Home Civil Society Voices Adakah Parlimen dan semua dewan undangan negeri akan terbubar secara automatik jika...

Adakah Parlimen dan semua dewan undangan negeri akan terbubar secara automatik jika tidak bersidang sebelum 1 Ogos? (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, selaku kumpulan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini, membalas kenyataan Peguam Negara Idrus Harun pada 25 Jun 2021.

Beliau menyentuh Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan tetapi sengaja menghindari suatu perkara utama: jurang maksima yang dibenarkan selama enam bulan antara satu penggal parlimen dengan penggal yang lain.

Perkara 55(1) berbunyi:

Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

Kami menggesa peguam negara untuk berkongsi dengan orang ramai nasihatnya kepada kabinet mengenai akibat daripada kegagalan untuk memanggil semula Parlimen dan dewan undangan negeri dalam tempoh masa enam bulan selepas hari persidangan terakhir dan sama ada persidangan semula badan-badan perundangan ini selepas 1 Ogos apabila tempoh darurat bertamat akan mengakibatkan pembubaran automatik Parlimen dan dewan undangan negeri.

Orang ramai berhak mengetahui nasihat perlembagaan peguam negara mengenai persoalan penting ini. Sekiranya peguam negara bersetuju dengan kedudukan ini dan jika nasihatnya telah disampaikan kepada kabinet, maka Istana Negara dan orang ramai dapat menilai:

a) Sama ada kegagalan memanggil Parlimen dan dewan undangan negeri sebelum 1 Ogos menyebabkan pembubaran automatik semua badan perundangan ini pada 2 Ogos dan keperluaan pilihan raya umum dan negeri untuk diadakan sebelum 2 Oktober menurut Perkara 55(2).

b) Sama ada kegagalan kerajaan untuk menarik balik sekatan-sekatan dan memudahkan persidangan semula Parlimen dan dewan undangan negeri sebelum 1 Ogos secara terang-terangan mengendahkan risiko pelanggaran Perlembagaan pada Perkara 55(1), yang memberikan suatu kewajiban perlembagaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan Parlimen bersidang tepat pada masanya.

Dalam keadaan (b), Agong boleh meminta nasihat Mahkamah Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal keadaan ini, kami mengambil maklum tentang kedudukan konflik yang rumit, sama ada yang dipersepsikan atau sebenar, yang dihadapi oleh peguam negara disebabkan oleh krisis ini. Di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, peguam negara wajib menasihati kabinet dan Agong, tetapi tidak dapat memenuhi kewajiban sekiranya kewajiban, keutamaan dan kepentingan berbeza antara pentadbiran Perdana Menteri Mahiaddin Yasin dan Raja Berpelembagaan.

Seksyen 14(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 menyebut:

Bagi tempoh darurat berkuat kuasa… peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan;

dan Seksyen 15(1)(a) menyebut:

Bagi tempoh darurat berkuat kuasa… peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Dewan Undangan Negeri dalam Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan mana-mana Negeri dan mana-mana undang-undang Negeri tidak mempunyai kesan;

Perkataan seksyen-seksyen ini, dibaca bersama dengan Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan sepadan perlembagaan negeri masing-masing, telah menyebabkan tafsiran yang bertentangan, yang mana-mana satu berpotensi untuk menimbulkan krisis perlembagaan:

  1. Salah satu tafsiran adalah bahawa selang maksima yang dibenarkan oleh perlembagaan selama enam bulan antara dua penggal Parlimen terus berjalan dalam tempoh darurat, tetapi akibat daripada tamat selang, iaitu pembubaran automatik badan perundangan, hanya berkesan selepas tempoh darurat tamat pada 2 Ogos. Pada 1 Ogos, selang perlembagaan enam bulan ini akan tamat bagi Parlimen dan semua dewan undangan negeri (lihat jadual di bawah). Oleh itu, untuk mengelakkan kemungkinan pembubaran automatik, Parlimen dan dewan undangan negeri harus bersidang selewat-lewatnya pada kalau bukan sebelum 1 Ogos
  2. Tafsiran lain adalah bahawa selang perlembagaan maksimum enam bulan tersebut berhenti pada 11hb Januari apabila Darurat dimulakan, dan baki 5+ bulan akan mula berjalan mulai 2 Ogos setelah tempoh darurat tamat. Tafsiran ini akan memberi kesan kumulatif kepada Perlembagaan. Sebagai contohnya, mungkin boleh dihujahkan bahawa perdana menteri dapat mengelakkan persidangan semula Parlimen selama lebih lima bulan lagi. Juga boleh dihujahkan bahawa had masa perlembagaan untuk mengadakan pilihan raya umum berikutnya juga dapat ditangguhkan selama lebih lima bulan.
READ MORE:  Shame on MPs who 'ponteng'!

Badan Perundangan

Hari persidangan

terakhir

Tamat selang enam bulan di bawah Perkara 55(1), Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan sepadan perlembagaan negeri

Parlimen Persekutuan (terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara)

29 Disember 2020

29 Jun 2021

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

19 Oktober 2020

19 April 2021

DUN Kelantan

9 November 2020

10 Mei 2021

DUN Selangor

12 November 2020

12 Mei 2021

DUN Sarawak

13 November 2020

13 Mei 2021

DUN Kedah

19 November 2020

19 Mei 2021

DUN Pahang

20 November 2020

20 Mei 2021

DUN Terengganu

25 November 2020

25 Mei 2021

DUN Negeri Sembilan

3 Disember 2020

3 Jun 2021

DUN Johor

6 Disember 2020

6 Jun 2021

DUN Perlis

10 Disember 2020

10 Jun 2021

DUN Melaka

15 Disember 2020

15 Jun 2021

DUN Perak

16 Disember 2020

16 Jun 2021

DUN Sabah

23 Disember 2020

23 Jun 2021

Dengan waspada, kami mengalu-alukan kenyataan bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun bahawa kedua-dua dewan bersedia untuk suatu persidangan khas pada awal Ogos sebelum mengadakan suatu persidangan penuh dalam bentuk hibrid pada akhir Ogos atau awal September.

Walau bagaimanapun, dengan penuh berwaspada memandangkan kekurangan muafakat yang jelas mengenai tafsiran Perkara 55(1) dan peruntukan serupa perlembagaan negeri, kami menggesa agar persidangan Parlimen – atau sekurang-kurangnya persidangan khas tersebut – untuk diadakan selewat-lewatnya pada, kalau bukan sebelum 1 Ogos untuk mengelakkan kemungkinan suatu pembubaran automatik.

Setakat ini, hanya Dewan Undangan Negeri Melaka yang mengumumkan rancangan mereka untuk bersidang pada pertengahan Julai menjelang tarikh akhir 1 Ogos. Kami menggesa semua negeri yang telah menetapkan jadual untuk bersidang selepas 1 Ogos untuk membuat demikian selewat-lewatnya pada kalau bukan sebelum 1 Ogos untuk mengelakkan pembubaran secara automatik. Persidangan segera Parlimen dan dewan undangan negeri adalah sangat penting sekali pada masa ini memandangkan keperluan untuk menangani wabak pandemik Covid, ekonomi yang semakin lemah dan untuk memberikan kestabilan politik yang lebih besar untuk mengatasi reformasi yang diperlukan. Negara tidak sanggup mengadakan pilihan raya kilat ketika bilangan kes baru harian masih melebihi 5,000.

Kami juga mengingatkan perdana menteri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bahawa mereka diwajibkan untuk mematuhi niat jika tidak juga perkataan Peraturan 82(1) dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, bahawa komposisi ahli Dewan Rakyat dalam mana-mana jawatankuasa parlimen yang dibentuk untuk meneliti aspek-aspek yang berkaitan dengan persidangan prosiding parlimen hibrid harus sejauh mungkin dapat menggambarkan bahagian kerusi yang dipegang oleh parti politik masing-masing di dalam Dewan Rakyat.

Kenyataan ini adalah inisiatif Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional, sebuah jaringan individu yang aktif dalam kumpulan masyarakat madani, badan pemikir dan akademia yang memperjuangkan sebuah Parlimen yang profesional bagi mewujudkan persaingan dasar yang sihat antara pelbagai parti.

Ditandatangani oleh:

  1. Bait al Amanah
  2. Bersih 2.0
  3. Engage
  4. Ideas
  5. Pusat Komas
  6. Reform
  7. Undi18

English version

Will Parliament and all state assemblies automatically stand dissolved if not reconvened by 1 August, attorney general asked

We, the undersigned civil society groups, respond to Attorney General Idrus Harun’s statement on 25 June 2021. He touched on Article 55(1) of the Federal Constitution but conveniently avoided the key point: the maximum permissible gap of six months between one parliamentary session and another.

READ MORE:  Democracy reforms out of pace with political realities

Article 55(1) reads:

The Yang di-Pertuan Agong shall from time to time summon Parliament and shall not allow six months to elapse between the last sitting in one session and the date appointed for its first meeting in the next session.

We urge the attorney general to make public his advice to the cabinet on the consequences of failing to reconvene Parliament and the state legislatures within six months after their last sitting day, and whether reconvening these legislative bodies after 1 August when the emergency period expires would result in the automatic dissolution of Parliament and the state legislatures.

The public deserves to know the attorney general’s constitutional advice on this material question. Should the attorney general’s position be in the affirmative and if his advice has been submitted to the cabinet, both the national palace and the public can then judge:

a) If a failure to reconvene Parliament and the state legislatures by 1 August forces an automatic dissolution of all these legislative bodies on 2 August and the necessity for general and state elections to be held by 2 October in accordance with Article 55(2).

b) If the failure by the government to lift restrictions and to facilitate the reconvening of Parliament and the state legislatures by 1 August blatantly disregards the risk of a constitutional breach of Article 55(1), which imposes a constitutional duty on the Yang di-Pertuan Agong to ensure the timely convening of Parliament.

In the event of (b), the Agong may seek the advice of the Federal Court as provided by Article 130 of the Federal Constitution. In this regard, we note the difficult position of perceived and actual conflict that this current crisis places the attorney general in. Under Article 145 of the Federal Constitution, the attorney general is duty-bound to advise both the cabinet and the Agong, which he would not be able to do if the duties, preferences and interests of Prime Minister Mahiaddin Yasin’s administration and that of the constitutional monarch diverge.

Section 14(1)(a) of the Emergency (Essential Powers) Ordinance 2021 reads:

For so long as the Emergency is in force… the provisions relating to the summoning, proroguing and dissolution of the Parliament in the Federal Constitution shall not have effect;

and Section 15(1)(a) reads:

For so long as the Emergency is in force… the provisions relating to the summoning, proroguing and dissolution of a State Legislative Assembly in the Eighth Schedule of the Federal Constitution, constitution of any State and any state Law shall not have effect;

The wording of these sections, read together with Article 55(1) of the Federal Constitution and corresponding provisions in the constitutions of the respective states, have led to conflicting interpretations, either of which has the potential of creating a constitutional crisis.

One interpretation is that the constitutional six-month maximum interval between two legislative sessions continues to run during the emergency period, but the consequences of the expiry of the interval, ie the automatic dissolution of the legislative body, only takes effect after the emergency period expires on 2 August. By 1 August, this six-month constitutional interval would have expired for Parliament and all state legislatures (see table below). To avoid the potential of an automatic dissolution, therefore, Parliament and the state legislatures should be convened on or by August 1.

Another interpretation is that the constitutional six-month maximum interval is suspended midway on 11 January when the emergency commenced, and the remaining five months-plus will start to run from 2 August once the emergency period expires. This interpretation would have a knock-on effect on the rest of the Constitution. For example, it could then be argued that the prime minister could avoid initiating the reconvening of Parliament for another five months-plus. It could also be argued that the constitutional time limit for holding the next general election could also be delayed by five months-plus.

READ MORE:  Why has Parliament not removed unconstitutional section of Land Acquisition Act?

Legislature

Last sitting day

 

Expiry of six-month interval under Article 55(1), Federal Constitution and the corresponding provisions in state constitutions

Federal Parliament (comprising Dewan Rakyat and Dewan Negara)

29 December 2020

29 June 2021

Penang State Legislative Assembly

19 October 2020

19 April 2021

Kelantan SLA

9 November 2020

10 May 2021

Selangor SLA

12 November 2020

12 May 2021

Sarawak SLA

13 November 2020

13 May 2021

Kedah SLA

19 November 2020

19 May 2021

Pahang SLA

20 November 2020

20 May 2021

Terengganu SLA

25 November 2020

25 May 2021

Negeri Sembilan SLA

3 December 2020

3 June 2021

Johor SLA

6 December 2020

6 June 2021

Perlis SLA

10 December 2020

10 June 2021

Malacca SLA

15 December 2020

15 June 2021

Perak SLA

16 December 2020

16 June 2021

Sabah SLA

23 December 2021

23 June 2021

We welcome with caution the joint statement by Dewan Negara President Rais Yatim and Dewan Rakyat Speaker Azhar Azizan Harun that both Houses are preparing for a special sitting in early August before convening a full meeting in a hybrid setting in late August or early September. However, on an abundance of caution given a lack of a clear consensus on the interpretation of Article 55(1) and similar state constitution provisions, we urge that the parliamentary meeting – or at least the special sitting – be convened by 1 August to avoid even the possibility of an automatic dissolution.

Thus far, only the Malacca State Legislative Assembly has announced their plan to sit in mid-July ahead of the 1 August deadline. We urge all states that have set to reconvene their legislative assemblies after 1 August to do so by 1 August to avoid automatic dissolution. Urgently convening Parliament and state legislative assemblies is crucial at this time given the need to address the Covid pandemic, the weakening economy and to provide for greater political stability towards addressing necessary reforms. A snap election is the last thing the country needs now when daily new cases still run above 5,000.

We also remind the prime minister and the Dewan Rakyat Speaker that it behoves them to abide by the spirit if not the letter of Standing Order 82(1) of the standing orders of the Dewan Rakyat, in that the composition of the Dewan Rakyat members in any parliamentary committee formed to look into aspects relating to the convening of hybrid parliamentary proceedings should as far as practicable reflect the proportion of seats held by the respective political parties in the Dewan Rakyat.

This statement is initiated by the Seed Community for a Professional Parliament, a network of individuals active in civil society organisations, think tanks and academia working towards a professional Parliament that facilitates healthy policy competition between parties.

Signed by:

  1. Bait al Amanah
  2. Bersih 2.0
  3. Engage
  4. Ideas
  5. Pusat Komas
  6. Reform
  7. Undi18

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x