Home Civil Society Voices 55 kumpulan menyokong cuti paterniti sekurang-kurangnya tujuh hari

55 kumpulan menyokong cuti paterniti sekurang-kurangnya tujuh hari

GERALT/PIXABAY

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Kami memandang baik kenyataan Menteri Sumber Manusia M Saravanan yang beliau telah memasukkan cuti paterniti tujuh hari ke dalam Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021.

Kini, bapa-bapa di Malaysia tidak dijamin sebarang cuti paterniti bila anak baru dilahirkan. Akibatnya, ramai bapa tidak dapat bersama dengan isteri dan bayi baru semasa dan selepas bersalin, untuk memberi sokongan dan menjalankan tanggungjawab.

Sebelum ini, kerajaan telah mencadangkan untuk mewujudkan tiga hari cuti paterniti. Tiga hari tidak mencukupi.

Oleh itu, kami menyokong keputusan menteri untuk meningkatkan tempoh cuti paterniti ke tujuh hari dalam Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 dan menyeru ahli-ahli Parlimen untuk menyokong peruntukan ini semasa rang undang-undang dibentangkan di Dewan Rakyat bulan ini.

Tempoh tujuh hari ini akan terpakai untuk pekerja sektor swasta dan adalah selaras dengan tempoh yang sudahpun dinikmati oleh pekerja sektor awam.

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat perhatian bapa mempunyai perkembangan kognitif, emosi dan sosial yang lebih baik, serta pencapaian akademik yang lebih cemerlang.

Pengenalan cuti paterniti juga akan menyampaikan mesej bahawa penjagaan anak adalah tanggungjawab bersama ibu dan bapa. Perubahan norma masyarakat ini akan membantu wanita untuk kekal dalam pasaran kerja.

Cuti paterniti telah menjadi kebiasaan di peringkat global. Menurut laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, 79 daripada 167 negara mempunyai undang-undang yang menjamin cuti paterniti. Filipina dan Singapura mempunyai dua minggu cuti paterniti berbayar.

Cuti paterniti memanfaatkan kanak-kanak, keluarga, dan negara. Tempoh tujuh hari adalah permulaan yang baik.

English version

55 groups support at least seven days’ paternity leave #7DaysForDads

We welcome the statement by Human Resources Minister M Saravanan that he has included seven days of paternity leave in the Employment (Amendment) Bill 2021.

Currently, working fathers in Malaysia are not legally entitled to any paternity leave. As a result, many fathers cannot be with their wives and newborns during and after childbirth to provide support and carry out their responsibilities.

The government had proposed amending the Employment Act to introduce three days of paid paternity leave. This was not enough.

Therefore, we commend the minister’s decision to increase the paternity leave period to seven days in the Employment (Amendment) Bill 2021 and call on members of Parliament to support this provision when the bill is tabled in the Dewan Rakyat this month.

This seven-day period will apply to private sector employees and is consistent with what fathers in the public sector currently enjoy.

Various studies show that children with involved fathers have better social, emotional and cognitive development, and perform better in school.

Introducing paternity leave also sends the message that caregiving is a shared responsibility. Such changes in social norms will help women stay in the workforce.

Many countries have paternity leave. According to a 2014 International Labour Organization report, 79 out of 167 countries have laws that provide paternity leave. The Philippines and Singapore have two weeks of paid paternity leave.

Adequate paternity leave will benefit children, families, and the nation. It’s time for Malaysia to move forward as well.

Disokong/Endorsed by:

  • 1. Women’s Aid Organisation (WAO)
  • 2. Agora Society Malaysia
  • 3. All Women’s Action Society (Awam)
  • 4. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
  • 5. Architects of Diversity
  • 6. Association of Toy Libraries Malaysia
  • 7. Association of Women Lawyers (AWL)
  • 8. Childline Foundation
  • 9. Consumers Association of Penang
  • 10. Demokrat Kebangsaan
  • 11. Empower Malaysia
  • 12. Family Frontiers
  • 13. Friends of Sungei Klang Taman Melawati River Three
  • 14. Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia (GBSM)
  • 15. Ideas
  • 16. Justice for Sisters
  • 17. Kesatuan Pekerja-Pekerja PKNS
  • 18. Kryss Network
  • 19. Lyceum Society
  • 20. Malay Forest Officers Union
  • 21. Malaysia Youths and Students Evolution Johor Branch
  • 22. Malaysian Digital Economy Consumers Association
  • 23. Muda
  • 24. National Council of Women’s Organisations Malaysia (NCWO)
  • 25. National Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers
  • 26. New Era University College
  • 27. New Student Movement Alliance of Malaysia
  • 28. Perak Women for Women Society
  • 29. Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM)
  • 30. Persatuan Pengguna Klang
  • 31. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  • 32. Pertubahan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan
  • 33. Pertubuhan Generasi Aspirasi Pemimpin Wanita Malaysia (Gap.my)
  • 34. Pertubuhan Ikram Malaysia
  • 35. Pertubuhan Jal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah
  • 36. Pertubuhan Usahawan Wanita Millennium Malaysia
  • 37. Purplelily Social Association Kuching
  • 38. Penang Women’s Development Corporation
  • 39. Sabah Timber Employees Union (STIEU)
  • 40. Sabah Timber Industry Employees Union
  • 41. Sabah Women’s Action-Resource Group (Sawo)
  • 42. Sahabat Alam Malaysia
  • 43. Sarawak Women For Women Society (SWWS)
  • 44. Sisters in Islam (SIS)
  • 45. Society for Equality, Respect And Trust for All Sabah (Serata)
  • 46. Society for the Promotion of Human Rights (Proham)
  • 47. Sustainable Development Network Malaysia (Susden Malaysia)
  • 48. Tenaganita
  • 49. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
  • 50. The 111 Initiative
  • 51. The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall women’s division
  • 52. Third World Network
  • 53. Undi18
  • 54. Union of Forestry Employees Sarawak (UFES)
  • 55. Women’s Centre for Change (WCC)

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x