Home Civil Society Voices 2017 Civil Society Voices Komitmen KWSP memperuntuk RM17bn untuk membantu ekonomi AS sesuatu yang tidak dapat...

Komitmen KWSP memperuntuk RM17bn untuk membantu ekonomi AS sesuatu yang tidak dapat diterima

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia tidak dapat memahami hakikat bahawa dana hampir RM17bn daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilaburkan di Amerika Syarikat (AS) untuk membantu presiden Amerika Syarikat untuk mengukuhkan ekonomi negara itu.

Adakah AS sebagai kuasa besar dan ekonomi terbesar di dunia amat memerlukan simpanan persaraan pekerja Malaysia untuk mengukuhkan ekonomi sendiri?

Kami memandang berat langkah kerajaan Malaysia memberi komitmen untuk melabur AS$4bn daripada dana KWSP untuk mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat.

Komitmen ini tidak menggambarkan pendekatan positif di pihak kerajaan apabila ia mempertaruhkan dana pekerja untuk mengukuhkan ekonomi kuasa besar terutamanya apabila terdapat keperluan untuk mengukuhkan ekonomi negara kita sendiri, sekurang-kurangnya untuk menjayakan Wawasan 2020.

Dalam iklim ekonomi global, kita tidak menolak atau mempertikaikan kerajaan memasuki pakatan perdagangan antarabangsa, tetapi sebelum bertindak begitu, kerajaan tidak boleh mengabaikan keutamaannya terhadap rakyatnya sendiri, terutama kebajikan pekerja dan menguruskan wang yang dimiliki oleh pekerja.

KWSP milik pekerja dan ia harus dilaburkan untuk meningkatkan kebajikan pekerja agar tidak melabur dalam pasaran ekuiti AS untuk membantu infrastruktur dan pembangunan semula AS.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia telah bercakap dan menulis secara peribadi kepada Perdana Menteri Najib agar KWSP membayar dividen lebih baik bagi tahun 2016 iaitu dengan membayar kekurangan dividen sebanyak 0.7% KWSP.

Permintaan ini dibuat kepada perdana menteri pada bulan Februari lalu dengan mengambil kira pendapatan tertinggi yang diperolehi oleh KWSP bagi tahun kewangan 2016 sejak kewujudannya dan untuk memastikan dana yang munasabah terkumpul dalam akaun pekerja individu yang merupakan satu-satunya perlindungan sosial pekerja untuk persaraannya.

Sayangnya, kami belum menerima respons kepada permintaan ini tetapi difahamkan daripada akhbar dan media sosial mengenai pelaburan wang pekerja Malaysia untuk mengukuhkan ekonomi AS.

READ MORE:  Cornel West: Running for US president, ending Ukraine war, and taking on 'corporate duopoly' of Dems and GOP

Oleh itu adalah kewajipan moral bagi kerajaan untuk mengkaji semula dan menjelaskan kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkenaan dengan perjanjian ini dengan AS walaupun ia sepatutnya dilakukan sebelum komitmen diberikan kepada presiden AS.

J Solomon merupakan setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x