Home Civil Society Voices Bantahan terhadap penurunan harga padi: Suara pesawah diabaikan

Bantahan terhadap penurunan harga padi: Suara pesawah diabaikan

Rice farmers at work - Photograph: salafiyunpad.wordpress.com

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) membantah sekeras-kerasnya penurunan harga belian padi pada RM1,300 satu tan metrik seperti yang diputuskan dalam mesyuarat pengilang-pengilang beras bersama ketua pengarah bahagian industri padi dan beras (IPB) baru-baru ini.

Penetapan harga ini adalah tidak adil dan langsung tidak mencerminkan realiti kos pengeluaran padi yang semakin meningkat. Harga padi minimum RM1,300 yang ditetapkan pada tahun 2023 sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi relevan.

Pelbagai kos telah melambung tinggi sepanjang tempoh tersebut, antaranya:

  • Kos benih padi yang naik dua kali sejak 2023, terkini naik mendadak kepada RM58 bagi setiap 20kg (harga di pintu kilang ditentukan oleh kerajaan)
  • Kos membajak dan menuai yang meningkat ekoran penghapusan subsidi diesel. Ini memaksa pesawah menanggung kos mesin jentuai yang lebih tinggi
  • Kos sewa tanah yang turut meningkat sejak beberapa musim kebelakangan ini
  • Kos racun kimia yang melambung tinggi, hampir empat kali ganda berbanding dua tahun lalu
  • Kos upah penyelenggaraan sawah seperti meracun, menabur dan membaja juga turut meningkat

Lebih mendukacitakan, permasalahan utama yang dihadapi pesawah iaitu harga kawalan beras tempatan pada RM2.60 per kg sejak tahun 2014 tidak pernah diambil perhatian serius.

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menerima harga beras baru yang lebih relevan iaitu RM3.60 per kg bagi mengimbangi kenaikan kos pengeluaran padi.

Langkah ini juga dapat membantu mengangkat taraf hidup pesawah yang kebanyakannya masih di bawah garis kemiskinan.

PeSAWAH kesal dengan perbincangan penetapan harga padi yang dijalankan oleh pihak kementerian bersama para pengilang tanpa melibatkan wakil pesawah.

Tindakan ini jelas menafikan suara dan hak pesawah dalam menentukan nasib mereka sendiri.

READ MORE:  Petani Bukan Pemalas (2020): Malaysian human rights documentary

Sehubungan itu, PeSAWAH menuntut agar kerajaan mengkaji semula penetapan harga minimum padi dan mengambil kira faktor-faktor berikut:

  • Kenaikan kos pengeluaran padi yang mendadak
  • Pendapatan dan kebajikan pesawah
  • Harga beras tempatan yang realistik

Jika kerajaan masih mahu mengekalkan harga beras kepada RM2.60 sekilo dan menurunkan harga padi kepada RM1,300 per tan, pihak kementerian juga mesti menurunkan kos benih padi sah kepada RM28 per beg dan kos-kos lain yang berkaitan.

Jangan berhenti setakat kilang dan memaksa pesawah yang sedia miskin menanggung kos makanan ruji orang yang lebih kaya.

PeSAWAH juga menggesa agar kerajaan melibatkan wakil pesawah dalam sebarang perbincangan berkaitan dasar dan harga padi pada masa hadapan. Kegagalan berbuat demikian akan hanya memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan industri padi negara.

Abdul Rashid Yob ialah pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x