Home Civil Society Voices 2017 Civil Society Voices Rakyat Malaysia perlu akses kepada media yang bebas dan adil

Rakyat Malaysia perlu akses kepada media yang bebas dan adil

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia (3 Mei), Bersih 2.0 ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia mengenai keperluan untuk bersuara dan mempertahankan kebebasan penting ini tanpa mana kita tidak akan mampu untuk mempertanggungjawabkan orang yang berkuasa, mendedahkan rasuah dan menyelesaikan isu-isu sosial.

Kebebasan media bukan kebebasan untuk melaporkan pembohongan sebagaimana yang kerap didakwa oleh pengkritik tertentu yang mempunyai kepentingan yang bertentangan. Kebebasan media ialah kebebasan wartawan untuk menjalankan tugas mereka dengan baik dengan menjunjung prinsip-prinsip dan amalan kewartawanan.

Secara khusus, ia adalah kebebasan wartawan untuk:

  • memenuhi tanggungjawab pertama mereka, iaitu kepada kebenaran, dan kesetiaan terdahulu mereka, iaitu kepada rakyat.
  • mematuhi disiplin pengesahan, yang memerlukan kebebasan bersuara dan maklumat
  • mengekalkan kebebasan daripada pihak yang diliputi mereka
  • berfungsi sebagai pemantau yang bebas daripada golongan yang berkuasa
  • menyediakan forum bagi kritikan awam dan tolak-ansur
  • berusaha untuk memastikan perkara yang penting adalah menarik dan relevan
  • memastikan berita yang menyeluruh dan berkadar
  • memenuhi hati nurani peribadi mereka.

Walau bagaimanapun, realiti pemilikan, kawalan dan sosialisasi di Malaysia telah menyongsangkan tanggapan kebebasan media sehingga tanggungjawab media dikatakan adalah untuk berkhidmat kepada pemerintah, yang terus memiliki konglomerat media utama sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Kewajipan ini yang disifatkan sebagai tanda ketaatan telah menerap ke bawah dan seterusnya menghalang wartawan dan pengarang daripada memberi liputan yang seimbang serta memaksa mereka untuk menapis sendiri berita atau menanggung kemungkinan mereka hilang pekerjaan mereka dan malah, yang semakin menjadi, kemungkinan keselamatan mereka terjejas.

Namun di sebalik menghadapi cabaran yang sukar ini, beberapa media dan wartawan terus melaporkan kebenaran dan memberi liputan yang adil dan seimbang kepada isu-isu. Kepada anggota-anggota Fourth Estate yang berani ini, Bersih 2.0 mengucapkan terima kasih dan menabik mereka atas ketabahan yang ditunjukkan.

READ MORE:  Will Bangladesh be another Egypt?

Memandangkan pilihan raya umum yang ke 14 akan diadakan tidak lama lagi, maka adalah tepat pada masanya untuk Bersih 2.0 mengingatkan semua mengenai peranan penting media semasa pilihan raya dan tuntutan awam kami untuk akses kepada media yang bebas dan adil.

Media mesti memberi maklumat yang adil mengenai parti-parti politik, dasar dan calon-calon mereka, supaya pengundi berupaya memilih kerajaan yang mereka hendaki.

Orang ramai perlu menuntut syarikat media untuk memberi ruang kepada semua parti-parti politik, dan bukan sahaja parti pemerintah, untuk menyuarakan pandangan dan membentangkan manifesto mereka agar pengundi boleh mendapatkan maklumat daripada calon sendiri mengenai apa yang akan diperjuangkan oleh mereka.

Juga penting adalah peranan pemantau media dalam mengetengahkan tingkah laku semua pihak yang berkepentingan yang boleh diterima serta juga yang harus ditolak.

Oleh itu, rakyat perlu menguatkan tuntutan Bersih 2.0 untuk akses kepada media yang bebas dan adil, yang kita hanya boleh capai dengan menuntut kebebasan media. Kerana seperti institusi lain yang berfungsi demi kepentingan awam, media juga memerlukan sokongan orang ramai.

Jawatankuasa induk Bersih 2.0


Malaysians need access to free and fair media

On World Press Freedom Day (3 May), Bersih 2.0 would like to remind all Malaysians of the need to speak up for and defend this important freedom without which we would not be able to hold the powerful to account, expose corruption and resolve social issues.

Media freedom is not the freedom to report lies, as frequently alleged by certain critics with vested interests against it. Media freedom is the freedom of journalists to do their job well by upholding the principles and practice of good journalism.

READ MORE:  Communications and Multimedia Act: Halt the tabling of repressive amendments

Specifically, it is the freedom of journalists to:

  • fulfil their first obligation, which is to the truth, and their first loyalty, which is to the citizen
  • adhere to a discipline of verification, which requires freedom of expression and information
  • maintain an independence from those they cover
  • serve as an independent monitor of power
  • provide a forum for public criticism and compromise
  • strive to keep the significant interesting and relevant
  • keep the news comprehensive and proportional
  • exercise their personal conscience.

However, the realities of ownership, control and socialisation in Malaysia have turned the whole notion of media freedom on its head, and the media’s obligation is instead to serve the ruling power, which continues to own the major media conglomerates either directly or indirectly.

This obligation, deemed an act of loyalty, is filtered down to the ground, preventing journalists and editors from providing balanced coverage and forcing them to exercise self-censorship or risk losing their job and, increasingly, even their safety.

Yet despite facing such difficult challenges, a few media and journalists have continued to report the truth and given fair and balanced coverage to issues. To these courageous members of the Fourth Estate, Bersih 2.0 expresses our thanks and salutes them for their fortitude.

With the 14th general election expected soon, it is also timely for Bersih 2.0 to remind all of the media’s crucial role during elections and our public demand for free and fair access to the media.

The media must give fair information regarding political parties, their policies and candidates, so that voters may be able to form an informed choice of who they want as their government.

READ MORE:  Will Bangladesh be another Egypt?

The public should demand of media organisations that space be given to all political parties – not only the ruling party – to air their views and present their manifestos so that voters can gain first-hand information on what the candidates will fight for. Also vital is the media’s watchdog role in highlighting what is and is not acceptable behaviour by all stakeholders.

The people must thus amplify Bersih 2.0’s demand for free and fair access to the media, which we can only attain by demanding media freedom. For like all institutions acting in the public interest, the media too need public support.

Bersih 2.0 steering committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x