Home Civil Society Voices Bangunan dalam pembinaan runtuh: Pihak berkuasa perlu bertindak tegas (Malay/English)

Bangunan dalam pembinaan runtuh: Pihak berkuasa perlu bertindak tegas (Malay/English)

FILE PHOTO: SULEKHA.COM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat terkejut dan kecewa apabila sebuah lagi bangunan yang sedang dalam pembinaan runtuh.

Satu suruhanjaya siasatan perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat kejadian ini.

Kemalangan yang melibatkan runtuhan itu berlaku di sebuah gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tiga disahkan maut manakala dua cedera parah dan empat mangsa lagi dilaporkan dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan.

CAP menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan menyiasat dengan menyeluruh insiden yang berlaku itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dengan kemalangan itu.

Memandangkan tempat kejadian itu berdekatan dengan pantai yang terdiri daripada tanah pasir dan batu kerikil, sebarang struktur yang dibina di kawasan itu perlu dipastikan ia adalah benar-benar selamat dengan mengambil kira semua langkah keselamatan terutamanya kajian geologi.

Perkara ini perlu diberi perhatian memandangkan melibatkan banyak pihak terutama sekali melibatkan nyawa pekerja. Apatah lagi kemalangan ini turut menyebabkan pekerja kehilangan nyawa dan mengalami cedera parah.

Memandangkan statistik kematian dalam kemalangan pekerjaan adalah tinggi, maka keselamatan untuk pekerja mestilah diutamakan. Menurut Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, 6,793 kemalangan pekerjaan disiasat di Malaysia pada 2020. Daripada jumlah itu terdapat 193 kematian dan 256 hilang upaya kekal yang direkodkan pada tahun itu melibatkan pekerja asing.

Pihak berkuasa yang berkenaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan secara tegas serta berterusan bagi memastikan semua langkah keselamatan di tapak pembinaan telah dipatuhi. Langkah berjaga-jaga perlu diambil berat apabila bekerja dalam situasi bahaya.

Tindakan tegas yang diambil boleh memberikan mesej kepada syarikat pembinaan bahawa undang-undang perlu dipatuhi setiap masa. Ia sesuai dengan notis “Utamakan Keselamatan” yang sering dipamerkan di tapak pembinaan. Pemilik premis perlu bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku.

Dengan meletakkan notis ini, ini tidak bermakna ia membebaskan pihak industri pembinaan daripada liabiliti bagi kecederaan dan kematian. Begitu juga notis ini tidak membebaskan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan daripada memastikan bahawa semua langkah keselamatan dipatuhi.

Dalam dua kes utama di Pulau Pinang, perancah runtuh di Jambatan Kedua Pulau Pinang dan sirip dinding runtuh di bangunan setinggi 21 tingkat, Suruhanjaya siasatan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mendapati terdapat ketidakcekapan dan kecuaian.

Setiap kali berlaku kemalangan, kita akan tertanya-tanya kenapa ia berlaku. Adakah ia cuma suatu kemalangan ataupun berlaku kerana kecuaian? Sekiranya ia berlaku disebabkan oleh kecuaian, maka siapakah yang patut dipersalahkan -pemaju, kontraktor, pekerja binaan atau pihak berkuasa sendiri?

Kami menggesa agar pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan yang teliti dan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan itu.

Seperti gesaan kami yang berulang kali sebelum ini, pihak berkuasa harus bertindak dan mengambil tindakan dengan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kemalangan yang berlaku.

Hanya dengan penguatkuasaan undang-undang secara tegas serta berterusan akan menjadikan pihak yang bertanggungjawab dalam industri pembinaan serta pihak berkuasa yang berkenaan akan lebih mematuhi undang-undang yang berkaitan.

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan yang merupakan agensi yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan membuat cadangan untuk pencegahan kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan juga perlu lebih banyak mempromosikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Sehubungan itu, kami sekali lagi menggesa agar pihak berkuasa menubuhkan segera suruhanjaya siasatan bagi menyiasat kejadian ini. – CAP

Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Building under construction collapses: Authorities must take strong action

The Consumers Association of Penang (CAP) is shocked and disappointed that another building under construction has collapsed.

A commission of inquiry should be established immediately to investigate this incident.

The collapse occurred at a logistics warehouse under construction at Batu Maung in Bayan Lepas, Penang with three confirmed dead while two were seriously injured.

CAP urges the Penang Island City Council, the Malaysian Construction Industry Development Board and the Department of Occupational Health and Safety (DoSH) to thoroughly investigate the incident and take strict action against those responsible for the accident.

Since the site is close to the beach, which has sand and gravel, it has to be ensured that any structure built in the area is completely safe by putting in place all safety measures, in particular geological studies.

This matter needs to be given due attention, as it involves many parties, especially the lives of workers. This accident had caused workers to lose their lives and suffer serious injuries.

As the death statistics of occupational accidents are high, workers’ safety must be a priority. According to the DoSH, 6,793 occupational accidents were investigated in Malaysia in 2020. Of that number, 193 deaths and 256 permanent disabilities involved foreign workers.

The relevant authorities also need to strictly and continually enforce relevant laws to ensure that all construction site safety measures have been complied with. Precautions should be taken seriously when working in dangerous situations.

Tough action should be taken to send a message to construction companies that the law must be obeyed at all times. This would correspond to the “Safety First” notices that are often displayed at construction sites. The owner of the premises must be held responsible for the accident that has occurred.

Placing this notice does not absolve the construction industry from liability for injury and death. Likewise, this notice does not exempt DoSH from ensuring that all safety measures are followed.

In two major cases in Penang – the collapse of scaffolding at the second Penang bridge and the collapse of a retaining wall of a 21-storey building – the commission of inquiry established by the Penang state government found incompetence and negligence.

Every time an accident happens, we invariably wonder why it occurred. Was it just an accident or did it happen due to negligence? If it happened due to negligence, then who is to blame – the developers, contractors, construction workers or the authorities themselves?

We urge the authorities to carry out a thorough and comprehensive investigation to identify the cause of the accident.

Like our repeated calls before, we call on the authorities to act and take firm action against the party responsible for the accident.

Only by strictly and continually enforcing the law will those responsible in the construction industry and the relevant authorities be more compliant with the relevant laws.

The National Institute for Occupational Safety and Health, the agency responsible for conducting research and making recommendations to prevent work-related injuries and illnesses, needs to do more to promote occupational safety and health.

We once again urge the authorities to immediately establish a commission of inquiry to investigate this incident. – CAP

Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers Association of Penang (CAP)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x