
Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan (LLRC) menggesa kerajaan membatalkan peraturan baru yang akan mengenakan denda RM10,000 ke atas sesiapa yang melanggar prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan bersyarat.
Jumlah denda tersebut terlalu tinggi dan tidak munasabah. Sepuluh ribu adalah lebih kurang gaji minimum lapan hingga sembilan bulan seorang pekerja. Jika pekerja dikenakan denda tersebut, dia akan hidup berhutang hingga hujung tahun 2021, tidak mampu menyediakan makanan untuk keluarga dan akan mengganggu pendidikan kanak-kanak. Ia akan memiskinkan pekerja.
Peraturan ini haruslah dikaji semula kerana denda ini akan meningkatkan jumlah keluarga yang dikategori sebagai keluarga miskin tegar dan menggagalkan usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan.
Mana-mana orang mungkin melanggar prosedur operasi standard tersebut secara tidak sengaja, seperti menteri-menteri yang dilaporkan bahawa tidak melaksanakan penjarakan fizikal. Tetapi menteri mampu membayar denda tersebut dengan separuh gajinya sahaja, ini amat berbeza dengan lapan hingga sembilan bulan gaji minimum seorang pekerja biasa.
Dengan ini, LLRC menyeru kerajaan menarik balik peraturan kontroversi ini yang akan menambahkan jurang ketidaksamarataan pendapatan di Malaysia. Malah gaji minimum pekerja harus dinaikkan lagi untuk memastikan gaji hidup yang wajar (decent living wage).
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
N Gopal Kishnam dan Irene Xavier ialah pengerusi bersama Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme