GHAH bersetuju terdapat batas dalam kebebasan bersuara, tetapi menggunakan akta yang sudah lapuk, dalam pada kita sudah punya akta lain, adalah bersifat regresif dan memalukan.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman didenda RM2,000 hari ini berikutan kenyataan di laman web rasmi NGO itu pada tahun 2014.
Hukuman lapan bulan penjara ke atas naib ketua pemuda Amanah, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, serta denda RM2,000 ke atas presiden Isma membuktikan bahawa taring Akta Hasutan masih berbisa dan merbahaya. Malah ia dibuat sehari sebelum sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 59, sedang kita semua tahu Akta Hasutan adalah akta tinggalan penjajah.
Pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia Bangsa-bangsa Bersatu mengatakan bahawa Akta Hasutan 1948 “menghalang rakyat Malaysia dari mengekspresikan, secara bebas dan terbuka, kepelbagaian pandangan politik dan idea”. GHAH menyokong penuh kenyataan ini.
GHAH bersetuju terdapat batas dalam kebebasan bersuara, tetapi menggunakan akta yang sudah lapuk, dalam pada kita sudah punya akta lain seperti kanun keseksaan, adalah bersifat regresif dan memalukan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
GHAH melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan ini. GHAH secara tegas ingin mengulangi tuntutan kami iaitu:
- Mansuhkan Akta Hasutan 1948
- Gugurkan semua pertuduhan dan bebas semua tahanan
- Tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim
Amir Abd Hadi ialah penyelaras Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme