Home Civil Society Voices Bantahan projek tambakan laut selatan Pulau Pinang

Bantahan projek tambakan laut selatan Pulau Pinang

Precious food security: A fisherman at work in Teluk Kumbar

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Projek yang diumumkan pada 2015 itu dikatakan dibiayai oleh dan dikendalikan secara usaha sama 70:30 antara SRS Consortium Sdn Bhd selaku rakan penyampaian projek PSR dan kerajaan negeri.

Projek mega ini asalnya bertujuan membiayai pelan induk pengangkutan Pulau Pinang untuk kepentingan penduduk Pulau Pinang.

Banyak pemimpin tempatan menyokong projek mega ini, sehinggalah ternyata projek ini memihak kepada pengumpulan keuntungan apabila kerajaan negeri bersetuju dengan Konsortium SRS – terdiri daripada Gamuda Bhd (pegangan 60%), Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd (20%) dan ldeal Property Development Sdn Bhd (20%) – menjadi pelaksana projek pelan induk pengangkutan, kecuali pembinaan tiga lebuhraya merentasi bukit dan terowong diserahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC).

CZC telah dibayar sebanyak RM208 juta daripada RM305 juta yang diperuntukan untuk kajian kebolehlaksanaan (feasibility studies) dan rekabentuk (designs) pembangunan projek. Kajian kebolehlaksanaan yang bermula tahun 2013 selesai pada tahun 2016.

Kedudukan ini merobah tujuan asal projek ke arah penambahbaikan pengangkutan awam kepada projek yang menguntungkan pemaju dengan memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan sosioeknomi rakyat terutamanya nelayan.

Sumber rezeki nelayan terjejas selain kesan kepada alam sekitar serta ancaman terhadap keselamatan makanan rakyat dari hasil laut menyebabkan projek tambakan laut selatan Pulau Pinang digesa supaya dibatalkan.

Perairan sekitar Permatang Damar Laut, Sungai Batu, Teluk Kumbar hinggalah ke Gertak Sanggul adalah salah satu kawasan sumber perikanan yang terkaya di Malaysia – membawa hasil mencecah 500 ton setahun.

Sekarang ini [kawasan ini] mengalami kemerosotan kerana penangkapan yang melampau (overfishing) terutamanya
dari nelayan luar dengan pukat yang besar untuk laut lebih dalam sehingga mengurangkan tangkapan kerana habitat ikan yang dirosakkan. Kesan ini membawa kepada populasi ikan dan lebih memberi kepada penurunan pembiakan ikan apabila populasi induk (brood stock) menurun dengan banyaknya.

Kesan ini juga disebabkan oleh pembangunan fizikal dan industri; pembangunan perumahan dan kilang membawa kepada penambakan laut ditambah dengan buangan sisa kedalam sungai dan laut.

Kesan akan lebih dahsyat apabila keseluruhan kawasan pembiakan dan pembesaran diambil dengan pembiaan pulau buatan. Kawasan penambakan yang merupakan santuari (sanctuary) sepatutnya dipelihara supaya bekalan ikan tidak terputus. Pihak kerajaan negeri dan persekutuan sepatutnya berusaha meningkat jumlah tangkapan untuk menjamin keselamatan makanan dari segi sumber protin untuk rakyat. Impak daripada penghapusan sanktuari ke arah menurunkan jumlah tangkapan dan pengurangan biodiversiti akan lebih ketara kepada sosioeknomi nelayan.

Projek tambakan laut selatan Pulau Pinang yang dikatakan bakal membawa masuk pelaburan asing bernilai berbilion ringgit itu juga didakwa tidak lagi bertujuan membiayai pelan induk pengangkutan Pulau Pinang, sebaliknya lebih banyak menumpukan kepada kepentingan pihak swasta. [Ini merupakan] suatu keadaan yang tidak adil kepada rakyat yang bergantung kepada hasil tangkapan ikan dan rangkaian nilai pendapatan kepada pengusaha di pantai dari aktiviti tangkapan.

Projek tambakan laut selatan Pulau Pinang tidak mendapat sokongan rakyat. Petisyen awam “Save Penang! Reject the 3-islands Reclamation” untuk pembatalan projek ini mendapat lebih 116,000 pernyataan sokongan setakat hari ini.

Begitu juga dengan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang, akan menyuarakan bantahan dalam mesyuarat jawatan kuasanya serta mengemukakan pandangan balas kepada kerajaan negeri.

Unit nelayan Permatang Damar Laut, Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul serta Persatuan Nelayan Pulau Pinang telah menghantar bantahan demi bantahan tapi tidak mendapat perhatian kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan negeri Pulau Pinang digesa menghentikan projek berkenaan yang pada asalnya bertujuan menjana sumber kewangan bagi menanggung kos projek pelan induk pengangkutan Pulau Pinang untuk kepentingan awam. [Tetapi ini] telah bertukar menjadi perosak alam sekitar, peningkatan kemiskinan nelayan dan pencemaran Pulau Pinang berskala mega. Kerosakan alam sekitar buatan manusia kini tidak akan dapat dikembalikan kepada generasi akan datang.

Ekosistem pantai sedia ada dan yang baru terbentuk akan merosakkan secara kekal sumber ikan dan membawa kepada ancaman kemiskinan kepada nelayan. Oleh itu pihak nelayan yang menanggung penderitaan dari projek telah merayu ke atas kelulusan penilaian impak alam sekitar oleh ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar. Pihak kerajaan negeri juga sepatutnya menunggu keputusan rayuan sebelum memulakan projek.

Kerajaan negeri Pulau Pinang patut menghormati peruntukan dari Akta Kualiti Alam Sekitar (Environmental Quality Act 1974) yang membolehkan pihak yang teraniaya merayu kepada mahkamah. Salah satu asas rayuan adalah berdasarkan kenyataan penilaian impak alam sekitar ke atas projek tambakan laut selatan Pulau Pinang saperti saperti dinyatakan oleh Nurul Izzah Anwar seperti berikut:

“Permanent destruction and residual impacts will be suffered by the mudflat ecosystem, fishing grounds, turtle landings, and some of the coral reefs on Pulau Rimau. This permanent destruction will have a significant negative impact on fisheries resources, fishermen and the security of the country’s food supply.”

Kehilangan pendapatan anak Qaryah Sungai Batu dan Teluk Kumbar akan memberi impak sosioeknomi terhadap penduduk. Pertambahan penduduk dan peningkatan tahap kemiskinan penduduk akan memberi kesan negatif kepada penduduk setempat khasnya dan penduduk Pulau Pinang amnya. Masaalah sosial yang sedia ada akan meningkat pada skal besar dan menjadi luar kawalan.

Suara dan pendirian rakyat tidak wajar diketepikan sama sekali dalam pelaksanaan projek yang berskala besar dan bakal mendatangkan banyak keburukan jangka panjang seperti PSR ini kepada rakyat.

Memo kepada ketua menteri Pulau Pinang oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan PSR

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x