Home Civil Society Voices 2016 Civil Society Voices PSM: Sikap mengintimidasi PDRM amat mengecewakan

PSM: Sikap mengintimidasi PDRM amat mengecewakan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Hanya bila orang ramai percaya polis adalah adil, munasabah dan profesyional, baru orang ramai akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis, ujar Dr Jeyakumar Devaraj.

Pegawai-pegawai tinggi di Polis Diraja Malaysia telah membuktikan sekali lagi bahawa mereka masih belum memahami bahawa ‘mengajar’ seorang yang disyaki bukan antara tugas-tugas mereka.

Dalam kes pada 25 Disember 2015, Khairul Nizam bin Abd Ghani , ahli jawatankuasa pusat PSM, telah diarah oleh pegawai PDRM untuk datang ke Bukit Aman pada Isnin. 28 Disember 2015 untuk siasatan dibawah Akta Hasutan.

Khairul Nizam akur dan hadir ke IPD Dang Wangi pada 10.30 pagi itu seperti dinasihatkan oleh polis.

Malangnya polis terus menangkap (arrest) beliau dengan niat menahan satu malam dan memohon reman esok di mahkamah majistret. Mengapa tidak mengambil kenyataan hari itu juga dan lepaskannya? Apakah keperluannya untuk menangkap, tahan satu malam dan lepas itu meminta tempoh reman?

Memang pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan selama 24 jam sebelum membawa ke depan magistret untuk pohon reman beberapa hari. Tetapi kuasa ini adalah untuk membantu polis dalam proses siasatan, dan bukan untuk menghukum ataupun untuk ‘mengajar’ suspek!

Khairul Nizam sudahpun menyerahkan telefon bimbitnya kepada pihak polis pagi ini sepertimana yang diminta sebagai bahan kes. Tiada sebab untuk menahan beliau untuk siasatan Akta Hasutan kerana barang kes dan kenyataan lisan sudah mencukupi. Siasatan boleh dijalankan dalam masa beberapa jam sahaja.

Adakah polis tidak sedar bahawa keyakinan rakyat terhadap profesyionalisme pihak polis adalah amat penting untuk meningkatkan keberkesanan polis? Hanya bila orang ramai percaya polis adalah adil, munasabah dan profesyional, baru orang ramai akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis. Layanan keras dengan sikap menghukum yang ditunjukkan dalam kes Khairul Nizam tentu akan mencemarkan imej polis dan menjejaskan keberkesanan PDRM.

READ MORE:  Malaysia's arrest of stateless Bajau Laut students sparks outcry

Kami, pihak PSM, menyeru pada Polis DiRaja Malaysia untuk bertindak adil dan profesyional dan melepaskan Khairul Nizam hari itu juga selepas merakamkan kenyataan beliau. Khairul sudah membuktikan beliau akan datang bila dipanggil, dan akan datang ke mahkamah jika polis ingin mendakwanya atas kesalahan ini.

Dr Jeyakumar Devaraj ialah ahli jawatankuasa pusat PSM.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Jeyakumar Devaraj
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, served as Member of Parliament for Sungai Siput from 2008 to 2018. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and chairperson of the Socialist Party of Malaysia.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x