri Selangor
Mohamed Azmin Ali – Menteri Besar Selangor
English version
Save and preserve Sungai Buloh Settlement
It is a national asset and potential world heritage site, says the Save Valley of Hope Solidarity Group.
Introduction
In 2007, the partial demolition of the Sungai Buloh Settlement, officially known as the National Leprosy Control Centre (PKKN) stirred Malaysian citizens and NGOs to urge the Malaysian government to preserve the settlement.
Nine years have passed since the event and in February 2016, there were several media reports about the ministry of health’s plans and intention to demolish some historical buildings at the historic Sungai Buloh Settlement. These moves are regrettable and contradict the objective of National Heritage Department to preserve and nominate the settlement as a national heritage site and Unesco world heritage site.
According to media reports, the reason given by the ministry of health to bulldoze these historical assets is that some abandoned historical buildings in the settlement have been been illegally occupied by illegal immigrants for the past ten years.
Moreover, the proposal to build 1,000 units of integrated quarters and the development of the National Centre for Infectious Disease Control will totally disintegrate this historical settlement, disrupt the former patients’ livelihood and horticulture activities, and destroy its natural setting and environment.
The significant socio-cultural and outstanding universal values of Sungai Buloh Settlement/Leprosarium
The establishment of Sungai Buloh Settlement signified a new chapter in the development of leprosarium in the 20th century. It was claimed to be the biggest leprosarium in the British Empire and the second biggest in the world.
More importantly, Sungai Buloh Settlement was planned humanely as a modern human settlement, emancipating its inhabitants from the rigorous way of prison-like segregation. The settlement has provided every modern facility and opportunity for its residents. The Sungai Buloh Settlement has been deemed as an educative, self-supporting, and model living environment for the outside world.
The Sungai Buloh Settlement perhaps is one of the most important legacies of garden city planning in the history of built-environment in Malaysia. The ideology was not only conceptually implemented but also practically and successfully worked as a self-supporting and self-sustaining human settlement, as suggested in the ideology, with clear zoning, open spaces, parks, public facilities, residential areas, community amenities, open fields and a green belt for commercial agriculture.
The Sungai Buloh Settlement is a unique institution integrating medical institution, human settlement, and rehabilitation centre as well as farm colony. It was planned as a medical and social catalyst to provide medical services, re-create social life, provide education and training, and form an agriculture community.
The Sungai Buloh Settlement has developed into a mature human settlement with its own community and living culture for the last 86 years. The community has flourished in the settlement and developed it into a well-known horticulture settlement in Malaysia. Besides, its beautiful natural setting has been a haven for nature lovers, photographers and bikers to enjoy its environment.
Our demands
Fully preserve the settlement
The authenticity and integrity of the settlement should be fully preserved and protected. Any new development in the settlement should first consider integrating, utilising and restoring the old and abandoned buildings instead of demolishing them to replace them with new buildings. However, the huge development of 1,000 units of integrated quarters and the National Centre for Infectious Disease Control in the settlement will totally destroy the settlement.
To preserve the settlement for the sake of next generations, the ministry of health and the national heritage department should work together with the Selangor state government to find a better solution such as providing a new site for the new development.
Nominate the site as a national and world heritage site
In recent years, the movement to preserve the history of leprosy and its legacies has been an important subject in the international discourses of leprosy. The Sungai Buloh Settlement has been on this international loop and networking for the last few years. The suggestion of linking the Sungai Buloh Settlement with other important leprosaria around the world as a transnational world heritage site has been discussed by academicians and NGOs.
On the other hand, the national heritage department has stated their intention to nominate the Sungai Buloh Settlement as a world heritage site and, prior to that, it has to be nominated in the national heritage list. Therefore, the authenticity and integrity of the settlement should be fully protected.
Sungai Buloh historical park
The significant and historical position of the Sungai Buloh Settlement is not merely at the national level; it has been known as one of the important models of leprosarium, and its research unit once put the country in the world map of leprosy research.
These historical assets can potentially be developed and integrated together with its existing natural resources and can transform the settlement into an open museum or historical park. The purpose is for the public and young generations to understand the nation’s achievement in the global history of leprosy, and at the same time, to appreciate the valuable cultural and historical landscape of the Sungai Buloh Settlement.
The best precedent to refer to is Kalaupapa National Historical Park in Hawaiii, where the former leprosy colony is part of the national park today.
Protect horticulture activities and protect livelihood
The robust horticulture activities in the central section of the settlement have been the identity of the settlement. The identity perfectly portrays the initial idea of the garden city planning of the settlement. The horticulture activities have been bridging the public to the settlement.
More importantly, it reduces the stigma of the disease and provide livelihood to the community. These public-community interactions should be maintained, and the horticulture activities by the community should be protected.
Right to preserve legacies
The Sungai Buloh community, as former patients, have spent their entire life in the settlement due to public health policies. Their rights as common citizens have been denied after being diagnosed with the disease. Besides enduring the painful experiences caused by the disease and treatment, they have to suffer from being separated from their parents and their own children for medical reasons.
Every Sungai Buloh resident has his or her own memory and story. Every single structure, path, space, and building in the settlement contains its history explaining how the former patients lived, socialised, struggled, and endured experiences under leprosy segregation policies.
Their sacrifices should be commemorated and compensated with kindness and humane treatments. Their right to preserve and inherit their legacies should be granted indisputably.
Petition
The entire Sungai Buloh Settlement should be fully preserved due to its significant position and outstanding contribution in the development of modern leprosarium, to medical science and in the history of leprosy. These legacies are important puzzles of the history of architecture, urban planning, medical science and human rights in Malaysia.
The tragedy of leprosy as a miserable event in human history provides valuable lessons to our younger generation about the sense of righteousness in dealing with human segregation and diseases. The meaning and outstanding universal values of the Sungai Buloh settlement can only be understood and appreciated from the authenticity of its living and built environment.
This petition is initiated by Save Valley of Hope Solidarity Group. The comments will help us in our discussions and engagements with the ministry of health, the national heritage department and the Selangor state government.
This petition will be delivered to:
Ministry of health
Dr S Subramaniam – Minister of Health Malaysia
Dr Noor Hisham Abdullah – director general of Health Malaysia
Ministry of tourism and culture
Mohamed Nazri bin Abdul Aziz – Minister of Tourism and Culture
National heritage department
Zainah binti Ibrahim – heritage commissioner
Selangor state government
Mohamed Azmin Ali – Chief Minister of Selangor.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Projek crowdfunding ‘You Are The Hero’ di Mystartr mempunyai misi untuk menjadikan Lembah Harapan sebagai satu tapak warisan negara dan antara salah satu tapak warisan dunia UNESCO. Leprosarium Sungai Buloh terkenal sebagai antara model utama pusat koloni kusta di seluruh dunia. Aset-aset bersejarah ini bukan sahaja menaikkan nama negara, ianya juga boleh dibangunkan dan disatukan dengan persekitaran dan sumber semula jadi dengan menjadikan pusat koloni kusta ini sebagai muzium terbuka dan taman bersejarah. Namun pada awal tahun 2016, terdapat beberapa laporan media tentang rancangan Kementerian Kesihatan untuk merobohkan sebahagian pusat koloni kusta dan bangunan-bangunan bersejarah ini. Tindakan ini adalah amat dikesali malah bercanggah dengan perancangan Jabatan Warisan Negara. Dokumentasi serta cerita dan koleksi-koleksi memori bekas pesakit kusta yang masih hidup di Lembah Harapan ini memberi peluang emas kepada pembinaan muzium terbuka yang dapat dikunjungi orang awam dan generasi muda untuk memahami pencapaian negara dalam sejarah dunia penyakit kusta, bagaimana pesakit kusta menghadapi stigma dan layanan negatif serta di-pulaukan masyarakat pada waktu itu dan tetap memegang harapan kepada penemuan penawar pada satu hari nanti sementara meneruskan perjalanan hidup mereka sebagai seorang pesakit kusta di Lembah Harapan Sungai… Read more »