Wanita Bantah Politik Toksik adalah respon dan penentangan wanita Malaysia terhadap perkembangan politik negara yang kian toksik dan diselubungi keganasan.
Kami yang berdiri di atas nama Wanita Malaysia gusar dan khuatir melihat demokrasi di Malaysia kian terhakis dengan pelbagai keganasan yang tercetus di acara-acara politik dan juga di alam maya. Memandangkan pihak berwajib telah gagal untuk menjalankan tugas mereka secara profesional dan untuk membanteras masalah sebegini, maka kami Wanita Malaysia bangkit untuk menyatakan pembantahan kami terhadap politik toksik ini.
Hari ini, keganasan, ancaman terhadap individu, kata-kata rasis, seksis, sifat kebencian antara rakyat dan individu sudah menjadi satu lumrah harian pemimpin negara. Demokrasi di dalam negara makin tercemar dan merosot apabila institusi-institusi kerajaan dilihat gagal mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang untuk menjamin kestabilan politik dan keselamatan untuk seluruh rakyat Malaysia secara amnya.
Inilah yang kami Wanita Malaysia menamakan sebagai ‘politik toksik’. Kami menuntut agar perkara-perkara sebegini dihentikan serta-merta dan Perlembagaan Persekutuan dan keluhuran Perlembagaan diangkat semula sebagai panduan dalam penyelesaian isu ini.
Perkara yang lebih merunsingkan adalah apabila keperibadian seorang wanita diaibkan demi kepentingan dan propaganda politik. Malah, tampar-menampar diantara satu sama lain dihadapan perdana menteri juga dilihat seakan satu budaya baru kerana si pelaku terlepas tanpa sebarang tindakan undang-undang. Ini bukan budaya rakyat bertamadun dan khususnya rakyat Malaysia. Sekali lagi, kami membantah perlakuan sebegini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kini, tiada lagi ruang yang selamat untuk umum. Politik toksik telah merebak keseluruh pelosok negara tidak kira samada dilapangan mahupun di alam maya dan melalui arus perdana. Anak-anak kita bakal terdedah dan terpengaruh dengan sikap biadap dan tidak toleran yang dipraktikkan oleh para pemimpin negara ini.
Kami Wanita Malaysia amat khuatir jikalau politik toksik tidak dihentikan, maka ia akan menjadi satu budaya baru rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, kami menyeru pengundi wanita di seluruh negara untuk menggunakan kuasa mereka sebagai pengundi untuk menolak politik toksik ini.
Oleh demikian, satu himpunan aman Wanita Menentang Politik Toksik dianjurkan oleh Wanita Malaysia pada 10 September 2017 di Kuala Lumpur bertujuan untuk menyatakan dengan jelas akan penolakan wanita terhadap insiden-insiden yang telah mencemarkan nama negara.
Kami menjemput seluruh pencinta keamanan dan demokrasi, terutamanya wanita, untuk turut bersama kami agar politik toksik ini akan dihentikan dan anak-cucu kita tidak akan terkesan dengan politik sebegini pada hari esok.
English version
Women against toxic politics
Women Against Toxic Politics is a response by Malaysian women to the rising tide of toxicity and violence plaguing our nation and its politics.
We, as women of Malaysia, are dismayed at the erosion of democracy in Malaysia through acts of violence perpetrated at political events, media or online. As the authorities have failed to address the problem, we as women of Malaysia are taking a stand against this harmful rise of toxic politics.
Today, violence and threats against individuals and racist and sexist language have become prevalent among our leaders. Our democracy continues to erode as government institutions fail to uphold the supremacy of the Federal Constitution and the rule of law so as to secure political stability and safety for all Malaysians.
This is the state of our nation which we, the women of Malaysia, refer to as ‘toxic politics’. We demand that such unacceptable behaviour and conduct cease immediately and that the supremacy of the Federal Constitution and the rule of law be restored in full to address such unhealthy trends.
What is more worrying is when a woman’s dignity and wellbeing can be sacrificed for the sake of politics and propaganda. Sexist comments are made freely in Parliament with impunity. Indeed, the slapping of individuals in front of the prime minister is deemed as the new norm as the wrong-doer is allowed to get away scot free. This is not civilised behaviour for anyone, much less for Malaysians who are a cultured and a proud people. We unreservedly condemn such appalling conduct.
It appears that now, there is no space that is safe for everyone. This toxic political culture has spread across the country whether in the public domain, online or through the mainstream media. Our future generation is constantly exposed to the lack of manners and bad behaviour periodically exhibited by our leaders.
We, the women of Malaysia, are concerned that if this toxic culture is not curtailed, it will become the culture for all Malaysians including our future generation and it will take years to reverse. We also call on women voters across the country to exercise their rights as voters to reject such toxic politics and those who indulge in it. Vote against those who use violent, extreme, racist and sexist language for they set bad examples for our future generation.
To show our deep concern over the direction the country is taking, we the women of Malaysia have organised a peaceful gathering called “Women against toxic politics” on 10 September 2017 in Kuala Lumpur to clearly state our rejection of toxic politics which has tarnished the name and reputation of our beloved country.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme