Home Civil Society Voices Akta kebebasan maklumat mesti jamin kebebasan/Freedom of information law must ensure independence

Akta kebebasan maklumat mesti jamin kebebasan/Freedom of information law must ensure independence

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Ketika rakyat Malaysia bersama komuniti global memperingati Hari Antarabangsa untuk Akses Sejagat kepada Maklumat, kami yang bertandatangan di bawah ini, mewakili organisasi masyarakat sivil dan individu, menegaskan bahawa perundangan mengenai kebebasan maklumat atau hak mendapatkan maklumat yang bakal digubal mestilah berlandaskan standard hak asasi manusia, menggalakkan ketelusan serta disusuli dengan reformasi institusi yang bermakna.

Hak mendapatkan maklumat diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui Artikel 19 dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan Waad Antarabangsa tentang Hak Sivil dan Hak Politik, serta terkandung dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Rangka kerja hak mendapatkan maklumat yang tulen dan bersepadu adalah penting untuk menangani budaya kerahsiaan yang berakar umbi di Malaysia, mengukuhkan penyertaan demokratik, dan membina kepercayaan rakyat terhadap tadbir urus dalam badan awam.

Mengapa akses sejagat kepada maklumat penting

Akses kepada maklumat adalah hak asasi yang mendasari kebebasan bersuara, membantu membanteras rasuah, mengukuhkan akauntabiliti, dan memperkasa rakyat untuk melibatkan diri secara bermakna dalam kehidupan awam. Tanpa hak yang boleh dikuatkuasakan untuk mendapatkan maklumat, nilai-nilai demokratik ini kekal rapuh.

Sehubungan itu, undang-undang kebebasan maklumat atau hak mendapatkan maklumat adalah alat penting untuk mencapai matlamat pembangunan mampan PBB (terutamanya matlamat 16: keamanan, keadilan dan institusi yang kukuh). Undang-undang ini memastikan badan awam mempunyai akauntabiliti, proses belanjawan dan kawal selia lebih telus, serta rakyat dapat memantau sebarang kemajuan.

Penggubalan akta kebebasan maklumat akan membolehkan Malaysia menyertai Open Government Partnership, sebuah inisiatif antarabangsa yang terdiri daripada 75 buah negara yang menghimpunkan pemimpin kerajaan dan masyarakat sivil untuk mengalakkan tadbir urus berteraskan ketelusan, penyertaan dan keterangkuman.

Sebagai pengerusi Asean, Malaysia berada pada kedudukan penting untuk menyertai Indonesia dan Filipina di samping mengetuai Asia Tenggara dalam memperkukuh demokrasi serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Badan kawal selia bebas – tonggak hak mendapatkan maklumat

Penubuhan suruhanjaya maklumat yang bebas, yang melapor terus kepada Parlimen, merupakan tunjang utama bagi kerangka hak mendapatkan maklumat yang kukuh. Ia mesti berperanan sebagai pengawas untuk memastikan hak rakyat untuk tahu dipertahankan dan badan awam tidak sewenang-wenangnya menolak akses kepada maklumat.

Fungsi dan kuasa suruhanjaya amat penting untuk menjadikan hak ini dikuatkuasakan. Seperti yang disyorkan dalam model masyarakat sivil bagi rang undang-undang hak mendapatkan maklumar, suruhanjaya mesti diberi sumber yang mencukupi serta diberi kuasa untuk menyelesaikan rayuan, mengarahkan pendedahan maklumat, dan menguatkuasakan piawaian untuk penerbitan proaktif. Ia juga berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran awam, dan menggalakkan akses kepada maklumat, serta memastikan agensi kerajaan menunaikan kewajipan mereka.

Keberkesanan kuasa, fungsi dan tanggungjawab bergantung kepada pelantikan ahlinya, atau suruhanjaya-suruhanjaya. Individu ini haruslah mempunyai integriti dengan kepakaran dalam undang-undang, hak asasi manusia atau hak mendapatkan maklumat.

Ahli suruhanjaya ini mesti dilantik melalui proses parlimen yang telus dan terbuka, dengan perwakilan gender yang seimbang serta melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Penjawat awam dan ahli politik yang menyandang jawatan parti hendaklah dikecualikan bagi menjamin kebebasan dan keberkecualian suruhanjaya.

Kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi tahun 2025 dalam menubuhkan beberapa institusi baharu, termasuk tribunal pekerja gig dan sebuah majlis perundingan di bawah Rang Undang-Undang Pekerja Gig, tribunal anti-buli, serta sebuah suruhanjaya halal untuk tadbir urus dan pembangunan yang berkaitan.

Hal ini membuktikan bahawa melalui kemahuan politik dan kecukupan sumber, kerajaan berupaya menubuhkan entiti baharu dalam menanggung kos penggajian dan logistik bagi menangani isu dapat yang meningkatkan kesejahteraan orang awam. Oleh itu, kerajaan haruslah bertekad untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya maklumat yang bebas, sekali gus meneruskan usaha reformasi hak asasi manusia yang bertumpu pada orang awam.

Tambahan pula, pada tahun 2023, Ramkarpal Singh, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) di bawah pentadbiran kini, telah menyatakan bahawa kerajaan mengkaji cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya maklumat bebas sebagai badan pemantau bagi mengawal selia akta kebebasan maklumat yang dicadangkan, mendengar rayuan, dan memastikan pematuhan terhadap ketetapan perundangan.

Tanpa mekanisme pengawasan bebas dengan kuasa yang mengikat dan boleh dikuatkuasakan, kerajaan akan terus menjadi penyaring maklumat (gatekeeper) dan penentu akses kepada maklumat. Perkara ini menimbulkan konflik kepentingan yang jelas, sekali gus melemahkan kredibiliti serta keberkesanan undang-undang yang dicadangkan.

Terbuka secara automatik (open by default)

Akta kebebasan maklumat akan menjadikan kerajaan mengamalkan pendedahan secara automatik. Dengan cara ini, data akan menjadi terbuka merentasi semua agensi kerajaan dan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan inovasi dalam ekonomi digital dan kerajaan.

READ MORE:  Why Malaysia needs a freedom of information law

Perundangan kebebasan maklumat haruslah menegakkan prinsip pendedahan maksimum iaitu semua maklumat yang dipegang badan awam haruslah mudah dicapai, serta tidak termasuk perkara yang dikecualikan secara khusus.

Penerbitan proaktif bagi maklumat yang memberikan akses yang bermakna dan mudah dicapai ini adalah asas bagi menggalakkan penyertaan awam, memerangi rasuah dan menghapuskan budaya kerahsiaan di Malaysia.

Perundangan ini harus menjamin bahawa mana-mana sekatan atau pengecualian dalam mengakses maklumat adalah memenuhi prinsip terhad, keperluan dan perkadaran, serta tertakluk pada ujian mudarat dan kepentingan awam.

Melalui langkah-langkah ini, ia dapat memastikan bahawa pengecualian hanya diberikan apabila pendedahannya akan menyebabkan mudarat yang nyata terhadap kepentingan awam (pertahanan negara, privasi atau kerahsiaan komersial).

Rang undang-undang kebebasan maklumat mesti diselaraskan dengan reformasi undang-undang yang lebih luas

Untuk menggubal perundangan mengenai kebebasan maklumat secara berkesan, ia memerlukan reformasi yang menyeluruh bagi memastikan bahawa tiada undang-undang sedia ada yang mengekangnya.

Hal ini termasuk memansuhkan Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana peruntukan kerahsiaan adalah bercanggah dengan prinsip ketelusan dan pendedahan secara terbuka.

Selain itu, pemansuhan Seksyen 203A Kanun Keseksaan, serta penyelarasan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diperlu untuk melindungi pendedahan bagi kepentingan awam, melindungi privasi dan memupuk akauntabiliti.

Dalam tempoh penggal yang panjang, kerajaan harus bertekad untuk menyemak dan menggugurkan perkataan “kewajipan kerahsian” dalam pelbagai peruntukan perundangan di Malaysia yang sekali gus mengenakan larangan menyeluruh terhadap pendedahan bagi sesetengah kategori maklumat atau semua maklumat yang dipegang oleh semua agensi dan badan awam.

Badan awam haruslah menetapkan garis panduan yang jelas untuk menguruskan dan mendedahkan maklumat, menyediakan latihan dalam kewajipan untuk ketelusan, dan mewujudkan saluran yang mudah diakses untuk orang awam memohon maklumat.

Kebebasan maklumat tidak berfungsi secara terpisah, maka perspektif yang luas bagi memastikan semua aspek kepentingan awam harus diambil kira. Dilengkapi mekanisme pemantauan yang bebas, langkah ini akan memastikan bahawa perundangan kebebasan maklumat benar-benar menjalankan tujuannya di setiap peringkat, mengukuhkan akauntabiliti dan tadbir urus yang baik, dan kepercayaan awam.

Hak sejagat bagi akses terhadap maklumat bukan sekadar objektif bagi sebuah polisi, sebaliknya sebuah perjanjian ke arah peningkatan martabat, kesamarataan dan keadilan.

Malaysia berada di sebuah persimpangan yang kritikal kerana akta kebebasan maklumat mempunyai potensi untuk menjadi model rentas rantau jika didasarkan pada hak asasi manusia, ketelusan, terangkuman dan kebolehkuatkuasaan.

Ini adalah detik penentu bagi Malaysia: sebuah peluang bukan sekadar untuk menyertai kelompok negara yang mempunyai penarafan hak mendapatkan maklumat yang tinggi, malah menetapkan sebuah penanda aras serantau bagi keterbukaan dan tadbir urus yang baik.

Seruan untuk bertindak

Sempena hari memperingati akses sejagat kepada maklumat ini, dan dalam usaha ke arah penggubalan perundangan kebebasan maklumat, kami menggesa:

  • Parlimen dan badan eksekutif untuk menggubal undang-undang yang memenuhi standard di atas, serta mengelakkan peruntukan lemah yang menjadi retorik reformasi
  • Semua badan awam untuk komited terhadap budaya keterbukaan dan pengurusan maklumat, serta memudah cara pendedahan maklumat
  • Masyarakat sivil, media dan orang awam untuk terlibat secara aktif dalam proses penggubalan, memantau pelaksanaan, dan memastikan institusi mempunyai akauntabiliti

English version

Malaysia’s freedom of information law must guarantee independence, accountability and public trust

As people in Malaysia join the global community in commemorating the International Day on Universal Access to Information, we, the undersigned civil society organisations and individuals, reiterate that the forthcoming freedom of information or right to information law must be firmly grounded in human rights standards, promote transparency and be accompanied by meaningful institutional reforms.

The right to information is internationally recognised under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and the International Covenant on Civil and Political Rights, and is intrinsic to Article 10 of the Federal Constitution of Malaysia. A genuine and robust right to information framework is essential to reverse Malaysia’s entrenched culture of secrecy, strengthen democratic participation and build public trust in governance and in public bodies.

Why universal access to information matters

The right to access information is a fundamental enabling right. It underpins freedom of expression, helps check corruption, strengthens accountability and empowers people to participate meaningfully in public life. Without enforceable and justiciable rights to obtain information, these democratic values remain fragile.

READ MORE:  Freedom of information law - a new era for transparency?

In this regard, freedom of information or right to information laws are essential tools for achieving the UN’s sustainable development goals (especially goal 16: peace, justice and strong institutions). These laws help ensure public bodies are accountable, that budgetary and regulatory processes are transparent, and that the public can monitor progress.

The enactment of the freedom of information act will enable Malaysia to join the Open Government Partnership, a global initiative comprising 75 countries in which government leaders and civil society combine to promote transparent, participatory, inclusive and accountable governance.

As the current Asean chair, Malaysia is poised to join fellow members Indonesia and the Philippines, and take a leading role in Southeast Asia to strengthen democracies and deliver better societal outcomes.

Independent oversight body – cornerstone of right to information

The establishment of an independent information commission, reporting directly to Parliament, would form the backbone of a strong right to information framework. It must act as a watchdog to ensure that the public’s right to know is upheld and that public bodies cannot arbitrarily deny access to information.

The commission’s functions and powers are vital to make the right to information enforceable. As recommended in civil society’s model right to information bill, the commission must be well-resourced and empowered to resolve appeals, order disclosure and enforce standards for proactive publication. It should also play a crucial role in raising public awareness, promoting the right to access information and ensuring that government agencies uphold their obligations.

The effectiveness of the commission’s powers, functions and responsibilities relies heavily on the appointment of its members or commissioners. These individuals must possess integrity and have expertise in law, human rights or the right to information.

The commissioners must be appointed through an open and transparent parliamentary process, with equal gender representation and inclusive of various stakeholders. Those within the civil service and political party office bearers or party members must be excluded to protect the commission’s independence and impartiality.

The Malaysian government’s commitment in 2025 to establishing new institutions such as the gig workers tribunal and a consultative council under the Gig Workers Bill, the anti-bullying tribunal and a halal commission for governance and development shows that the government has the political will and adequate resources to establish new entities and bear the related staffing and logistical costs to adjudicate and address issues to enhance the people’s wellbeing.

In the same vein, the government should also commit to establishing an independent information commission to continue its efforts to make human rights reforms and to serve the people.

Furthermore, in 2023, Ramkarpal Singh, the former deputy minister in the Prime Minister’s Department for law and institutional reforms, under the current administration, stated that the government was studying a proposal to establish an independent information commission as the oversight body to regulate the proposed freedom of information act, hear appeals and ensure compliance.

Without an independent oversight mechanism with binding and enforceable powers, the government would remain both the gatekeeper and arbiter over access to information. This would be a direct conflict of interest that undermines the proposed law’s credibility and effectiveness.

Open by default

The freedom of information act would lead to a government that is open by default. This unlocks open data across all government agencies and creates an enabling environment for innovation in the digital economy and government.

The freedom of information legislation must enshrine the principle of maximum disclosure, requiring all information held by public bodies to be accessible, unless narrowly exempted.

The proactive publication of information and provision of meaningful and affordable access are fundamental to enabling public participation, curbing corruption and eliminating the culture of secrecy in Malaysia.

The legislation must guarantee that any restrictions or exemptions to accessing information are strictly limited, necessary, proportionate and subject to a harm and public interest test. This ensures that exemptions are granted solely when disclosure would cause significant harm to the public interest (national defence, privacy or commercial confidentiality).

READ MORE:  Freedom of information law - a new era for transparency?

Freedom of information bill must be harmonised with broader legal reforms

Implementing the freedom of information legislation effectively requires cohesive reforms to ensure that no existing legislation hinders its impact.

This includes repealing the Official Secrets Act 1972, as its broad secrecy provisions contradict the principles of transparency and open disclosure.

It also requires repealing Section 203A of the Penal Code, and aligning the Whistleblower Protection Act 2010 and Personal Data Protection Act 2010 to safeguard disclosures in the public interest, protect privacy and foster accountability.

In the longer term, the government must also commit to reviewing and removing the broadly worded “obligation of secrecy” provisions under many other Malaysian laws, which unjustifiably impose a blanket ban on disclosure of certain classes of information or all information held by entire agencies and bodies.

Public bodies must establish clear guidelines for managing and disclosing information, provide training on transparency obligations, and create accessible channels for the public to request information.

As freedom of information does not operate in isolation, it requires a broader perspective to ensure that all aspects of the public interest are fully considered. Complemented by an independent oversight mechanism, these measures ensure that the law truly serves its purpose at every stage, strengthening accountability, good governance and public trust.

The universal right to access information is not just a policy objective. It is a promise of dignity, equality and justice.

Malaysia stands at a critical juncture. The freedom of information law has the potential to become a model across the region – if it is anchored firmly in human rights, transparency, inclusion and enforceability.

This is a defining moment for Malaysia: an opportunity not only to join the top right to information-rated countries, but to set a regional benchmark for openness and good governance.

Call to action

On this day dedicated to universal access to information, and as we move forward with the proposed freedom of information legislation, we urge:

  • Parliament and the executive to adopt a law that meets the standards above, avoiding weak provisions that could undermine its intent and merely serve as lip service to reform
  • All public bodies to commit to a culture of openness and to manage information in ways that facilitate disclosure of information
  • Civil society, media and the public to engage actively in the drafting process, monitor implementation and hold institutions accountable

Signatories:

Organisations

  1. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  2. Article 19
  3. The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
  4. Sinar Project
  5. Freedom Film Network (FFN)
  6. SIS Forum (Malaysia)
  7. Justice for Sisters (JFS)
  8. North South Initiative
  9. Gindol Initiative for Civil Society Borneo
  10. Greater Equitable Measures (Geramm)
  11. Architects of Diversity
  12. Gerakan Media Merdeka (GERAMM)
  13. Aliran
  14. Sustainable Development Network Malaysia
  15. Pusat Pembangunan Rakyat (Mandiri)
  16. Siuman Collective
  17. Liga Mahasiswa Malaysia
  18. Liga Mahasiswa Universiti Malaya
  19. Gerakan Perempuan Melawan
  20. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  21. Beyond Borders Malaysia
  22. Workers Unmuted
  23. MyMP
  24. Greenpeace Malaysia
  25. National Union of Journalists Peninsular Malaysia (NUJM)
  26. Astro Awani
  27. Autism Inclusiveness Direct Action Group (Aida)
  28. Family Frontiers
  29. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
  30. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  31. Consumers’ Association of Penang (CAP)
  32. Malaysian Action for Justice and Unity (Maju)
  33. Women’s Aid Organisation
  34. PEN Malaysia
  35. Martabat Untuk Semua Petaling Jaya (Martabat PJ)
  36. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
  37. Tenaganita
  38. Save Rivers
  39. Agora Society Malaysia
  40. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
  41. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  42. Sustainable Petaling Jaya Association (Sustainable PJ)
  43. PJ Sejahtera
  44. Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas)
  45. Environmental Protection Society Malaysia (EPSM)
  46. Treat Every Environment Special (TrEES)
  47. B.E.A.CC.H. (Biodiversity.Environment.Agroecology.Climate Change.Habitat)
  48. Kolektif Seni dan Budaya Malaysia
  49. Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram)
  50. Lawyer Kamek
  51. Gabungan Darurat Iklim Malaysia
  52. Equal Wings

Individuals

  1. Adrian Pereira
  2. Andrew Khoo
  3. Chang Teck Peng
  4. Khoo Ying Hooi
  5. Yeap Thiam Hoong
  6. Chu Min Wei
  7. Mahi Ramakrishnan
  8. Muhammad Ariff Mohamad Nizam
  9. Subatra Jayaraj
  10. Beverly Joeman
  11. Dato’ Dr Amar-Singh HSS
  12. Kuek Ser Kuang Keng
  13. Derek John Fernandez
  14. Srividhya Ganapathy
  15. Dato’ Chamil Wariya
  16. Yante Ismail
  17. Chong Wu Ling
  18. G Manimaran
  19. Sarajun Hoda Abdul Hassan
  20. Parimala Nesamany
  21. Mahyuddin Ahmad Abdul Rahman
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x