Home Civil Society Voices Bank utama menyebabkan kehilangan biodiversiti sebanyak $395bn sejak Perjanjian Paris (Malay/English)

Bank utama menyebabkan kehilangan biodiversiti sebanyak $395bn sejak Perjanjian Paris (Malay/English)

NASIR HASHIM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Memandangkan Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) COP16 semakin hampir, penyelidikan dan analisis baharu dikeluarkan oleh Forests and Finance Coalition (F&F) iaitu kumpulan 10 pertubuhan masyarakat sivil antarabangsa termasuk Sahabat Alam Malaysia (SAM), Rainforest Action Network, TuK Indonesia, Profundo, Amazon Watch, Reporter Brasil, BankTrack, Friends of the Earth US, Milieudefensie & CED Cameroon mendedahkan bahawa bank-bank utama di seluruh dunia telah menyalurkan kredit sebanyak $395bn kepada sektor yang mendorong penebangan hutan dan pelanggaran hak asasi manusia di hutan tropika, semenjak Perjanjian Paris digunapakai (tahun 2016).

Dalam tempoh yang terdekat, iaitu dari Januari hingga Jun 2024, sebanyak $77bn kredit telah disalurkan kepada sektor ini.

Analisis selanjutnya juga mendedahkan bahawa kerajaan di seluruh dunia hanya melakukan sedikit sahaja untuk menghentikan perkara ini daripada berterusan, walaupun telah menerima pakai Rangka Kerja Biodiversiti Global (GBF) hampir dua tahun yang lalu.

Penyelidikan ini menekankan keperluan yang desak bagi langkah kawal selia yang teguh untuk menyelaraskan amalan kewangan dengan objektif GBF.

‘Jurang kewangan’ sebenar bagi pemuliharaan adalah jurang dalam mengawal selia sektor kewangan untuk menghentikan bank dan pelabur daripada membiayai aktiviti yang diketahui akan mencetuskan krisis biodiversiti.

Laporan tahunan kedua “Banking on Biodiversity Collapse” (BoBC) ialah analisis paling komprehensif mengenai peranan kewangan di peringkat antarabangsa dalam membiayai aktiviti yang menyebabkan kemusnahan hutan tropika.

Laporan itu meneliti bank dan pelabur yang membiayai 300 syarikat yang beroperasi dalam enam sektor komoditi – daging lembu, minyak sawit, pulpa dan kertas, getah, soya dan kayu balak – yang berisiko tinggi dalam mendorong penebangan hutan tropika kehilangan biodiversiti dan pelanggaran hak asasi manusia di Asia Tenggara, Amerika Latin, dan Afrika Tengah dan Barat.

Diterbitkan serentak adalah laporan kedua yang bertajuk “Regulating Finance for Biodiversity”.

Kedua-dua laporan ini telah menunjukkan bahawa majoriti pembiayaannya datang dari Brazil, China, Indonesia, EU dan AS, dan pengukuhan kawal selia sektor kewangan di lima negara dan wilayah ini akan memain peranan yang penting dalam mengatasi masalah krisis biodiversiti ini.

Kawal selia daripada kerajaan diperlukan memandangkan inisiatif perbankan sukarela terbukti gagal, dengan lebih separuh daripada 30 bank penyumbang terbesar kepada enam sektor komoditi ini merupakan ahli sekurang-kurangnya satu inisiatif kemampanan, seperti Prinsip bagi Perbankan Bertanggungjawab, Perikatan Perbankan Sifar Bersih, dan Pasukan Petugas mengenai Pendedahan Kewangan Berkaitan Alam Semula Jadi.

Data F&F mendedahkan bahawa Malaysia adalah negara yang pegangan pelaburan kedua terbesar bagi bon dan saham ($6.9bn) dalam syarikat yang beroperasi dalam sektor komoditi berisiko tinggi dalam mendorong penebangan hutan tropika.

Walaupun sektor kewangan Malaysia sebahagian besarnya terdedah kepada sektor komoditi ini melalui pelaburan, banknya menduduki tempat ketujuh di seluruh dunia, menyumbangkan sebanyak $16.4bn dalam pinjaman dan perkhidmatan pengunderaitan dalam tempoh 2016 hingga Jun 2024.

Penilaian dasar kewangan dan pelaburan F&F 2023, yang menilai kualiti dan kemantapan dasar institusi kewangan berdasarkan satu set 38 kriteria alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), membuat kesimpulan bahawa di peringkat global, dasar institusi kewangan adalah amat tidak mencukupi.

Di peringkat global, institusi kewangan menerima purata skor keseluruhan hanya 17%, manakala purata skor bagi institusi kewangan Malaysia adalah lebih tinggi sedikit iaitu 23%.

Penilaian dasar F&F menunjukkan peningkatan yang bertambah baik lagi memberangsangkan dalam kalangan institusi kewangan di Malaysia.

Walau bagaimanapun, prestasi dasar pada keseluruhannya belum lagi menggambarkan tindakan segera dalam skala yang diperlukan untuk menanganinya perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan isu sosial.

Pertubuhan masyarakat sivil di Malaysia dan di seluruh dunia masih bergelut dengan projek yang merosakkan hutan serta menimbulkan risiko alam sekitar dan sosial yang tinggi.

Walaupun kemudaratan sosial dan alam sekitar yang berkaitan dengan perkembangan sektor komoditi ini sudah pun didokumenkan secara meluas; kewangan terus mengalir tanpa sebarang hukuman.

Aliran kewangan swasta kepada aktiviti yang membahayakan biodiversiti adalah lebih besar dibandingkan pelaburan awam dalam pemuliharaan.

Tiga mesej utama daripada laporan global yang berkenaan dan boleh dijadikan rujukan kepada pengawal selia dan institusi kewangan Malaysia ialah:

  1. Laporan BoBC global mendedahkan bahayanya kebergantungan yang berlebihan institusi kewangan terhadap skim pensijilan seperti Forest Stewardship Council (FSC) dan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO). Banyak pembiaya dengan dasar tanpa penebangan hutan bergantung semata-mata pada pensijilan ini bagi pematuhan, walaupun sistem pensijilan ini terdapat kekurangan yang ketara. Institusi kewangan mestilah mengamalkan usaha wajar yang lebih ketat dan proses pengesahan bebas untuk mengelakkan menyumbang kepada penebangan hutan dan pelanggaran hak asasi manusia
  2. Pembuat dasar mestilah menguatkuasakan peraturan sektor kewangan yang lebih ketat serta memastikan aliran kewangan dan pelaburan tidak menyumbang kepada kemerosotan alam sekitar dan penyalahgunaan hak asasi manusia, dan sebaliknya melakukan peralihan yang adil ke arah penyelesaian yang mampan, diterajui oleh komuniti yang melindungi ekosistem dan menggalakkan pembangunan yang saksama.
  3. Pengawal selia sektor kewangan perlu membangunkan kepakaran dalaman mengenai biodiversiti dan hak asasi manusia dan mewujudkan platform pemegang taruh yang inklusif untuk berunding dengan Orang Asli, masyarakat sivil dan pakar lain. Dasar berfokuskan hasil yang sejajar dengan objektif GBF dan mengalihkan ekonomi daripada aktiviti berbahaya mestilah disokong oleh rejim sekatan yang teguh. Ini seharusnya termasuklah hukuman yang berat bagi ketidakpatuhan dan kewajipan mandatori untuk membiayai usaha pemulihan dan perbaikan bagi komuniti dan ekosistem yang terjejas.

Meenakshi Raman ialah presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM).

Pautan yang berkaitan untuk mendapatkan laporan:

Banking on Biodiversity Collapse (BoBC) 2024

Regulate Finance for Biodiversity (RF4B)

English version

Major banks fueling biodiversity collapse by $395bn since the Paris Agreement; governments failing to reign in banks

New reports reveal escalating financing to destructive sectors and highlight the urgent need for financial sector regulations to achieve the Global Biodiversity Goals

As the critical Convention on Biological Diversity (CBD) COP16 approaches, new research and analysis released by the Forests and Finance (F&F) Coalition – a group of 10 international civil society organisations including Sahabat Alam Malaysia, Rainforest Action Network, TuK Indonesia, Profundo, Amazon Watch, Repórter Brasil, BankTrack, Friends of the Earth US, Milieudefensie & CED Cameroon – reveals that the world’s major banks have funnelled over $395bn in credit to sectors driving deforestation and human rights abuses in tropical forests, since the adoption of the Paris Agreement, with $77bn in credit in the most recent analysis period alone (January 2023 to June 2024).

Further analysis also exposes that the world’s governments are doing little to stem the tide, despite adopting the Global Biodiversity Framework (GBF) nearly two years ago.

The research underscores the urgent need for robust regulatory measures to align financial practices with the objectives of the GBF.

The real ‘finance gap’ for conservation is a gap in regulation to stop banks and investors from knowingly fuelling the biodiversity crisis.

The second annual “Banking on Biodiversity Collapse (BoBC)” report is the most comprehensive analysis of global finance’s role in furthering tropical forest destruction.

The report examines the banks and investors providing financing to 300 companies operating in six forest-risk commodity sectors – beef, palm oil, pulp and paper, rubber, soy and timber – responsible for most of the tropical deforestation, biodiversity loss and human rights abuses in Southeast Asia, Latin America, and Central and West Africa.

Released concurrently with a second report titled “Regulating Finance for Biodiversity”, the two reports together show that the majority of financing is coming from Brazil, China, Indonesia, the EU and the US and that strengthening financial regulations in these five countries and regions would have a critical impact on the problem.

Governmental regulations are needed as voluntary banking initiatives are proving to be a failure, with over half of the top 30 forest-risk banks being members of at least one sustainability initiative, such as the Principles for Responsible Banking, the Net-Zero Banking Alliance, and the Taskforce on Nature-related Financial Disclosures (TNFD).

F&F data reveals that Malaysia is the forest-risk country with the second largest investment holdings of bonds and shares ($6.9bn) in companies operating in the tropical forest-risk commodity sectors.

Although the Malaysian financial sector is largely exposed to forest-risk commodity sectors through investment, its banks ranked seventh globally, providing a total of $16.4bn in loans and underwriting services in the period 2016 – June 2024.

The 2023 F&F policy assessment, which evaluates the quality and robustness of the financial institutions’ policies based on a set of 38 environmental, social and governance (ESG) criteria, concludes that, globally, financial institutions’ policies are woefully inadequate.

Globally, financial institutions received an average overall score of just 17%, while the average score for Malaysian financial institutions was slightly higher in comparison at 23%.

F&F policy assessment shows incremental yet encouraging improvements among the Malaysian financial institutions in Malaysia.

However, the overall policy performance does not yet reflect the urgency and scale with which we must address climate change, biodiversity loss and social issues.

Civil society organisations in Malaysia and around the world are still battling destructive projects that pose high environmental and social risks.

While the social and environmental harms related to the expansion of forest-risk commodities are already widely documented; finance continues to flow with impunity.

Private financial flows to activities that harm biodiversity are much greater than public investments in conservation.

Three key messages from the global reports that are applicable for Malaysian financial regulators and institutions are:

  1. The global BoBC report highlights the dangers of financial institutions’ overreliance on flawed certification schemes like the Forest Stewardship Council (FSC) and the Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO). Many financiers with no-deforestation policies depend solely on these certifications for compliance, despite their significant limitations. Financial institutions must adopt more rigorous due diligence and independent verification processes to prevent contributing to deforestation and human rights violations
  2. Policymakers must enforce stricter financial regulations that ensure financial flows and investments do not contribute to environmental degradation and human rights abuses, and instead undertake a just transition towards sustainable, community-led solutions that protect ecosystems and promote equitable development.
  3. The financial regulators needs to develop in-house expertise on biodiversity and human rights and establish inclusive stakeholder platforms to consult with indigenous peoples, civil society and other experts. Outcome-focused policies that align with the objectives of GBF and shift the economy away from harmful activities must be supported by a robust sanctions regime. These should include stringent penalties for non-compliance and mandatory obligations to fund restorative and remedial efforts for affected communities and ecosystems.

Meenakshi Raman is president of Sahabat Alam Malaysia.

Relevant links to the reports:

Banking on Biodiversity Collapse (BoBC) 2024

Regulate Finance for Biodiversity (RF4B)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x