Home Civil Society Voices 2016 Civil Society Voices Wang 1MDB diseleweng, hak rakyat makin ditindas.

Wang 1MDB diseleweng, hak rakyat makin ditindas.

EDGEMARKETS.COM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) menyuarakan kemarahan dan kekecewaan kami terhadap kes korupsi yang membabitkan wang berjumlah AS$3.5bn yang telah dicuri daripada dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dana 1MDB yang diwujudkan dengan tujuan membangunkan ekonomi Malaysia untuk menambahbaik taraf hidup rakyat Malaysia, malangnya, telah diseleweng untuk kepentingan peribadi beberapa individu. Hak rakyat untuk mendapatkan hidup yang lebih baik telah digadai oleh sebab kes korupsi tersebut.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam sidang media mereka pada 20 Julai 2016, telah membuat kenyataan bahawa wang 1MDB telah digunakan sebagai akaun peribadi untuk menampung gaya hidup mewah beberapa individu.

Isu 1MDB ini berkait langsung dengan keadaan sosio-ekonomi dan taraf hidup individu-individu yang menetap di Malaysia. Hal ini adalah kerana wang yang telah diseleweng ini sepatutnya disalurkan untuk dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia terutama sekali bagi golongan berpendapatan rendah yang bekerja keras mencari rezeki bagi menampung diri mereka dan keluarga.

Selain itu, wawasan Malaysia untuk mencapai status “negara maju” daripada “negara membangun” sebelum tahun 2020 telah digadaikan, oleh sebab kes korupsi 1MDB ini.

Pelaksanaan cukai GST yang telah menyumbang kepada inflasi adalah salah satu contoh di mana taraf hidup rakyat semakin merosot, sementara taraf hidup pemimpin negara tidak terjejas. Kerajaan mendakwa bahawa perlaksanaan cukai GST adalah perlu, demi memantapkan kesejahteraan rakyat.

Namun, realiti adalah amat berbeza apabila kita melihat rakyat yang terpaksa menanggung beban penyelewengan dana 1MDB dengan menjalani hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, semata-mata untuk menampung kos hidup yang semakin melambung di Malaysia.

Penyelewengan dana 1MDB juga telah memberi kesan negatif kepada sistem kebajikan rakyat apabila pemotongan peruntukan dana terpaksa dilakukan kepada perkhidmatan pendidikan dan kesihatan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) termasuklah Pusat Bantuan Khidmat Sosial (PBKS) dan KL Krash Pad. Badan-badan NGO inilah yang menyediakan tempat perlindungan dan bantuan sosial untuk golongan dipinggirkan termasuklah gelandangan dan anak-anak muda.

READ MORE:  The never-ending task of accounting for 1MDB

Tambahan itu, laporan Matlamat Pembangunan Millennium Kerajaan Malaysia 2015 telah menunjukkan bahawa pada tahun 2014, terdapat sebanyak 3,545 kes keganasan rumah tangga dan 2,045 kes rogol dilaporkan. Data ini adalah hanya berdasarkan kes yang dilaporkan. Sehingga kini, masih ramai wanita mangsa keganasan rumah tangga tidak mendapat bantuan yang diperlukan kerana sistem bantuan yang tidak memadai dan kos mahkamah yang tinggi.

Di kawasan pedalaman, bantuan kebajikan rakyat seperti sistem perlindungan kanak-kanak dan bilangan kakitangan anggota polis untuk menangani isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak adalah sangat terhad atau hampir tiada. Sebagai contoh, di Sabah, terdapat hanya satu biro bantuan guaman yang terletak di Kota Kinabalu dan ia terlalu jauh untuk penduduk di Sabah yang tidak menetap di Kota Kinabalu.

Kelemahan bantuan kebajikan masyarakat masih berlanjutan hingga ke hari ini kerana peruntukkan wang tidak mencukupi untuk menyediakan kursus atau latihan pengupayaan untuk mewujudkan sistem bantuan yang amat diperlukan oleh masyarakat.

Oleh yang demikian, apabila wang rakyat dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab, rakyat marhaen yang menjadi mangsa. JAG memandang serius isu korupsi dan penyelewengan wang rakyat ini dan menuntut supaya pihak-pihak yang terlibat dibawa ke pentas keadilan.

24 Ogos 2016

Kenyataan ini disokong oleh:

  • Sisters in Islam (Sis)
  • Justice for Sisters (JFS)
  • Rersatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
  • All Women’s Action Society (Awam)
  • Sabah Action Women’s Resource Group (Sawo)
  • Women’s Centre for Change Penang (WCC)
  • Perak Women for Women Society (PWW)
  • Women’s Aid Organisation (WAO)
  • Rersatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  • Tenaganita
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x