
[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah hakisan tanah yang berlaku di Kampung Teluk Nipah daerah Kuala Muda ketika ini.
CAP kesal, walau pun kejadian yang berpunca dari penerokaan bukit dan aktiviti penambakan tanah di kampung itu telah berlarutan sejak empat tahun yang lalu, namun hingga sekarang tidak ada tindakan yang diambil oleh mana-mana pihak bagi mengatasinya.
Dalam tinjauan yang dibuat, CAP mendapati keadaan air laut di perairan Teluk Nipah berwarna merah serta berlumpur akibat hakisan tanah dari kawasan bukit berhampiran. Keadaan itu turut menjejaskan aktiviti dan sumber pendapatan kira-kira 100 nelayan pantai di kampung berkenaan.
Kejadian ini berlaku dengan lebih serius ketika ombak besar membadai kawasan penambakan dan hujan lebat menghakis tanah dari bukit yang diteroka. Jika tindakan pencegahan tidak diambil, nescaya cerun bukit yang terlibat mungkin runtuh dan masalah alam sekitar yang lebih teruk akan berlaku.
CAP percaya jika punca masalah ini dibiarkan, kesan terhadap alam sekitar dan kehidupan nelayan tempatan akan terjejas dengan lebih serius lagi pada masa akan datang. Pencemaran laut dan mendapan sisa lumpur boleh menyebabkan hidupan laut seperti ketam, siput, ikan dan udang mengalami kepupusan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sekitar jeti nelayan di sini juga mungkin menjadi cetek dan akan menyukarkan mereka mendaratkan hasil tangkapan termasuk melabuhkan perahu serta menjalankan aktiviti keluar masuk ketika pergi ke laut.
Justeru itu, CAP berharap pihak berkenaan menjalankan siasatan secara menyeluruh serta mengambil tindakan dengan berkesan agar kejadian ini tidak berterusan mencemarkan alam sekitar dan mengancam kehidupan nelayan pantai di kampung tersebut.
CAP memohon agar benteng cegah hakisan di lokasi kejadian dibina segera bagi mengelak sisa lumpur mengalir ke laut dan mencemarkan kawasan perikanan yang menjadi tempat para nelayan pantai di sini mencari rezeki. – CAP
English version
CAP urges immediate action on soil erosion in Teluk Nipah
The Consumers’ Association of Penang (CAP) urges the Kedah state government, the Department of Irrigation and Drainage, and the local authority to take immediate action to address soil erosion in Kampung Teluk Nipah in the Kuala Muda district.
CAP regrets that although the incident caused by hill clearing and land reclamation activities in the village has been ongoing for the past four years, no action has been taken by any authorities to address the issue.
In a survey conducted, CAP found that the seawater in the waters of Teluk Nipah was reddish and muddy due to soil erosion from a nearby hill. This situation has also affected the activities and sources of income of around 100 coastal fishers in the village.
This situation worsens when large waves hit the reclaimed area and heavy rain erodes the soil from the cleared hill. If mitigation measures are not taken, the affected hillside may collapse, leading to more severe environmental problems.
CAP believes that if the root cause of this problem is left unaddressed, the impact on the environment and the livelihoods of the local fisher community will be even more seriously affected in the future. Marine water pollution and the deposition of muddy sediments could lead to the extinction of marine life such as crabs, snails, fish and prawns.
The area around the fishermen’s jetty may also become shallow, making it difficult for them to land their catch, anchor their boats, and carry out activities when they are coming in from and going out to the sea.
Therefore, CAP hopes the relevant authorities will conduct a thorough investigation and take effective action to prevent this issue from continuing to pollute the environment and threaten the livelihoods of coastal fishers in the village.
CAP urges for measures to be taken to mitigate and curb the erosion immediately at the affected location to prevent muddy sediments from flowing into the sea and polluting the fishing grounds where coastal fishers earn their living.
Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers’ Association of Penang (CAP).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme










