Home Civil Society Voices Beri peruntukan pembangunan kawasan yang saksama untuk semua kawasan dewan di Sarawak...

Beri peruntukan pembangunan kawasan yang saksama untuk semua kawasan dewan di Sarawak (Malay/English)

The Sarawak Legislative Assembly building - ANIL NETTO/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose) menyeru kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menyalurkan peruntukan pembangunan kawasan yang saksama kepada semua ahli dewan undangan negeri tanpa mengira fahaman politik mereka.

Kami merujuk kepada laporan baru-baru ini bahawa premier Sarawak telah meluluskan peruntukan program transformasi luar bandar dan projek kecil luar bandar untuk kawasan dewan undangan negeri Bawang Assan yang wakil rakyatnya berada di sebelah pembangkang.

Bagaimanapun, kita tertanya-tanya sama ada lima lagi kawasan pilihan raya yang diwakili oleh ahli pembangkang atau ahli bebas di Sarawak akan mendapat peruntukan yang sama juga.

Memandangkan peruntukan pembangunan kawasan adalah daripada dana awam, ia tidak seharusnya digunakan untuk memanfaatkan parti politik tertentu dalam kerajaan negeri, sebaliknya diperuntukkan kepada semua wakil rakyat tidak kira gabungan mereka.

Tiada peruntukan untuk kawasan yang dikuasai pembangkang bermakna ia adalah satu bentuk hukuman kepada pengundi yang telah mengundi pembangkang untuk mewakili mereka.

Peruntukan pembangunan kawasan adalah penting terutamanya untuk kawasan-kawasan yang terletak di luar bandar bagi menangani jurang pembangunan atau penyampaian perkhidmatan yang kurang cekap, [serta bagi kes] pengundi ‘diajar’ bahawa mereka akan di nafikan pembangunan jika mereka tidak mengundi wakil dari parti kerajaan.

Pengundi juga diajar menilai ahli dewan undangan negeri mereka dengan berapa banyak peruntukan pembangunan kawasan (daripada dana awam termasuk cukai yang dibayar oleh rakyat) dan bukan menilai ahli dewan dari segi pretasi dalam memainkan peranan mereka sebagai pengubal undang-undang atau dasar untuk kemajuan rakyat.

Justeru kami juga menyeru kerajaan GPS untuk mencontohi kerajaan negeri lain seperti Selangor, Perak dan Johor yang memberikan peruntukan pembangunan kawasan yang saksama disalurkan kepada semua ahli dewan masing-masing.

READ MORE:  Berikan peruntukan sama rata kepada wakil rakyat pembangkang tanpa syarat

Pada masa ini, semua ahli dewan negeri Sarawak daripada parti kerajaan mendapat jumlah peruntukan pembangunan kawasan sebanyak RM8 juta setahun untuk tujuan penyampaian lebih cepat atau pelaksanaan projek kecil, atau project luar bandar untuk faedah rakyat atau pengundi tempatan – tanpa perlu menunggu lama, seperti dalam keadaan biasa untuk belanjawan projek pembangunan untuk diluluskan dan dibentangkan di bawah kementerian berkaitan.

Kami juga menyertai gesaan masyarakat sivil yang lain seperti Ideas dan Bersih untuk satu undang-undang mengenai peruntukan pembangunan kawasan saksama bagi tujuan akauntabiliti termasuk untuk menghapuskan sifat budi bicara peruntukan tersebut. – Rose

English version

Allocate fair constituency developer funding for all Sarawak constituencies

Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose) calls on the Gabungan Parti Sarawak (GPS) government to allocate equitable constituency development funding to all state assembly members, regardless of their political affiliation.

We refer to a recent report that the Sarawak premier has approved allocation for the rural transformation programme and minor rural projects for the state constituency of Bawang Assan, whose elected representative is in the opposition.

However, we wonder if the other five opposition-held constituencies in Sarawak will get the same allocation.

As constituency development funding is from public funds, it should not be used to give an advantage to certain political parties in the state government, but should instead be allocated to all elected representatives no matter their affiliation. No allocation for opposition-held areas would means it is a form of punishment to voters who had voted the opposition to represent them.

Particularly where the constituency is more rural and constituency development funding allocations are meant to address urgent development or delivery gaps, voters are being ‘taught’ that they will be deprived of development if they do not vote for the ruling party.

READ MORE:  Timbalan menteri salah guna kuasa umum peruntukan di kawasan pilihan raya kecil Pelangai (Malay/English)

Consequently, they are taught to judge the performance of their elected rep in the state assembly by the allocation of grants (from public funds, including taxes paid by the people) instead of his or her performance as an elected representative or policymaker at the state assembly.

Hence, we also call on the GPS government to emulate other state governments like those in Selangor, Perak and Johor who give out equitable constituency development funding to be channelled through all elected state representatives.

Currently, in Sarawak all elected representatives from government parties get a total funding allocation of RM8m per year for the purposes of faster delivery or the implementation of small, rural or minor projects for the benefit of the local people or voters instead of waiting under usual circumstances for development projects budgets to be approved and presented under the relevant ministries.

We also join the calls of other civil society organisations such as Ideas and Bersih for a law on equitable constituency development funding to uphold accountability and to take away the discretionary nature of such allocations. – Rose

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x