
Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengambil maklum berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Abdul Aziz.
Dalam kenyataannya ketika menjawab soalan tambahan Anuar Manap mengenai bagaimana kerajaan menangani akaun media sosial yang menghasut kebencian kaum, Nazri mengatakan bahawa “Akta hasutan boleh kita gunakan untuk menghalang perkara yang tak diingini berlaku. Kenyataaan-kenyataan yang boleh mendatangkan kemarahan satu kaum tu (boleh diletak) kesalahan di bawah Akta Hasutan,” seperti yang dilaporkan didalam portal berita Malaysiakini.
Jawapan yang diberikan oleh menteri pelancongan dan pebudayaan tersebut menimbulkan banyak tanda tanya. Faktanya, penggunaan Akta Hasutan meningkat secara mendadak sejak dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan pada 2012, dan majoriti kes tersebut adalah berkaitan kritikan terhadap kerajaan dan agensi kerajaan. Umum mengetahui ISA digunakan bagi menahan musuh politik serta menyekat kebebasan bersuara.
Siasatan dan pendakwaan keatas individu seperti Adam Adli, Hisham Rais, Tian Chua, Safwan Anang, Nurul izzah, Mat Shuhaimi, Surendran, Prof Azmi Sharom, Dr Aziz Bhari, S Arutchelvan, Shazni Munir, Fahmi Reza dan ramai lagi tidak langsung bersangkut paut dengan kenyataan yang mendatangkan kemarahan kaum. Malahan kartunis Zunar, menerima sembilan pertuduhan di bawah Akta Hasutan hanya kerana melukis kartun satira politik!
Kerajaan dan polis pula kini kerap menggunakan Akta Komunikasi dan Multimedia untuk kesalahan yang melibatkan media sosial, yang juga sebenarnya tidak melibatkan isu kebencian kaum. Jadi apa relevannya Akta Hasutan? Mahkamah Rayuan pula pada 25 November 2016 telah memutuskan Seksyen 3(3) Akta Hasutan sebagai tidak sah.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kita juga sudah memiliki peruntukan perundangan yang cukup bagi menangani “kenyataan-kenyataan yang mendatangkan kemarahan kaum’ seperti Kanun Keseksaan. Akta Hasutan yang digubal penjajah bagi mendiamkan kritikan dan perjuangan menuntut kemerdekaan pada 1948 ini sudah tidak relevan. Pengekalan akta ini sepertinya kerajaan tidak menghormati pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah berkorban untuk negara ini.
Mungkin menteri boleh menjawab, berapa banyak kes dibawah Akta Hasutan yang sebenar-benarnya berkaitan hasutan yang membawa kebencian kaum, dan berapa ramai yang telah di dakwa dan didapati bersalah dibawah akta drakonian ini.
Mansuh Akta Hasutan Ssgera!
Amir Abd Hadi merupakan penyelaras Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme