Home Civil Society Voices Bangkit lawan politik perkauman, tolak naratif ketuanan

Bangkit lawan politik perkauman, tolak naratif ketuanan

GERALT/PIXABAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Angkatan Kesatuan Siswa Sosialis (Aksi) mengecam keras rancangan Sekretariat Gabungan NGO Melayu-Islam yang ingin menganjurkan satu perhimpunan reaksioner besar-besaran pada 24 Mei ini, kononnya bagi membela kepentingan Melayu-Islam.

Ini bukan himpunan rakyat. Ini adalah himpunan pelampau yang menunggang agama dan bangsa.

Retorik kononnya hak Melayu terhakis hanyalah gendang lama yang terus dipalu demi menjaga kedudukan elit politik dan NGO oportunis yang selama ini bersekongkol dengan sistem yang sama menindas rakyat marhaen tanpa mengira bangsa dan agama.

Mereka tidak memperjuangkan Melayu. Mereka memperjuangkan kapitalis Melayu, kroni dan golongan atasan yang kenyang menindas rakyat, termasuk Melayu bawahan sendiri!

Golongan ini hanya muncul apabila mereka nampak peluang politik. Mereka diam membisu apabila mahasiswa ditekan, apabila pekerja dipijak, apabila orang miskin dihalau.

Propaganda “kepentingan Melayu semakin terhakis” dan “kerajaan gagal tangani isu perkauman” hanyalah topeng untuk mengaburi mata rakyat terhadap isu sebenar: kerakusan pemodal dan kegagalan struktur ekonomi yang menindas semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum.

Di mana suara mereka ketika rumah orang miskin diruntuhkan atas nama pembangunan? Ketika gaji minima masih tidak cukup menyara hidup? Ketika sistem pendidikan dan kesihatan dimiskinkan oleh penswastaan?

Jika benar mahu memperjuangkan hak rakyat, datanglah bersama dalam perhimpunan menuntut perumahan mampu milik, pendidikan percuma atau kebajikan menyeluruh untuk semua. Bukan dengan menebar kebencian antara kaum dan menyemai ketakutan dalam kalangan Melayu demi kuasa.

Aksi menyeru seluruh rakyat, khususnya mahasiswa dan anak muda, untuk tidak terperangkap dalam permainan pecah dan perintah ini serta menolak sekeras-kerasnya perhimpunan ini. Jangan terperangkap dalam naratif palsu yang menunggang agama dan bangsa.

Musuh kita bukan kaum lain. Musuh kita ialah sistem yang memperkaya segelintir dan menindas majoriti. Jangan biar negara kita diseret ke belakang oleh kumpulan ekstremis konservatif ini. – Aksi

READ MORE:  The Malaysian dilemma: Urgent need for new mindset

Mustaqim Badrul Hisham ialah setiausaha agung Angkatan Kesatuan Siswa Sosialis (Aksi).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x