[English version below] Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengutuk sekeras-kerasnya penahanan seorang pelarian Rohingya berusia 15 tahun kerana dikatakan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Pelarian kekal sebagai satu daripada komuniti yang paling terpinggir di Malaysia, berikutan keengganan berterusan oleh institusi kerajaan dan kerajaan Malaysia untuk mengakui kewujudan mereka. Vakum undang-undang dari segi hak dan pengiktirafan yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia telah menyumbang kepada eksploitasi meluas pelarian di Malaysia dan membolehkan aktiviti pemerdagangan manusia terus berlaku.
Keputusan untuk mendakwa pelarian kanak-kanak berusia 15 tahun tersebut; kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, menandakan satu lagi penindasan terhadap pelarian oleh kerajaan Malaysia. Walaupun kanak-kanak ini merupakan seorang pelarian, dan dibawah umur, Mahkamah Majistret telah menolak hujahan peguam untuk menggugurkan kes, serta tidak membenarkan ikat jamin diberikan kepada kanak-kanak tersebut.
Akibatnya kanak-kanak tersebut telah ditahan sehingga hari ini. Laporan yang dikeluarkan seorang pakar psikologi, yang dibawa oleh peguam, menunjukkan kesan yang buruk terhadap pertumbuhan mental kanak-kanak tersebut.
Perdana Menteri Najib Razak dilihat lantang dalam krisis di Rohingya, namun perlindungan masyarakat Rohingya di Malaysia masih tidak wujud. Kepura-puraan yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia dalam hal ini jelas menunjukkan percubaan untuk mempolitikkan krisis kemanusiaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Penahanan lanjut kanak-kanak ini menbuktikan kegagalan kerajaan Malaysia dalam memenuhi obligasi di bawah Perkara 22 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak, di mana kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan perlindungan yang sewajarnya kepada anak-anak pelarian.
Suaram sekali lagi mengulangi kekesalan kami diatas perkara ini serta mengutuk sekeras-kerasnya layanan buruk serta penganiayaan terhadap pelarian di Malaysia, dan menggesa campur tangan serta-merta ke dalam pendakwaan terhadap kanak-kanak Rohingya berusia 15 tahun berkenaan.
Sevan Doraisamy ialah pengarah eksekutif Suaram.
Prosecution of young refugee violates Malaysia’s international rights obligations
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) strongly condemns the detention of a 15-year-old Rohingya refugee for not possessing appropriate travel documents.
Refugees remain one of the most marginalised communities in Malaysia due to the continued refusal to acknowledge their existence by the Malaysian government and government institutions.
The legal vacuum in terms of rights and recognition created by the Malaysian government has contributed to the widespread exploitation of refugees in Malaysia and enabled the widespread trafficking activities that continue to plague the refugee community and Malaysians alike.
The decision to prosecute a 15-year-old refugee for not possessing appropriate travel documents marks another low in the persecution of refugees in Malaysia by the Malaysian government.
Furthermore, despite the potential impact on a child’s development and growth, the person in question has been languishing in detention at Kajang Prison since December 2016 after application for bail was denied by the Sepang Magistrate’s Court.
Despite the vocal stance adopted by Prime Minister Najib Razak on the crisis in Rohingya, the protection of the Rohingya community in Malaysia remains non-existent. The hypocrisy shown by the Malaysian government in this regard clearly outlines the unconscionable attempt to politicise a humanitarian crisis.
Furthermore, the continued detention of this individual reveals the failure of the Malaysian government to fulfil the obligations under Article 22 of the United Nations Convention on the Rights of the Child where the government is obliged to provide appropriate protection and humanitarian aid to refugee children.
Suaram once again reiterates our strongest condemnationof the current state of affairs with regard to the persecution of refugees in Malaysia and calls for the immediate intervention into the prosecution of the 15-year-old Rohingya minor in question.
Sevan Doraisamy is executive director of Suaram.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme