Home Civil Society Voices 7 tahun berlalu: Keadilan bagi mendiang Soosaimanickkam kini terletak di tangan Jabatan...

7 tahun berlalu: Keadilan bagi mendiang Soosaimanickkam kini terletak di tangan Jabatan Peguam Negara

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Oleh Suaram

19 Mei – genap tujuh tahun kematian Soosaimanickkam Joseph, seorang pegawai kadet di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Beliau disahkan meninggal dunia pada 19 Mei 2018 – hanya beberapa hari setelah diterima masuk sebagai pegawai kadet graduan di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak.

Sepanjang tempoh tujuh tahun ini, ahli keluarga telah menempuh pelbagai jalan untuk menuntut keadilan – bermula dari memfailkan inkues dan rayuan.

Mahkamah Tinggi Ipoh melalui rayuan jenayah pada 29 Julai 2024, memutuskan bahawa kematian Soosaimanicckam adalah akibat homisid (homicide) dan berpunca daripada tindakan langsung pegawai-pegawai TLDM.

Sejurus selepas keputusan tersebut, ahli keluarga telah membuat laporan polis bagi mendesak agar kertas siasatan dibuka berdasarkan keputusan mahkamah.

Mereka turut menyerahkan memorandum kepada ketua polis negara di Bukit Aman dan kepada Jabatan Peguam Negara.

Namun, sehingga kini, masih tiada sebarang maklum balas atau tindakan daripada mana-mana institusi.

Kegagalan ini mencerminkan betapa rapuhnya sistem akauntabiliti institusi di Malaysia, tidak konsisten dalam menegakkan keadilan serta kurangnya ketelusan pihak berkuasa dalam menangani kes-kes kematian akibat kecuaian institusi – meskipun segala saluran undang-undang telah pun diusahakan oleh pihak keluarga.

Oleh demikian, pihak Suaram menggesa:

Jabatan Peguam Negara menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh dan mengarahkan siasatan baharu dibuka di bawah Seksyen 302 dan/atau Seksyen 304 Kanun Keseksaan, diketuai oleh pasukan khas bebas daripada polis Bukit Aman dan bukan pihak yang terlibat secara langsung sebelum ini.

Pastikan semua individu yang dikenal pasti terlibat dalam kes homisid Soosaimanicckam ini harus didakwa tanpa perlindungan dan kompromi, demi memastikan keadilan ditegakkan dan prinsip undang-undang dihormati.

Kegagalan Jabatan Peguam Negara untuk mengarahkan pembukaan siasatan susulan terhadap keputusan mahkamah bukan sahaja mencerminkan kelonggaran sistem perundangan dalam melindungi nyawa rakyat, tetapi turut menimbulkan persoalan sama ada institusi ini secara tidak langsung sedang mengekalkan budaya bebas dari hukuman dan membiarkan risiko tragedi sebegini terus berulang. – Suaram

READ MORE:  Pertanggungjawab pegawai bagi kematian dalam tahanan - Aliran

Sevan Doraisamy ialah pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x