Home Civil Society Voices 2017 Civil Society Voices Cabaran wanita kelas pekerja belum selesai sejak 100 tahun yang dulu

Cabaran wanita kelas pekerja belum selesai sejak 100 tahun yang dulu

FILE PHOTO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kenyataan bersama NGO dan parti politik kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena Hari Wanita Sedunia 2017.

Setiap tahun, Hari Wanita disambut diseluruh dunia mengenai peranan penting yang dimainkan oleh kaum wanita.

Walaubagaimanapun, kami amat terkilan kerana isu-isu yang telah diperjuangkan oleh kaum wanita 100 tahun yang lalu pada tahun 1917 di Russia menuntut “makanan (roti) dan keamanan” masih dialami oleh kaum wanita pada tahun 2017 ini. Perjuangan wanita Russia pada 8 Mac,1917 telah menjadi pencetus perjuangan yang telah menjatuhkan pemerintah Tsar Russia yang kejam pada ketika itu.

Perjuangan untuk keperluan asas untuk hidup masih relevan sekarang dimana majoriti wanita golongan pekerja berpendapatan rendah, ibu tunggal dan kaum ibu miskin kota menghadapi kesukaran setiap hari menampung kos hidup yang semakin meningkat.

Pada hari yang penting ini, kita mengenang perjuangan pemimpin wanita kelas pekerja dan marhaen yang telah berkorban demi memperjuangkan nasib rakyat tertindas.

Maka, kami amat tidak berpuashati apabila bajet Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat tahun 2017 dipotong dari RM1.87bn ke RM1.75bn. Adakah ini bermaksud bahawa potongan RM120 juta akan digunakan untuk perbelanjaan yang lebh penting daripada membantu wanita kelas pekerja, ibu tunggal, miskin kota, tanggungan mereka yang perlu ke sekolah dan penerima bantuan JKM?

Mengikut statistik kementerian, seramai 61,600 ibu tunggal telah menerima bantuan sebanyak RM151 juta pada tahun 2014. Tetapi dalam satu jawapan di Parlimen, kementerian melaporkan terdapat seramai 830,000 ibu tunggal yang didaftarkan di Malaysia. Maka jika dianggarkan bahawa 40 peratus daripada 830,000 ibu tunggal tersebut berpendapatan rendah, justeru itu bantuan kepada golongan ini haruslah kepada seramai 270,400 bukanya hanya 61,600!

READ MORE:  Urgent international solidarity and mobilisation needed for Palestinian women and girls in Gaza

Kerajaan harus menilai semula keutamaanya memperuntukkan bajet negara, dan KPWKM harus diperuntukan bajet yang lebih tinggi selaras dengan hasrat “negara berkebajikan dan mengutamakan rakyat”!

Kaum ibu tunggal yang berpendapatan rendah merupakan kumpulan yang paling menderita oleh kerana definasi paras garis kemiskinan, yang hanya akan menyediakan bantuan jika mereka berpendapatan RM1,000 dan kebawah.

Masih menetapkan kelayakan bantuan JKM pada RM1,000 adalah amat kejam dan tidak mengambarkan situasi ekonomi dan sosial masa kini. Ianya perlu dinaikkan ke RM1,500 dengan segera.

(Khazanah Nasional mengatakan pendapatan isi rumah median pada tahun 2014 ialah RM4,585. Kebanyakan negara membangun mengukur paras kemiskinan sebagai 60 peratus dari pendapatan isi rumah median, maksudnya RM2,751)
Maka masih berpegang kepada paras garis kemiskinan RM1,000 adalah amat tidak relevan!

Kami menuntut tindakan proaktif mengkaji semula klasifikasi “ibu tunggal” agar ianya diperluaskan kepada kaum ibu yang suaminya seorang banduan yang masih dalam tahanan penjara, lebih penting jika ibu tersebut mempunyai anak-anak dibawah umur 18 tahun. Apabila suami mereka yang telah merupakan sumber tunggal pendapatan isi rumah ditahan dan dipenjarakan, maka keseluruhan keluarga tersebut terpaksa menderita.

Sememangnya pihak kerajaan asyik cuba menonjolkan penampilan kejayaan wanita dibidang korporat dan pentadbiran kerajaan sebagai contoh kejayaan wanita kerana usaha-usaha kerajaan. Tetapi kesengsaraan hidup majoriti kaum wanita yang hidup sebagai pekerja biasa berpendapatan rendah, ibu tunggal dan miskin kota sering diabaikan dengan gambaran yang ditonjolkan kepada media bahawa wanita di Malaysia sudah mencapai kejayaan dan tidak menderita lagi.

Tahun 2017 ini merupakan ulangtahun ke-100 sambutan Hari Wanita Sedunia sejak 8 March 1917 dulu, tetapi malangnya kaum wanita Malaysia masih bergelut dengan masalah sistem patriaki, ketidaksaksamaan antara gender, diskirimimasi dan keganasan atas wanita.

READ MORE:  WAO extends condolences to the family of Noor Farida Ariffin

Justeru itu, kami organisasi yang telah menurunkan tandatangan dibawah ini menyeru kepada kerajaan agar:

  • 1. tambahkan bajet yang diperuntukan kepada KPWKM, dua kali ganda oleh kerana KPWKM mempunyai tanggungjawab yang cukup luas untuk menjaga kebajikan wanita terutamanya wanita dari golongan berpendapatan rendah.
  • tingkatkan paras garis kemiskinan kepada RM1,,500 dan pastikan perubahan kos hidup dipantau serta penyelarasan dibuat dari masa ke semasa.
  • tubuhkan rumah asuhan kanak-kanak disemua kawasan perumahan kos rendah, demi memudahkan kaum ibu meninggalkan anak mereka untuk dijaga apabila mereka ke kerja.
  • olah skop makna ‘ibu tunggal’ untuk merangkumi para ibu yang mempunyai suami yang dalam tahanan dan menjalani hukuman penjara, agar ibu dan keluarga mereka yang mempunyai anak di bawah 18 tahun layak kepada bantuan kebajikan.
  • lancarkan suatu skim perumahan RKR dengan rebat khas kepada para ibu tunggal berpendapatan rendah yang dapat dibeli dengan bayaran sewa beli yang mudah.
  • permohonan bantuan oleh ibu tunggal yang ditolak harus diperiksa semula agar skim baru yang boleh membantu mereka diperkenalkan.
  • KPWKM merujuk semula ke memorandum yang telah dikemukakan oleh Jaringan Rakan Ibu Tunggal pada tahun 2015 dan pihak kementerian harus mengambil langkah untuk melaksanakan cadangan-cadangan tersebut. Cabaran terhadap wanita kelas pekerja amatlah banyak dan harus diberikan perhatian serius oleh KPWKM.

Kenyataan bersama ini ditandatangani oleh organisasi seperti berikut ;

1. Parti Sosialis Malaysia
2. Community Development Centre, Kajang (CDC)
3. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
4. Pascos Trust
5. Persatuan Wanita Selangor
6. Women’s Centre for Change (Penang)
7. Inter-Research And Studies (Iras)
8. Aliran
9. Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)
10. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
11. National Union of Flight Attendants Malaysia (Nufam)
12. Projek Dialog
13. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
14. Research for Social Advancement Relevant Facts, Sparkling Analysis (Refsa)
15. In Between Cultura
16. Pusat Komas
17. Diversity 異樣
18. Persatuan Kebajikan Arutperunjothi Margam
19. Hindraf
20. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
21. The North South Initiative
22. Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia
23. Sisters in Islam
24. Women’s Sport and Fitness Foundation Malaysia (WSFFM)
25. National Human Rights Society (Hakam)
26. All Women’s Action Society (Awam)
27. Seksualiti Merdeka
28. Justice for Sisters
29. The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
30. TBH Trust for Democracy
31. Parti Rakyat Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x