[ENGLISH VERSION BELOW] Pejabat pesuruhjaya kanak-kanak Suhakam menggesa kerajaan Malaysia agar memastikan Belanjawan 2026 mengambil pendekatan berorientasikan kanak-kanak, di mana peruntukan disalurkan khusus kepada kelangsungan hidup, perlindungan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak.
Selaras dengan obligasi Malaysia di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (UNCRC), belanjawan negara mestilah menyediakan pelaburan konkrit bagi menjamin hak kanak-kanak dan masa depan negara.
Komitmen yang kukuh diperlukan untuk memperkukuh inisiatif Sekolah Selamat. Ini termasuk peruntukan yang mencukupi bagi membaik pulih dan menaik taraf kemudahan sekolah serta alatan pembelajaran yang usang, memastikan sekolah di seluruh negara mencapai piawaian keselamatan, dan membiayai usaha advokasi anti-buli
Sekolah juga mesti menyediakan persekitaran yang selamat untuk kesejahteraan mental dan emosi. Belanjawan 2026 wajar memperluaskan pelaburan dalam perkhidmatan kesihatan mental kanak-kanak dengan:
- menambah bilangan kaunselor dan psikologi di kawasan berkeperluan tinggi
- menyediakan talian bantuan kesihatan mental yang mudah dicapai oleh golongan muda
- membangunkan program kesedaran kepada ibu bapa, guru dan murid bagi mengurangkan stigma serta membina budaya prihatin.
Perlindungan kanak-kanak daripada keganasan, penderaan, eksploitasi, dan amalan berbahaya juga perlu menjadi keutamaan belanjawan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Lebih banyak sumber diperlukan untuk pegawai perlindungan kanak-kanak, pekerja sosial, rumah perlindungan, serta program pencegahan yang menangani keganasan terhadap kanak-kanak.
Turut sama penting ialah memperkukuh perkhidmatan dan sumber bagi perlindungan kanak-kanak untuk perlaksanaan sepenuhnya Akta Kanak-kanak 2001, yang telah lama tertangguh.
Tanpa peruntukan yang mencukupi, kanak-kanak akan terus terdedah kepada pelbagai bentuk bahaya dan kemudaratan yang menjejaskan hak dan maruah mereka.
Keperluan mendesak yang lain ialah menamatkan kemiskinan kanak-kanak dan menyokong keluarga yang kurang berkemampuan. Kemiskinan terus memberi kesan buruk terhadap pendidikan dan kesihatan, dan menjejaskan peluang masa depan kanak-kanak.
Belanjawan 2026 seharusnya memperkukuh perlindungan sosial untuk kanak-kanak dengan meningkatkan bantuan kewangan kepada keluarga berpendapatan rendah dan memperluaskan akses kepada makanan berkhasiat di sekolah untuk murid yang memerlukan.
Kesihatan dan pemakanan kanak-kanak juga menuntut pelaburan yang lebih besar.
Belanjawan 2026 wajar:
- memperkukuh program pemakanan untuk kanak-kanak kecil
- menyokong perkhidmatan kesihatan berasaskan sekolah
- memperluaskan fasiliti penjagaan kesihatan primer di kawasan yang kurang mendapat liputan
Usaha menangani masalah kekurangan zat makanan dan obesiti, bersama dengan langkah pencegahan kesihatan, akan membantu Malaysia melahirkan generasi yang lebih sihat dan berdaya saing untuk mencapai potensi penuh mereka.
Kesimpulannya, pejabat pesuruhjaya kanak-kanak menegaskan bahawa Belanjawan 2026 adalah peluang penting bagi Malaysia untuk menunjukkan komitmen yang tulen terhadap hak kanak-kanak.
Setiap ringgit yang diperuntukkan untuk kanak-kanak adalah pelaburan dalam membina Malaysia yang lebih kukuh, selamat, dan berdaya tahan. Pelaburan terhadap kanak-kanak mesti menjadi keutamaan tertinggi negara. – Suhakam
English version
Budget 2026 must put children first
The office of the children’s commissioner at Suhakam urges the Malaysian government to ensure that Budget 2026 adopts a child-first approach, where allocations are directed towards the survival, protection, development and participation of children.
In line with Malaysia’s obligations under the UN Convention on the Rights of the Child (UNCRC), the national budget must provide concrete investments that safeguard children’s rights and secure the country’s future.
A strong commitment is required to strengthen the Safe School initiative. This involves allocating sufficient resources to repair and upgrade ageing facilities and learning tools, ensuring that schools nationwide meet safety standards, as well as funding anti-bullying advocacy efforts.
Schools must also provide a safe environment for mental and emotional wellbeing. Budget 2026 should therefore expand investment in mental health services for children by ensuring that:
- more school counsellors and psychologists are placed in high-need areas
- accessible mental health hotlines are available for young people
- awareness programmes are developed for parents, teachers and students to reduce stigma and build a culture of care
The protection of children from violence, abuse, exploitation and harmful practices must also be a budgetary priority. More resources are needed for child protection officers, social workers, children’s shelters and preventive programmes that address violence against children.
Equally important is the strengthening of child protection services and resources to fully implement the Child Act 2001, which is long overdue. Without proper funding for protection, children remain vulnerable to harms that undermine their rights and dignity.
Equally urgent is the need to end child poverty and support disadvantaged families. Poverty continues to harm children’s education, health and future opportunities.
Budget 2026 should enhance social protection for children by increasing cash assistance to low-income families and expanding access to nutritious school meals for those in need.
Finally, children’s health and nutrition demand greater investment. Budget 2026 should:
- strengthen nutrition programmes for young children
- support school-based health services
- expand primary healthcare facilities in underserved areas
Addressing malnutrition and obesity, together with preventive health measures, will help Malaysia build a healthier generation capable of reaching their full potential.
In conclusion, the office of the children’s commissioner emphasises that Budget 2026 should serve as an opportunity for Malaysia to demonstrate its sincere commitment to children.
Every ringgit allocated to children is an investment in building a stronger, safer, and more resilient Malaysia. Investment in children must be the nation’s highest priority. – Suhakam
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

