
Satu kesombongan yang amat tidak wajar dilakukan seorang speaker apabila beliau melangkau dan meletakkan usul Hadi ke tempat teratas, tulis Tawfik Ismail.
Hari ini adalah hari yang mendukacitakan untuk rakyat Malaysia.
Hari ini Parlimen telah mati dan negara sedang menuju bahaya.
Parlimen tidak lagi berfungsi apabila sumpah yang diangkat speaker sebagai seorang ahli Parlimen untuk melindungi, mempertahan dan mengangkat Perlembagaan telah dikhianatinya.
Disebabkan permainan politik speaker, negara kita boleh berpecah belah kerana mengenepikan Perlembagaan dan tidak berunding dengan Majlis Raja-Raja berunding terlebih dahulu sebelum pengisytiharaan mana-mana undang-undang.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Satu kesombongan yang amat tidak wajar dilakukan oleh seorang speaker apabila beliau melangkau dan meletakkan usul Hadi ke tempat pertama dalam kertas usul. Beliau mahu menunjukkan kuasa. Beliau mahu menunjukkan bahawa beliau boleh menyalahgunakan kuasa dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya. Hal ini sememangnya sudah terang lagi bersuluh.
Impian Satu Malaysia telah dijatuhkan oleh mereka yang telah diamanahkan kita untuk menguruskan negara.
Hari ini speaker Parlimen telah mengkhianati kita sekiranya beliau tidak menghiraukan hal-hal di dalam Perlembagaan yang sampai ke perhatiannya.
Hari ini, warganegara sendiri harus bangkit mengecam tindakan speaker sekiranya ahli Parlimen yang dilantik tidak berupaya melakukannya.
Hari ini, kita harus berganding bahu untuk melindungi negara daripada kejahatan seorang manusia.
Hari ini, warganegara harus bangun untuk melindungi Parlimen.
Tawfik Ismail merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Ismail Abd Rahman.
Diterjemahkan oleh Mohd Sazni Ahmad Salehudin.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme