
Sebagai respon terhadap penyataan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini (1 Ogos 2018) tentang penetapan tempoh lima tahun untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching, kami Gabungan Pembebasan Akademik – Institusi Pengajian Tinggi (GPA-IPT) menuntut agar perkara ini dipercepatkan dan tidak dilengah-lengahkan.
Lima tahun adalah satu tempoh yang lama dan kami melihat ini sebagai alasan untuk Pakatan Harapan mengelak daripada memenuhi janji mereka. Tempoh yang panjang ini akan meyebabkan mahasiswa terus dikongkong oleh pentadbiran universiti dan kerajaan.
Semenjak kemenangan PH, dan mulanya persidangan Parlimen, pelbagai tuntutan telah dilakukan mahasiswa namun tiada respon sehingga ke hari ini. Setakat ini ada tiga gerakan yang telah pergi ke Parlimen untuk menghantar memorandum. Tiga gerakan tersebu adalah GPA-IPT, Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) dan Mahasiswa Universiti Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (Umskal) namun tiada sebarang respon yang diberikan oleh pihak kementerian.
Berikut merupakan antara tuntutan GPA-IPT:
Kementerian telah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal pemansuhan/pindaan AUKU tanpa ada representasi daripada wakil mahasiswa. Kami menuntut supaya kerajaan memberi ruang untuk wakil mahasiswa bersama-sama dalam jawatankuasa yang akan mengkaji AUKU yang dianggotai oleh 12 orang yang lain jika kerajaan benar benar serius mahu mengembalikan autonomi universiti.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami juga menuntut penjelasan daripada pihak kementerian mengapa perlunya akta baru kerana sebelum AUKU tiada sebarang undang-undang mengikat pergerakan pelajar melainkan Akta Universiti Malaya 1961 yang hanya memperuntukkan tentang penubuhan universiti dan bukannya tentang pengawalan tingkah laku mahasiswa. Kuasa penuh perlu diberikan kepada senat universiti dan kerajaan Mahasiswa untuk menggubal peraturan mereka sendiri tanpa ada campur tangan mana mana pihak luar.
Justeru, GPA-IPT menuntut agar perjumpaan antara Kementerian Pendidikan bersama-sama dengan mahasiswa dilakukan secepatnya sebelum bukanya semester yang baru pada bulan sembilan akan datang.
Gabungan Pembebasan Akaddemik – IPT
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme